Monday, 18 April 2016

KENAPA SJP 2.0?

Mungkin ada dalam kalangan kita yang memikirkan untuk mula berbisnes. Saya selalu terima mesej dari rakan-rakan bagaimana nak tambah pendapatan. Puas juga fikirkan apa jenis bisnes yang sesuai untuk rakan saya. Kalau tak ada modal nak marketing dan branding, memang agak mencabar nak lawan dengan company yang dah kukuh.

Sekarang ni Sifu saya Tuan Rahman Basri perkenalkan balik progam SISTEM JUALAN PRO. Pendapat saya program ni sesuai untuk mereka yang;
- Tak ada masa
- Tak ada banyak modal
- Sabar dan mahu belajar

Pesan Dr Azizan Osman, untuk berjaya dalam bisnes perlu ada MESTI.
M = Mentor yang pakar dalam bidangnya.
E = Elmu
S = Sistem yang terbukti berjaya
T = Tindakan
I = Impian yang jelas untuk kita kekal fokus
Kesemua ini ada ditawarkan dalam Sistem Jualan Pro 2.0 yang dikeluarkan oleh Tuan Rahman Basri.
Ada lagi kelebihan SJP 2.0 yang bakal saya kongsikan dengan anda.
Klik link untuk maklumat lanjut:

http://rahmanbasri.com/aff/idevaffiliate.php?id=syukriasri

Thursday, 14 April 2016

Miliki CD Bisnes Internet Secara PERCUMA!



Tn. Rahman Basri ada edarkan CD Bisnes Internet secara percuma.
Di dalam cd ini beliau ada tunjukkan strategi bagaimana nak memulakan bisnes digital di internet.
CD akan diposkan ke alamat rumah anda, jadi anda hanya perlu bayar kos penghantaran & perkhidmatan yang minimal.

KANDUNGAN
===========

CD Bisnes Internet ini mendedahkan IDEA & strategi bagaimana untuk anda memulakan bisnes internet dari rumah dengan modal yang rendah, risiko yang rendah, dan keuntungan yang LUMAYAN! Ia juga merangkumi video tutorial langkah demi langkah yang disampaikan dalam Bahasa Malaysia. Insyaallah mudah difahami.

CD ini adalah dalam versi fizikal dan akan diposkan ke alamat rumah anda. Anda hanya perlu bayar kos penghantaran & perkhidmatan yang minimal sahaja.

BONUS KHAS: Anda juga bakal menerima “Laporan Sistem Jualan Pro – Rahsia kejayaan jana lebih RM11,300 dalam 12 hari hanya daripada rumah". Bernilai RM47 (namun diberikan percuma hari ini!)

Jika berminat, sila tinggalkan emel anda di ruangan komen. Saya akan berikan info lanjut kepada anda melalui emel nanti.

Stok CD Bisnes Internet ni agak terhad. Siapa cepat, dia dapat!

Jangan lupa untuk SHARE & Tag rakan-rakan anda. smile emoticon




Thursday, 26 February 2015

Baca-Fikir-Faham (BFF): LEGASI PEMIKIRAN TGNA (2/2)

Legasi Pemikiran Ekonomi TG Nik Aziz – Syahir Sulaiman (Bhg. 2/2)

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

PENDAHULUAN

Bahagian ke-2 daripada penulisan ringkas ini akan menilai kejayaan pelaksanaan dasar dan program ekonomi sepanjang pentadbiran Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015) (“TGNA”) sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan (1990-2013).

DASAR & PROGRAM EKONOMI TGNA

i) Ekonomi Berkebajikan
Memetik ucapan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2013 oleh TGNA:
“KDNK Negeri Kelantan pada tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM11.14 bilion dengan kadar pertumbuhan 6.9%, manakala pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2013 dijangka pada kadar 4.0% sehingga 5.0%. Sektor Perkhidmatan, Pertanian dan Pembuatan dijangka akan terus menjadi penyumbang utama KDNK Negeri Kelantan bagi tahun 2013 iaitu masing-masing sebanyak 80.4%, 17.9% dan 4.%. Bagi menyokong hasrat kerajaan, Bajet 2013 turut meliputi penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menggalakkan aktiviti perniagaan dan keusahawanan. Kerajaan akan terus menyediakan bantuan ekonomi dan peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.”

Jika disorot pengalaman negeri Kelantan yang telah ditadbir selama 22 tahun berteraskan dasar Membangun Bersama Islam, selayaknya untuk negeri Kelantan diiktiraf sebagai model mini ke arah pembentukan sebuah Negara Berkebajikan di Malaysia. Ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan model ekonomi yang mengutamakan pembangunan seiring di antara aspek material dan rohani, meskipun berhadapan dengan kekangan kewangan dan penafian hak oleh pihak kerajaan Persekutuan, termasuklah hak terhadap royalti minyak untuk dinikmati oleh anak jati negeri Kelantan (Syahir Sulaiman, 2013).

Selain peranan pihak Kerajaan Negeri sebagai penggubal dasar dan pengawalselia aktiviti pembangunan dan kebajikan, kerancakan dan dayatahan ekonomi negeri Cik Siti Wan Kembang ini turut disokong oleh kekuatan kuasa beli (purchasing power) dan permintaan tempatan (domestic demand) di kalangan rakyat negeri Kelantan, khususnya dalam aspek perniagaan kecil dan sederhana, ditambah pula dengan budaya sedeqah, zakat dan waqaf yang sinonim dengan rakyat negeri Kelantan, berteraskan prinsip fastabiqul-khairat (berlumba-lumba ke arah kebaikan).

ii) Amalan Berjimat Cermat
Di awal pentadbirannya, TGNA yang lebih mementingkan kehidupan yang sederhana telah mengumumkan behawa beliau akan menyumbangkan sebanyak 45% daripada elaun bulanannya kepada tabung kebajikan Negeri dan Parti. Langkah ini tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin negeri dan negara sebelum ini, malah berjaya menyuntik semangat untuk rakyat Kelantan berlumba-lumba melakukan amalan sedekah.

