Showing posts with label People. Show all posts
Showing posts with label People. Show all posts

Sunday, 6 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 8.0


1. Tuan Muda Aqif Azizan memberitahu saya, Puan Guru Ainon Mohd itu sungguh garang. Namun Puan Guru itulah yang mengajar Tuan Aqif tentang Strategi bagaimana pemuda miskin dapat mengkayakan dirinya.
2. Hari ini Tuan Aqif berpendapatan jutaan. Tuan Aqif Azizan adalah anak muda yang memiliki bakat, ilmu dan kesungguhan. Beliau menjadi kaya melalui jalan perniagaan, dengan menjual perkataan.
3. Saya selalu ingat betapa Puan Guru berkata dalam kelas, apabila kita miskin-modal kewangan, ikutlah apa yang Langit ajarkan kepada kita melalui perkongsian Khadijah-Muhammad sebagai modelnya.
4. Cepat cepat kami tanya bagaimana caranya Puan Guru.
Lantang dan jelas, Puan Guru Ainon Mohd berkata,

Ini peta jalannya, belajar lima perkara ini dahulu,
Pertama, ceburilah bidang trading B-to-B.
Kedua, Berniagalah secara berpartner, bukan berniaga secara solo-solo.
Ketiga, Partner Muhammad Muda itu bukan sahabat baiknya sendiri, 
dan bukan juga anggota familinya sendiri.

Ketiga, Berpartner dengan peniaga kaya. 
Partner yang kaya dapat menyediakan modal bisnes.

Keempat, Pilih partner orang yang business-minded dan fulltime berbisnes.
Kelima, Peniaga kaya itu diperkenalkan oleh introducer, bukan dicari sendiri, dan bukan dipilih sendiri.
5. Kali ini Puan Guru sungguh tegas, beliau tanpa menunggu kami menghadam ilmu bisnes yang baharu diajar terus masuk kepada bab berikutnya:
Beliau menulis besar atas papan putih.
"Ulang Kaji: Bisnes trading B-to-B"
6. Kata Puan Guru, Bisnes pertama Muhammad adalah menjual servis dalam industri penternakan. Ini beliau jalankan semasa berusia 8 - 12 tahun.. 
Kemudian beliau pindah sektor ke dalam bisnes trading. 
Beliau menjadi trader selama 20 tahun.

7. Berhenti hanya sejenak, Puan Guru berkata lagi dengan suara penuh bertenaga:
Ada 2 jenis trading:
Pertama, Trading B-to-B (bisnes kepada bisnes). 
Syarikat jual kepada syarikat ataupun peniaga menjual kepada peniaga lain.

Kedua, Trading B-to-C (bisnes kepada pengguna). 
Di sini peniaga menjual kepada pengguna atau end-user.

8. Secara jelas Puan Guru menelusuri sirah dan berkata,
Berdasarkan rekod-rekod sejarah, 
ada 3 aktiviti bisnes yang Muhammad Muda tidak ceburi:

PERTAMA, Pembuatan dan pengeluaran
Muhammad Muda tidak pernah menjalankan bisnes manufacturing. Sebagai contoh, beliau tidak membuat roti dan menjual roti. Beliau mengambil produk-produk keperluan hasil keluaran pihak-pihak lain dan mengedarkannya.

9. Puan Guru kemudiannya membandingkan strategi bisnes Muhammad Muda dengan situasi dalam kalangan peniaga Melayu yang baru menceburi dunia bisnes. Banyak yang belum apa-apa sudah menceburi sektor pembuatan dan pengeluaran. Mereka meminjam duit bank bagi mengeluarkan produk terkilang.
Mereka suka pada jenama sendiri dengan tampalan wajah pada produk.

10. Belum sempat mereka belajar perkara-perkara paling asas dalam bisnes seperti membuka channel, mengedar dan menjual, mereka sudah terus menjadi pengeluar secara OEM. Pemilik kilang juga yang akhirnya kaya-raya.
11. Tambah Puan Guru Ainon Mohd, orang-orang muda baru keluar universiti, baru hadir kursus kilat keusahawanan, mereka terus berani meminjam dan mencadarkan geran hartanah orang tua, ambil hutang bank, serahkan duit hutang itu kepada pekilang.
12. Saya merasa sungguh berat. Sarat dengan maklumat dihambat masa silam yang penuh babat. Dalam analisis beliau, seakan ada wajah dan watak saya 25 tahun silam. Itulah saya pada usia 25 tahun. Mahu berbisnes. Dalam kepala mesti meminjam.
13. KEDUA, kata Puan Guru, sambil memandang tepat kepada saya, dan melontarkan kata katanya. Bagaikan peluru perak terus menikam tepat ke jantung saya. Kata Puan Guru , Kontrak
14. Sambil tersenyum beliau meneruskan kata kata, tiada rekod yang menunjukkan Muhammad Muda pernah menjalankan bisnes contracting. 
Sebagai contoh, beliau tidak menjadi kontraktor mendirikan rumah orang.

15. Sambung Puan Guru, pada masa ini sangat banyak peniaga Melayu yang menceburi bidang kontrakting dengan harapan dapat menjadi kontaktor kerajaan dan berjaya menjadi cepat kaya.
16. KETIGA, bidang bisnes yang tidak diceburi oleh Muhammad Muda adalah baginda tidak menjalankan bisnes retailing dengan membuka kedai ataupun dengan berjaja dari rumah ke rumah.
17. Puan Guru kemudiannya membandingkan strategi bisnes Muhammad Muda dengan banyaknya peniaga muda Melayu yang tergoda dengan bisnes membuka kedai francais, lalu membuat pinjaman bank beratus-ratus ribu ringgit.
18. Kata beliau, situasi ini sama macam kes orang muda yang menjadi pengeluar produk secara OEM, orang-orang muda yang membuka kedai francais pun begitu juga. Pinjam duit bank, serahkan duit itu kepada syarikat francaisor. Pemilik lesen francais juga yang kaya-raya. Orang muda juga yang terbeban dengan hutang.
19. Puan Guru menegaskan, Muhammad Muda menjalankan bisnes tradingnya secara B-to-B atau business-to-business. Beliau menjadi pengedar atau orang tengah antara pengeluar dengan trader-trader lain di 9 buah bandar dan negeri.
20. Tatkala Puan Guru menyebut orang tengah, hati saya berdegup kencang, "orang tengah". Inilah yang ramai orang marah. Inilah punca orang Cina kaya. Rupanya Muhammad telah melakukannya.
21. Kata Puan Guru, ambil sahaja contoh mudah. Contoh bisnes B-to-B, kita membeli keropok lekor dari pengeluar lalu kita jual pula kepada penggoreng keropok di pasar-pasar malam.
22. Pada tahap ini Puan Guru berkata, kita berhenti disini. Sambungan nya selepas ini. Semua kami berehat seketika, menarik nafas lega. Kelas ini sungguh berat terasa.

via Dato' Roslan Abd Hamid

Saturday, 5 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 7.0




1. Semasa duduk duduk, Puan Guru Ainon Mohd menyebut ini:

Ada kajian (di US) yang mendapati:

Kita mudah terpengaruh oleh kata-kata dan idea individu-individu yang mempunyai self-esteem tinggi.Bahasa seseorang itu memancarkan self-esteemnya, apakah tinggi ataupun rendah.

Individu-individu yang self-esteemnya tinggi bercakap dengan lebih fasih, dan dengan sebutan yang jelas, dan tatabahasa yang betul. Individu-individu yang self-esteemnya rendah bercakap dengan ayat patah-patah, sebutan tidak jelas, tatabahasa salah, dan susunan idea tidak rapi.

2. Saya rasa sungguh suka hati tidak terperi. Sejak dari sekolah, saya suka kepada Bahasa Melayu Tinggi. Guru pertama saya di MRSM, orang Thai Malaysia, CikguSomchit Intachat, namun bahasa pengucapan beliau sungguh lembut teratur.