Selain daripada itu, TGNA juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil peruntukan majlis berbuka puasa dan jamuan hari raya yang biasa disediakan untuk Menteri Besar sebanyak RM15,000, malah perbelanjaan bagi kedua-dua majlis tersebut adalah dengan menggunakan duit peribadi beliau. Tindakan beliau untuk tidak berpindah ke kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan (JKR 10), malah terus mendiami rumahnya di Kampung Pulau Melaka menunjukkan TGNA lebih gemar mengikut gaya hidupnya yang sederhana dan dengan ini hubungannya dengan rakyat kekal erat. Langkah seterusnya adalah beliau hanya menggunakan kenderaan rasmi untuk perjalanan yang ada kaitan dengan urusan kerajaan dan rakyat negeri Kelantan sahaja (Surtahman dan Norfadzilah, 2004).

Malah, budaya memberi hadiah kepada dif kehormat pada upacara rasmi kerajaan telah dihapuskan. TGNA merasakan amalan seumpama itu adalah satu perbuatan yang membazirkan wang rakyat dan dengan menghapuskan amalan ini, perbelanjaan tahunan untuk kos hadiah tersebut boleh disalurkan untuk kebajikan rakyat yang lebih memerlukan. Amalan pemberian dan penerimaan hadiah ini juga secara tidak sedar akan membenihkan bibit-bibit amalan rasuah dalam kerajaan. Pendirian TGNA dalam perkara ini telah menjadi ikutan kepada Ahli Exco Kerajaan yang lain dan mereka menganggap bahawa langkah yang dilakukan ini adalah selaras dengan kehendak Islam yang menganjurkan umatnya supaya menjauhi perbuatan membazir (Surtahman dan Norfadzilah, 2004).

Menarik untuk disorot ungkapan TGNA dalam persoalan ini, “Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang. Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya” (Syahir Sulaiman, 2013).

iii) Pengurangan Kemiskinan
Dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan, TGNA telah mengemukakan pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemiskinan, sebagaimana yang dinyatakan beliau kepada Surtahman dan Norfadzilah (2004), antaranya:
(a) Peranan ilmu: Ilmu, jasmani, rohani dan emosi adalah elemen-elemen yang penting dalam diri manusia. Di sini, TGNA menekankan bidang ilmu sebagai jalan untuk mengelakkan daripada wujudnya kemiskinan dalam jangka masa panjang. Menurutnya, ilmu adalah penyuluh kepada kehidupan manusia, maka orang yang berilmu ialah orang yang bijak dalam menyelesaikan masalah masyarakat khususnya yang melibatkan umat Islam. Antara legasi TGNA dalam membangunkan budaya ilmu di kalangan rakyat negeri Kelantan adalah penubuhan Maahad Tahfiz Quran Pulai Chondong pada tahun pertama pentadbirannya (1990) diikuti penubuhan beberapa buah Maahad Tahfiz Sains di negeri Kelantan, di samping penerusan peruntukan biasiswa pendidikan dan zakat di bawah Yayasan Islam Kelantan, dan pembudayaan ilmu di segenap peringkat masyarakat;
(b) Galakan bekerja: Setiap orang yang memiliki syarat dan keupayaan hendaklah bekerja kerana menjadi tanggungjawab manusia selaku hamba dan khalifah untuk mengusahakan segala sumber yang diamanahkan kepadanya untuk membangun dan memakmurkan bumi ini;
(c) Agihan zakat: Instrumen zakat adalah satu elemen yang boleh digunakan untuk membasmi atau mengurangkan kadar kemiskinan, melalui perintah supaya orang Islam yang kaya untuk mengeluarkan zakat dan orang kaya bukan-Islam juga dikenakan cukai dalam bentuk kharaj, jizyah dan ‘usyur. Ini semua adalah bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi antara rakyat dan bagi mengelakkan pembolotan harta bagi golongan-golongan tertentu;
(d) Kemajuan pertanian: Pembangunan di sektor pertanian boleh membantu ke arah pembasmian kemiskinan yang dihadapi oleh para petani dan pekebun di luar bandar. Antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri adalah melalui pembaharuan dalam bidang teknologi pertanian, sumbangan insentif, pembukaan tanah baru, pembesaran saiz tanah pertanian, penghapusan segala cukai yang membebankan petani, pemberian subsidi baja dan subsidi harga, dan penyediaan kemudahan infrastruktur asas seperti parit dan tali air dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara.
Bagi memastikan sektor pertanian di Kelantan berkembang sejajar dengan tuntutan agama, TGNA telah melancarkan kempen ‘Bertani Satu Ibadah’ pada tahun 2009. Ini bersesuaian dengan usaha untuk memberi kesedaran secara lebih menyeluruh terhadap kepentingan sektor pertanian, bagi melahirkan masyarakat tani yang menghayati Islam dan konsep ibadah dalam kehidupan harian mereka sekaligus sebagai faktor pendorong kepada para petani untuk memerah keringat dengan lebih tekun dalam usaha memajukan pertanian mereka (Syahidah dan Adib, 2013).
(e) Budaya sedekah: Amalan sedekah jariah ini amat digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. dan dilakukan oleh sahabat-sahabat yang kaya dan berkemampuan. TGNA mengingatkan bahawa sedekah yang diberikan kepada golongan miskin tidak hanya pada bantuan kebendaan semata-mata tetapi hendaklah disertai juga bantuan kerohanian, iaitu nasihat yang patut dibekalkan kepada penerima bantuan untuk kehidupan di akhirat kelak. Beliau mengingatkan bahawa bantuan kebendaan itu hanyalah sekadar keperluan di dunia sahaja tetapi kehidupan di akhirat mesti berbekal takwa kepada Allah SWT.
Selain itu kerajaan Kelantan turut menyediakan peruntukan untuk rakyat miskin di negeri tersebut. Antaranya ialah memberi bantuan bekalan air bersih dan elektrik serta bantuan khas untuk orang miskin. Bagi bekalan air bersih dan elektrik, jumlah peruntukan pada tahun 2013 adalah sebanyak RM1 juta manakala bagi bantuan khas adalah sebanyak RM1 juta. Pelajar miskin turut diberikan bantuan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dalam belanjawan 2013, peruntukan yang disediakan untuk pelajar miskin adalah sebanyak RM500,000. Kerajaan juga meneruskan program membantu kesihatan kepada rakyat miskin yang menghidapi penyakit kronik dimana peruntukan sebanyak RM 505,000 telah disediakan (Syahidah dan Adib, 2013).
Mengikut rekod, kadar kemiskinan di negeri Kelantan pada 1970 (sebelum pelaksanaan DEB) sebanyak 76.1% adalah tertinggi di Semenanjung, dan menunjukkan penurunan ke paras 29.6% pada 1989, di tangga ketiga selepas Kedah (29.9%) dan Terengganu (31.3%). Bahkan pada 2009, Kelantan berjaya mengurangkan kemiskinan kepada 4.8%, mendahului Kedah (5.3%), Sarawak (5.3%) Perlis (6.0%) dan Sabah (19.2%), malah mencatatkan rekod yang lebih baik daripada kemiskinan Bumiputera seluruh Malaysia pada kadar 5.3% (Abdullah Sudin, 2013).