3. Puan Guru Ainon Mohd melanjutkan kata dengan membawa kami kepada dunia Amerika. Kata beliau,

" Dikatakan, kefasihan berbahasa Obama sangat membantu beliau mendapatkan kepercayaan pengundi Amerika, meskipun beliau kurang pengalaman politik, muda pula dari segi usia, dan berkulit hitam American Africa"

4. Namun begitu, kata Puan Guru, kita harus melihat dalam lapisan berikutnya betapa di Amerika Syarikat juga ada kajian ini:

Kajian di US mendapati sumber esteem yang paling penting adalah wang. Sumber wang adalah bisnes, kuasa, jawatan, bakat, keturunan dan seumpamanya.

Sumber esteem kedua baru pendidikan dan kelulusan.

Individu-individu yang mempunyai PhD, ataupun mereka yang fasih pelbagai bahasa, self-esteem mereka terancam atau berasa kecil apabila hadir di tengah-tengah mereka yang banyak duit.

5. Semua dari kami diam menunggu tuturan berikutnya dari Puan Guru Ainon Mohd.

Dan beliau membuat ujaran berikut, di US, secara keseluruhannya kecuali dalam kes tertentu seperti masa pemilihan Obama, bahasa bukan sumber esteem.

Beliau juga menerangkan pemerhatian berikut, di Malaysia, di kalangan orang Cina bahasa bukan sumber esteem mereka. Bagi orang Cina wang adalah sumber esteem mereka yang utama. Sebab itu adanya perkataan "Money Talks"

6. Kebolehan bertutur Bahasa Inggeris menjadi sumber esteem di kalangan kaum-kaum yang tidak banyak duit macam kaum Cina. Mereka suka memperagakan kebolehan itu walaupun semasa bercakap sesama bangsa mereka.

7. Itulah Puan Guru Ainon Mohd. Dia sentiasa tajam mata dan tembus pandang penglihatan. Puan Guru kembali bercerita tentang bahasa. Kata beliau: Bahasa yang kita gunakan merakamkan banyak data berkenaan asal-usul, sosio-budaya, bidang keilmuan, dan psikologi kita.

Dengan mengambil contoh, Puan Guru terus menerangkan, daripada bahasa seseorang itu kita dapat mengetahui sama ada dia berasal dari keluarga kampung ataupun dari keluarga bandar .

Ketara sekali, bahasa atau dalam persuratannya disebut juga sosio-linguistik orang kampung berbeza daripada bahasa orang bandar.

8. Banyak orang Melayu yang sekarang tinggal dibandar adalah berasal dari keluarga kampung. Ini berikutan berlaku migrasi besar besaran pada tahun 70an dan seterusnya. Meskipun mereka memiliki ijazah, dan tinggal di kondo mewah, mereka masih bercakap menggunakan elemen-elemen bahasa kampung.

9. Puan Guru memperincikan bahawa elemen bahasa kampung yang paling mudah dikesan adalah kosa kata dalam sistem panggilan yang mereka gunakan.

Dalam sistem panggilan budaya kampung, usia menjadi faktor utama pemilihan kata panggilan seperti 'adik', 'kakak', 'abang', 'pak cik', 'mak cik' dan lain-lain.

10. Opss. saya mula terkesan. Tatkala mahu menunjukkan rapat dengan sebegitu rupa, nyata panggilan itu memaparkan siapa kita. Puan Guru ralik bercerita, pada zaman dahulu hanya ada dua variety bahasa Melayu, iaitu bahasa rakyat jelata atau bahasa kampung. ia dikenali juga sebagai low linguistic culture.

Satu lagi adalah bahasa istana iaitu bahasa raja-raja dan orang-orang besar istana atau dikenali sebagai high linguistic culture. Begitupun menurut Puan Guru, dalam zaman modern ini kedua-dua variety itu tidak sesuai digunakan.

11. Adalah jelas tutur Puan Guru, bahasa dunia kampung tidak boleh digunakan dalam dunia profesional, dunia korporat, dunia pentadbiran negara dan dunia-dunia yang mengamalkan 'budaya tinggi' atau dikenali high culture dalam zaman modern.

12. Dalam senyumnya Puan Guru berkata, Bahasa Melayu kampung hanya boleh digunakan apabila kita 'balik kampung'. Di pasar malam pun kita tidak boleh menggunakan bahasa kampung kerana pasar malam adalah sebahagian daripada dunia ekonomi moden.