iv) Kos Sara Hidup Rendah
Satu kelebihan yang terdapat di negeri Kelantan adalah kos sara hidup rakyat yang rendah berbanding di negeri dan bandar lain. Walaupun paras KDNK per kapita dan pendapatan isi rumah negeri Kelantan (2012: RM3,168; Msia: RM5,000) adalah rendah berbanding di negeri lain, namun kuasa beli dan kerancakan permintaan domestik di negeri Kelantan secara relatifnya adalah lebih tinggi.

Ini dapat dilihat daripada beberapa pemerhatian terhadap aspek sosio-ekonomi yang melatari kehidupan harian rakyat Kelantan seperti berikut (Syahir Sulaiman, 2013):
a) Tunai dan Emas – Urusniaga jualbeli dalam bentuk tunai yang tinggi adalah petanda utama dalam mengukur kekuatan ekonomi rakyat Kelantan dan turut menyumbang kepada merancakkan aktiviti perniagaan kecil dan sederhana di Kelantan. Amalan berhutang di kedai runcit amat jarang diamalkan di Kelantan, apatah lagi transaksi jual-beli menggunakan kad kredit sebagaimana menjadi amalan biasa warga kota yang dihimpit beban sara hidup yang tinggi. Transaksi tunai yang rancak ini sekaligus menjadi pemangkin kepada budaya berniaga di kalangan rakyat Kelantan apabila permintaan terhadap barangan sentiasa tinggi, samada barangan runcit mahupun makanan;
b) Tanah dan Rumah – Rakyat Kelantan secara umumnya lebih mengutamakan perbelanjaan untuk pemilikan aset kekal, daripada urusniaga pembelian tanah (atau pecah lot) yang amat popular di Kelantan sehinggalah kepada sekecil-kecil pemilikan aset seperti haiwan ternakan yang biasanya akan dijual untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak;
c) Bank dan Tabungan – Kewujudan banyak cawangan bank di daerah kecil seperti Bachok, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang adalah menarik untuk dikaji dan dibandingkan dengan situasi di daerah kecil yang setaraf di negeri lain. Ini kerana, bagi daerah ‘miskin dan mundur’ sebegini, kewujudan banyak cawangan bank komersial menjadi penanda aras terhadap tahap tabungan dan simpanan modal di kalangan rakyat Kelantan yang tinggi;
d) Infaq dan Sedeqah – Pembinaan masjid dan surau yang banyak di Kelantan semuanya ditampung oleh sumbangan infaq, sedeqah, zakat dan waqaf yang sudah sinonim dengan rakyat Kelantan. Pendidikan merupakan institusi utama yang mendapat manfaat daripada budaya infaq ini, baik dari segi pembiayaan pondok, madrasah dan sekolah agama rakyat, sehinggalah kepada pembiayaan pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.


v) Tabung Serambi Mekah
Dana kebajikan ini telah ditubuhkan pada tahun 1991 dibawah seksyen 9(1) Akta Tatacara Kewangan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, bertujuan untuk program pengupayaan golongan miskin dan bantuan kebajikan untuk mereka yang ditimpa malapetaka, bencana alam dan penyakit kronik, di samping bagi menampung kos pembinaan projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat. Wang tabung boleh terdiri daripada hadiah atau sumbangan berupa keuntungan, sedekah dan lain-lain hasil daripada pemberian orang ramai atau organisasi, persatuan, yayasan atau firma dan koperasi. Menurut Laporan Audit Negeri Kelantan 2010, baki akaun ini pada tahun 2010 berjumlah RM11.5 juta berbanding RM9.1 juta pada tahun 2009 (Syahidah dan Adib, 2013).

vi) Rumah Dhu’afat, Skim al-It’am, Ladang Rakyat
Bantuan rumah untuk golongan miskin telah dilaksanakan di bawah program Rumah Dhu’afat bermula pada tahun 2006. Bantuan ini diperuntukan bagi tujuan pembinaan dua buah rumah di setiap DUN bagi membantu meringankan beban rakyat untuk membaiki dan membina rumah sendiri. Pada tahun 2011 melalui peruntukan yang disediakan, sebanyak 71 buah rumah dhu’afat telah dibina. Pada tahun 2013, jumlah yang diperuntukkan untuk bantuan rumah dhufat adalah sebanyak RM5.5 juta (Syahidah dan Adib, 2013).

Program Bantuan Beras Percuma atau dikenali sebagai Skim al-It’am telah dilaksanakan bermula pada tahun 2011. Badan yang bertanggungjawab mengendalikan program ini ialah Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad iaitu syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), dan sejumlah RM 2.5 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan program ini pada tahun 2012. Seramai 180 keluarga miskin daripada setiap Dewan Undangan Negeri akan menerima 10 kg beras pada setiap bulan.

Pada tahun 2006, Kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan Program Ladang Rakyat yang merupakan satu inisiatif kerajaan negeri bagi membendung masalah penerokaan tanah kerajaan dan membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan. Pada tahun 2011, sebanyak 19 kawasan tanah Kerajaan seluas 81,095 ekar di Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah telah diluluskan untuk dibangunkan sebagai kawasan Ladang Rakyat dengan penanaman kelapa sawit. Hasil pajakan dan keuntungan ini merupakan pendapatan utama Perbadanan Ladang Rakyat yang akan diagihkan sebagai dividen kepada penduduk miskin seramai 4,767 orang yang dikenali sebagai peserta Ladang Rakyat (Syahidah dan Adib, 2013).

vii) Tuntutan Royalti Petroleum
TGNA ketika menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan meletakkan agenda tuntutan royalti petroleum sebagai agenda utama dalam perjuangannya untuk rakyat negeri Kelantan. Tuntutan royalti ini adalah termaktub di dalam Perjanjian Petroleum Kelantan bertarikh 9 Mei 1975 di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974, yang dianggarkan sudah mencecah RM12 bilion.

Malah beliau sendiri hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 untuk memfailkan writ saman terhadap Petronas bagi menuntut tunggakan royalti minyak yang tidak dibayar kepada kerajaan Negeri Kelantan. TGNA dilaporkan berkata, “Sebagai ketua kerajaan negeri, saya bertanggungjawab untuk menjaga kehormatan harta negeri Kelantan, kedatangan saya hari ini adalah untuk menuntut hak dan menjaga kehormatan harta kita. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Kelantan, jadi saya perlu lakukan apa jua cara sama ada melalui rundingan atau mahkamah”.

Usaha ini turut disokong oleh Tuanku Sultan Kelantan yang bertitah ketika merasmikan Sidang DUN Kelantan pada 16 Jun 2013, “Pada masa yang sama Beta memohon Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri mengikut perjanjian yang telah ditandatangani”.

Usaha ini masih menjadi warisan untuk terus diperjuangkan oleh kepimpinan dan rakyat Negeri Kelantan.

PENUTUP

Penulisan ringkas ini diharapkan dapat memberikan gambaran terhadap falsafah dan pemikiran ekonomi TGNA sepanjang pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan (1990-2013), di samping sebagai manifestasi legasi seorang ulama’ yang juga pemimpin yang berjaya membuktikan bahawa tiada pemisahan dalam agenda pembangunan material dan spiritual, atau dalam erti kata lain, tiada pemisahan dalam urusan duniawi (politik) dan ukhrawi (agama).

Kebaikan yang bertambah-tambah, itulah Barakah, dan inilah kekuatan ekonomi Kelantan, semasa dan selepas, pentadbiran Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan (1990-2013).

- Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM
- 20 Februari 2015

Baca-Fikir-Faham (BFF): LEGASI PEMIKIRAN TGNA (1/2)

Legasi Pemikiran Ekonomi TG Nik Aziz – Syahir Sulaiman (Bhg. 1/2)

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

PENDAHULUAN

Penulisan mengenai seseorang tokoh ulama’ biasanya menukilkan ketinggian ilmu dan legasi dakwah ulama’ tersebut, namun penulisan mengenai Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015) (“TGNA”) pasti akan mengiktiraf jasa beliau dalam segenap dimensi kehidupan manusia, meliputi urusan politik, ekonomi, dan sosial.

Penulisan ini bertujuan untuk mendokumentasikan falsafah dan pemikiran ekonomi TGNA sepanjang pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan (1990-2013). Ia juga bertujuan untuk memberikan gambaran berkenaan legasi dasar-dasar ekonomi TGNA sebagai manifestasi kejayaan seorang ulama’ yang juga pemimpin, yang tidak memisahkan aspek pembangunan fizikal dan rohani, atau dalam erti kata lain, tidak memisahkan urusan duniawi (politik) dengan urusan ukhrawi (agama).

Penulisan ringkas ini mengandungi dua bahagian, (i) tinjauan kajian terdahulu dan falsafah pemikiran ekonomi TGNA, dan (ii) pelaksanaan dasar ekonomi Negeri Kelantan sepanjang pentadbiran TGNA sebagai Menteri Besar (1990-2013).

KAJIAN TERDAHULU

Kajian berkenaan ekonomi negeri Kelantan adalah sangat terhad. Hal ini kerana kebanyakan pengkaji lebih cenderung untuk mengkaji sistem politik dan sosial di Kelantan berbanding sistem ekonomi.

Terdapat beberapa kajian akademik mengenai dasar ekonomi negeri Kelantan di bawah pentadbiran TGNA sebagai Menteri Besar, antaranya oleh Surtahman dan Norfadzilah (2004) berkaitan falsafah dan pemikiran ekonomi TGNA dalam aspek pentadbiran, pembangunan, kemiskinan, dan muamalat; serta Zakariah Rashid (2003) yang menilai kedudukan ekonomi negeri Kelantan dengan menggunakan rangka kerja analisis ‘shift-share’ wilayah terhadap data-data KDNK dalam tempoh 1980-1995, dan mendapati bahawa Kelantan telah mengalami kesan peralihan wilayah yang negatif dalam tempoh tersebut disebabkan faktor lokasi yang tidak kondusif untuk pelaburan di samping kemudahan infrastruktur (jalanraya, elektrik, air, pelabuhan, lapangan terbang) yang sangat terbatas.

Kajian yang dijalankan oleh Azizah dan Nariman (2005) menggunakan analisa model Anser pula mendapati program Islam dan legislatif yang dilaksanakan dalam pentadbiran di Kelantan memberikan impak yang positif terhadap pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Kelantan untuk tempoh 1990 hingga 2004; manakala Ismail dan Shukri (2011) mendapati peningkatan hasil yang berlaku adalah disebabkan oleh pengurusan yang transparen dengan mengambil contoh sistem tender terbuka dalam aktiviti pembalakan. Kejayaan mengenai program pembasmian kemiskinan di negeri tersebut telah dinilai oleh Syahidah dan Adib (2013) dan mendapati Kerajaan Negeri Kelantan komited dalam mengurangkan kadar kemiskinan berdasarkan kemampuannya dan turut menyimpulkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya menstruktur semula sosio-ekonomi masyarakat yang lebih bebas dan berdikari.

Di samping kajian-kajian di atas, terdapat banyak penulisan dan dokumentari separa-akademik yang diterbitkan di pelbagai media bagi menyorot kejayaan, dan kekurangan, dalam aspek pelaksanaan dasar ekonomi sepanjang pentadbiran TGNA sebagai Menteri Besar di Negeri Kelantan, termasuklah yang direncanakan oleh Abdullah Sudin (2013), Syahir Sulaiman (2013) dan Ubaidillah Alias (2013) di dalam majalah Qiadah edisi 1434H yang diterbitkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

FALSAFAH & PEMIKIRAN EKONOMI TGNA

i) Definisi Ekonomi
TGNA mentakrifkan ekonomi sebagai “segala kekayaan yang terdapat di langit dan di bumi ini dianugerahkan oleh Allah kepada umatnya untuk menguruskan alam ini”. Ini bermaksud semua rezeki yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah SWT, di mana manusia hanya diberi tugas sebagai khalifah untuk menjadi pentadbir di alam ini (Surtahman dan Norfadzilah, 2004).

Beliau turut menyatakan bahawa sumber-sumber yang terdapat di bumi adalah mencukupi atau tidak terhad, seterusnya menyangkal definisi ekonomi yang diutarakan oleh ahli-ahli ekonomi Barat yang menyatakan bahawa sumber-sumber pengeluaran (land, labour, capital, entrepreneur) adalah terhad, yang akhirnya telah menimbulkan masalah dalam ekonomi (inequality, inefficiency, monopoly etc.) bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas (Surtahman dan Norfadzilah, 2004). Menurut TGNA, sumber-sumber pengeluaran yang dianugerahkan oleh Allah SWT mencukupi untuk keperluan makhluknya, cuma manusia sahaja yang tidak pandai mengurusnya dengan baik sehingga timbul pelbagai masalah kekurangan sumber dalam ekonomi.

Perkara ini adalah selaras dengan firman Allah SWT (maksudnya): “Dan tidak ada sesuatu manusia dan binatang di bumi melainkan Allah jugalah yang memberi rezekinya" (Hud: 6).

ii) Pembangunan
Konsep pembangunan ekonomi di Kelantan berbeza dengan pendekatan ekonomi di negeri-negeri lain. Pembangunan ekonomi Islam yang dilaksanakan adalah bersifat syumul, dengan memberi penekanan seimbangan terhadap pembangunan material dan spiritual rakyat.

Sejak tahun 1990, pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan adalah berdasarkan agenda ‘Membangun Bersama Islam’. Teras kepada dasar ini ialah berpaksikan kepada prinsip ‘Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan (“UMI”). ‘Ubudiah merujuk kepada penyerahan diri manusia sebagai hamba Allah SWT, Mas’uliah pula berkait rapat dengan kebertanggungjawaban dalam melaksanakan amanah selaras dengan tuntutan syariat, manakala Itqan merujuk kepada etika kerja berkualiti tinggi. Segala dasar dan program Kerajaan hendaklah berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadis serta Ijma’ dan Qiyas.

TGNA menyedari bahawa pembangunan bukan matlamat tunggal yang ingin dicapai tetapi ia merupakan wasilah untuk memperkasakan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Untuk mencapai matlamat dan objektif pembangunan ekonomi berteraskan Islam, maka strategi yang diambil juga harus berteraskan Islam. Strategi yang diambil oleh Kelantan ialah sentiasa menekankan kepatuhan syariah dalam setiap tindakan dan program yang dilaksanakan demi kebajikan rakyat (Syahidah dan Adib, 2013).

iii) Kemiskinan
TGNA semasa berucap di Dewan Undangan Negeri Kelantan menyatakan: “Membasmi kemiskinan adalah satu perkara yang berada diluar kebolehan manusia kerana ia adalah ciptaan Tuhan yang mesti diterima oleh manusia. Kemiskinan tidak boleh dibasmi tetapi hanya boleh dikurangkan." (Belanjawan Negeri Kelantan, 1991).

Beliau menyifatkan kemiskinan sebagai satu daripada penyakit manusia yang sentiasa berlaku dalam sesebuah masyarakat, dan menyatakan bahawa “Kemiskinan ialah ketidakupayaan manusia untuk mencapai tahap keperluan individu dan tanggungannya”. Ini bermaksud mereka tidak berkeupayaan untuk mencapai tahap keperluan paling minima (dharuriyyat) sedangkan nikmat Allah SWT adalah amat banyak dan amat mencukupi untuk memenuhi keperluan seluruh manusia sepanjang masa (Surtahman dan Norfadzilah, 2004).

Pandangan beliau ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT (maksudnya): "Dan la mengurniakan kepada kamu daripada setiap apa yang kamu pohon dan jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah nescaya kamu tidak akan terhitung" (Ibrahim: 34)

Menurut TGNA, kemiskinan terdiri daripada dua dimensi iaitu kemiskinan jasmani dan rohani dan Kelantan komited dalam usaha membasmi kemiskinan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan seimbang, walaupun negeri ini menghadapi banyak kekangan dari segi modal dan infrastruktur (Syahidah dan Adib, 2013). Tambah beliau, “Hanya orang yang mempunyai jiwa yang kosong mudah terdedah kepada bermacam-macam bahaya. Miskin jiwa mempunyai kesan yang lebih berbahaya daripada miskin harta.” (Surtahman dan Norfadzilah, 2004).

iv) Riba’
Menurut TGNA, mengharamkan riba adalah pendirian Islam dan beliau mengingatkan umat Islam kini hendaklah berhati-hati dengan ancaman daripada pihak Barat yang cuba melancarkan perang melalui bidang muamalat misalnya, mereka berusaha untuk menonjolkan sistem ekonomi riba sebagai suatu keperluan dalam perekonomian. Agenda yang sebegitu halus ini menjadikan sistem kewangan berasaskan riba’ sebagai suatu yang diperlukan demi kemajuan dan pembangunan, dan terus membelenggu ekonomi dunia dan umat Islam (Surtahman dan Norfadzilah, 2004).

Ketegasan TGNA terhadap pengharaman riba’ terbukti dengan arahan beliau untuk memindahkan semua akaun simpanan Perbendaharaan Negeri Kelantan daripada bank konvensional (ribawi) kepada bank Islam. Ujar beliau, “Antara perkara pertama yang ambo buat masa jadi MB, ambo panggil pegawai kewangan negeri, minta pindah akaun kerajaan ke bank Islam. Ambo buat ni tanpa mesyuarat sebab ini perkara nas, tak perlu mesyuarat, kita kena buat.” (Syahir Sulaiman, 2013). Tindakan tegas beliau pada tahun 1990 ini telah menyuburkan usaha mengembangkan institusi kewangan berlandaskan syariat di seluruh negara, sehingga Malaysia kini digelar sebagai hub kewangan Islam antarabangsa.

Dalam hal yang sama, kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan pinjaman berteraskan Qardhul-Hasan (tanpa riba’) kepada kakitangan kerajaan, meliputi pinjaman kenderaan dan perumahan. Malah, sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Kelantan kini sudah dicontohi oleh pelbagai pihak sebagai alternatif kepada amalan riba dan mekanisma yang dikenalpasti oleh kerajaan negeri Kelantan dalam memecahkan belenggu kemiskinan (Surtahman dan Norfadzilah, 2004).

Penelitian di atas adalah sebahagian daripada catitan yang mampu dinukilkan di dalam penulisan serba ringkas ini, bagi menunjukkan ketinggian ilmu dan iltizam yang terbit daripada falsafah dan pemikiran ekonomi TGNA sepanjang pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan.

Penilaian terhadap pelaksanaan dasar dan program ekonomi sepanjang pentadbiran TGNA sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan (1990-2013) akan dinukilkan dalam bahagian ke-2 penulisan ini.

- Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM
- 19 Februari 2015

Thursday, 12 February 2015

12 Februari 1949: Syahidnya Imam Hassan Al-Banna


12 Februari 1949.. Syahidnya Imam Hasan Al-Banna..maka hari ini genaplah 65 tahun beliau telah syahid dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi mesir...
الموت في سبيل الله اسمى امانينا...
Biodata ringkas hidup Albanna adalah seperti berikut :

- Nama beliau Hasan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna

- Dilahirkan pada waktu Dhuha hari Isnin 25 Sya’ban 1324 hijrah, 14 Oktober 1906. Di markaz Mahmudiah ,Muhafazah Bahriah

- Menghafal Al-Quran ketika masih kecil, dan belajar di Madrasah Ar Rasyad ketika berumur 8 tahun, kemudian beliau masuk ke sekolah rendah, kemudian Madrasah Mua’allimin Damanhur, kemudian Darul U’loom Keharah, beliau menjadi graduan pada tahun 1927.

- Dari kecil beliau sudah mula berdakwah kepada Allah, amar ma’aruf dan nahi mungkar, beliau bersama kawan2nya menubuhkan pertubuhan Akhlak dan Adab ketika di sekolah rendah, dan seterusnya bersama kawan2nya menubuhkan persatuan Pencegah Kemungkaran. Ketika beliau di Maktab perguruan (madrasah mu’allimin) beliau bersama rakannya Ahmad Sukkari menubuhkan Jam’iayyah Al Hisofiah Alkhairiyyah yang bertujuan menegakkan akhlak mulia dan mencegah kemungkaran.

- Beliau bekerja sebagai guru di Isma’iliyyah pada tahun 1927.

- Pada Zulkaedah Tahun 1347 hijrah / 1927 masihi beliau menubuhkan Pertubuhan Ikhwan Muslimin.

- Maka berkembanglah dakwah ikhwan sehingga terdengar diseluruh pelusuk kampung di mesir. Beliau sendiri telah pun menziarahi lebih kurang 3000 kampung antara hampir 4000 kampung yang ada di Mesir ketika itu. Dan ini tidak termasuk bandar yang telah beliau pergi.

- Beliau juga giat dalam usaha massa. Pada tahun ke 30 an beliau, telah terbit Teater Ikhwan Muslimin, beliau juga telah menerbitkan beberapa majalah2 : AlManar, Asy Syihab, AnNazir, At-Taaruf dan juga beberapa surat khabar : Al Ikhwan Muslimin dan juga Radio Ikhwan muslimin pada tahun 40-an beliau.

- Dan beliau berhenti bekerja sebagai guru pada tahun 1946

- Pada tahun 1947-1948 beliau telah menghantar ribuan Pemuda Ikhwan ke medan jihad di bumi Palestin.

- Pada safar 1368 / Disember 1948 ikhwan telah dikenakan tindakan ketenteraan . Ketika itu bilangan anggota penggerak Ikhwan tidak kurang daripada setengah juta.

- Beliau telah syahid pada bulan rabi’ul thani 1368 hijrah / 12 Februari 1949, apabila beliau telah dibiarkan tanpa rawatan di hospital setelah ditembak.

Wallahu a'lam...

Kredit: Dato Tuan Ibrahim

Tuesday, 4 November 2014

Baca,Fikir dan Faham (BFF): HENDAKLAH AKAL MENGUKUR MAKLUMAT


oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Cabaran paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai gelaran ‘agamawan’ atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam ini. Lalu, atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir’ atau ‘memang tak mahu fikir’ mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama, samada hasil percakapan orang atau bahan bacaan yang mereka temui. Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama. Jika hal itu berterusan, maka kekeliruan terhadap agama akan berkembang lantas agama akan dipersenda dan didustai.
Menilai

Sesuatu riwayat atau kisah atau matan yang hendak dianggap benar untuk dikaitkan dengan Islam dinilai secara kritis sejauh manakah kesahihan maklumat tersebut. Ini mesti dilihat kepada sumber maklumat; samada ia berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah atau tidak? Sementara jika riwayat itu bersumberkan hadis atau athar ; hendaklah dipastikan ia riwayat yang diterima di sisi ilmu periwayatan. Setelah proses ini dilepasi, dinilai pula sejauh manakah kemunasabahan sesuatu teks atau riwayat itu. Adakah ia bertentangan dengan al-Quran, atau realiti yang nyata, atau fakta sejarah yang tidak mungkin dipertikaikan, atau akal yang disepakati? Jika ini berlaku dan tiada jalan keluar untuk menserasikannya, maka riwayat itu ditolak. 
Contohnya cerita bahawa Bahtera Nabi Nuh a.s. tawaf ka’bah dan bersolat di makam Ibrahim dua raka`at. Ini semua adalah dusta. Tidak masuk akal. Nabi Nuh a.s. wujud sebelum Ibrahim a.s. Sementara Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Makam Ibrahim mengambil sempena nama Nabi Ibrahim a.s. Di mana Kaabah dan makamnya ketika itu untuk bahtera Nuh bertawaf? Dengan itu para ulama hadis hadis menolak cerita ini. Termasuk yang tampail menempelak riwayat tersebut al-Imam al-Syafi’i r.h (al-Jurjani, al-Kamil fi Du’afa al-Rijal, 4/270, Beirut: Dar al-Fikr). Malang sekali, masih ada penceramah agama yang mendendangkan kisah karut ini.

Pembunuhan Husain
Beberapa email saya terima mengadu mengenai sebuah tulisan dalam akhbar ini yang menyatakan tentang sunat membuat bubur pada sepuluh Muharram kerana mengenangkan peristiwa pembunuhan Saidina Husain bin ‘Ali r.huma. Ada yang bimbang masuknya unsur syiah ke dalam masyarakat yang tidak diajar menilai sesuatu dengan kritis. Saya kata; kita tidak bimbang asal-usul sesuatu unsur pemikiran atau kefahaman dari mana datangnya. Selagi ia benar atau bertepatan dengan fakta, datanglah dari mana sahaja, sekalipun dari Yahudi. Kebenaran tidak memilih bulu. Apa yang dibimbangi adalah unsur tersebut terpinggir jauh dari kebenaran. Soal kelebihan amalan atau fadilat adalah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Dalam riwayat sahih yang manakah yang menyebut kelebihan membuat bubur hitam atau merah atau apa warna sahaja pada Hari ‘Asyura? Apa yang pasti ia tidak pernah ada riwayat sahih yang menyuruh hal itu. Apatahlagi peristiwa pembunuhan Husain bin ‘Ali berlaku pada tahun 61H, di zaman pemerintahan Yazid bin Mu’awiyah. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/258, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Terlajak membicarakan tentang pembunuhan cucunda Nabi s.a.w ini, al-Husain bin ‘Ali yang amat kita cintai, ingin saya jelaskan bahawa ahli-ahli sejarah ramai yang berpendapat bukan Yazid yang membunuhnya seperti yang didakwa.
Saya ingin memetik apa yang diulas oleh sejarahwan besar, al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H): “Orangramai mempunyai berbagai pendapat tentang Yazid bin Mu’awiyah. Ada yang mencintai dan mengangkatnya iaitu segolongan penduduk Syam yang beraliran Nasibiyyah. Adapun golongan Syiah Rafidah, mereka mengejinya dan mengada-adakan berbagai pembohongan yang Yazid tidak lakukan. Ramai mereka menuduhnya zindiq (kafir yang berpura muslim). Dia tidak sampai begitu. Sementara pihak yang lain, tidak menyukainya dan tidak pula mencercanya. Ini kerana mereka tahu dia bukan zindik seperti yang dituduh oleh golongan Syiah Rafidah, namun pada zaman pemerintahannya berlaku berbagai peristiwa yang jelek dan perkara-perkara yang dibantah, hodoh dan keji. Paling teruk adalah pembunuhan Husain bin ‘Ali di Karbala. Namun dia tidak tahu (mengarahkannya) dan barangkali dia tidak meredhainya” (al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/256).
Kata tokoh pengkaji hadis al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak sahih di sisi kami bahawa Yazid memerintahkan agar dibunuh al-Husain r.a. Riwayat mereka yang dipercayai bahawa perintah agar dibunuh al-Husain dari orang yang mengepalai dalam pembunuhannya iaitu `Ubaid Allah bin Ziyad, gabenor Iraq ketika itu” (Ibn Tulun, Qaid al-Syarid min Akhbar Yazid m.s. 57, Kaherah: Dar al-Sahwah, Kaherah).
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) mempunyai ulasan yang menarik, katanya: “Apabila kaum keluarga Husain datang kepada Yazid, dia memuliakan mereka dan mengiringi mereka ke Madinah. Diriwayatkan dia melaknat Ibn Ziyad atas pembunuhan al-Husain. Katanya: “Aku meredhai ketaatan penduduk Iraq tanpa membunuh al-Husain”. Namun begitu beliau tidak menampakkan bantahannya, membela kematiannya dan mengambil tindakan membunuh balas sedangkan itu adalah kewajipannya. Maka dengan itu, pendokong kebenaran mengutuknya disebabkan dia meninggalkan kewajipan di samping perkara-perkara lain. Adapun musuh-musuhnya mereka menokok tambah pendustaan ke atasnya berbagai-bagai lagi” (Ibn, Taimiyyah, Majmu’ al-Fatwa, 2/253, Riyadh: Maktab al-‘Abikan).
Unsur Syiah

Unsur syiah bukan baru dalam masyarakat kita, walaupun ia belum lagi keterlaluan. Ini dapat dilihat bagaimana orang melayu menamakan akar-akar kayu dengan nama ‘Ali dan Fatimah; seperti tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Tidak dinamakan tongkat Abu Bakr atau ‘Umar, tidak juga Kacip ‘Aishah, atau Habsah. Dalam jampi juga ada menyebut: “fu kiri, fu kanan, berkat doa baginda ‘Ali”. Jika sekadar nama ‘Ali atau Fatimah tiada salahnya. Mereka ialah kaum keluarga Nabi s.a.w yang amat kita kasihi. Sebaliknya, yang ditakuti apabila perkara yang tidak agama dianggap agama dalam Islam. Itu yang menakutkan. Sehingga di Pakistan, Iraq, Iran dan kawasan-kawasan yang kuat pegangan Syiahnya, pada hari ‘Asyura mereka mencederakan diri masing-masing dengan alatan tajam kerana mengenangkan Saidina Husain dan kekejaman Yazid. Ribuan bahkan ratus ribu kaum Syiah berkumpul pada sepuluh Muharram saban tahun melukai tubuh dengan darah dan membasahi pipi dengan airmata mendendami Yazid dan mengenang al-Husain bin ‘Ali. Lalu peristiwa hitam semalam, terus menjadi dendam hingga ke hari ini. Siapakah sasarannya? Apapun jawapannya, ia adalah antara sebab terpisahnya sunni dan syi’ah. Satu ajaran yang hidup dalam nostagia luka yang sebahagiannya mungkin benar, sebahagiannya mungkin palsu.

Apapun, saya tidak dapat bayang jika seseorang yang ingin menganut Islam hadir menyaksikan upacara yang dikaitkan dengan Islam yang dipenuhi manusia yang mencedera dan melukai diri sendiri, apakah dia akan terus menganggap agama yang membangunkan akal dan jiwa, mudah dan lurus mencapai Tuhan? Atau mungkin dia tidak dapat membezakan antara ajaran Kristian yang mendakwa darah Jesus terpaksa ditumpah untuk menebus dosa manusia, atau mungkin dia akan keliru dengan agama sesat yang menyuruh penganutnya berjalan atas api dan melukai diri untuk menunaikan nazar atau menebus dosa? Saya tidak pasti. Apa yang pasti itu bukan sifat Islam seperti yang terkandung indah dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Dipetik dari Pages FB Dr. MAZA. Terima Kasih Dr.

Friday, 6 June 2014

Baca, Fikir dan Faham (BFF): 15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Perkongsian Menarik dari PONDOK HABIB

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.




8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber : Darulharis