13. Begitupun disebabkan mereka yang berniaga di pasar malam itu berasal dari keluarga kampung yang bermigrasi ke bandar, mereka kekal menggunakan bahasa kampung.

14. Sesuatu yang peniaga pasar malam tidak sedari bahawa pelanggan-pelanggan mereka adalah orang kampung yang sudah keluar daripada kemiskinan dan kesukaran kampung, dan kini mereka sudah menjadi anggota kelas menengah Melayu.

Pada saat ini saya teringat 20 tahun dahulu, selalu beratur bersama dengan Tan Sri Hassan Marican, Presiden Petronas untuk beli popia basah di pasar malam Taman Melawati.

15. Puan Guru Ainon Mohd. mengakhiri perbualan sambil minum pagi di kedai mamak, Mutiara Gombak dengan menyebut ,kelas menengah ini adalah fenomena yang baru muncul dalam masyarakat Melayu, yang dilahirkan oleh sistem pendidikan modern. Anggota kelas menengah Melayu tidak suka dipanggil menggunakan kata-kata panggilan dalam bahasa kampung.

Mulai sekarang gunakan Tuan dan Cikpuan, kata Puan Guru sambil mengangkat beg untuk masuk bangunan dan memulakan kelas kami. 


via Dato' Roslan Abd Hamid

Friday, 4 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 6.0



1. Saya sedang merancang untuk terlibat dalam produk kecantikan dan kesihatan. Pasarannya sungguh besar. Saya tidak berminat untuk buat produk sendiri. Pada hemat saya itu mengarut. 


2. Saya bercadang mahu memanfaatkan dunia internet marketing dengan produk antarabangsa yang telah terbukti berjaya di pasaran dunia. Tentulah sahabat saya Tuan Faisal Abdullah mampu mengupayakan laluan ini.

3. Dalam pada itu saya membuka nota nota Puan Guru Ainon Mohd. Terbayang muka guru pada nota tertulis kata,

Sangat sedikit syarikat pengeluar produk konsumer, seperti produk kesihatan, kosmetik dan seumpamanya yang dapat bertahan dalam pasaran.

4. Puan Guru menjelas kata, secara kasarnya ada 2 jenis produk yang peniaga Melayu banyak keluarkan:

Pertama, Produk makanan ruji, seperti roti, mi kuning, mihun, sos, tauhu, rempah siap giling, bebola ikan, dan seumpamanya.

Produk jenis ini adalah dalam senarai keperluan harian, oleh itu dibeli berkali-kali, sepanjang masa.

5. Produk jenis ini juga boleh mencipta 'kesukaan' oleh itu berpeluang mendapatkan pengguna yang 'setia'. Sebagai contoh, orang yang biasa makan kicap cap kipas udang sanggup tidak mahu membeli kicap cap lain.

Banyak peniaga Melayu yang mengeluarkan produk jenis ini berjaya survive dan bertahan lama.

6. Kedua, Produk bukan ruji, seperti kosmetik, makanan kesihatan, ubat-ubat herba, pes kuah masakan, dan seumpamanya.

Produk jenis ini bukan keperluan harian.

Produk ini paling banyak melahirkan peniaga yang rugi teruk.
Sedikit yang berjaya, majoriti terbakar tangan.

7. Saya baca berkali kali, sedikit yang berjaya, majoriti terbakar tangan. Saya ambil pensil 2B dan pemadam, terus saya lakarkan peta. Ianya peta ditangan. Produk antarabangsa berkualiti tinggi dengan kaedah online marketing. Tiada kos buat produk. Tiada sisa tidak habis dalam stor. Modal kecil. Channelnya besar.

8. Saya belek nota Puan Guru Ainon Mohd yang saya catat pada lembaran sebelah. Kata beliau, Bisnes pertama Muhammad SAW masa muda adalah bisnes servis dengan modal kemahiran yang baginda miliki.

9. Bisnes ini baginda lakukan selama 4 tahun. Kemudian baginda belajar bisnes trading, atau jual-beli, produk-produk milik pihak ketiga. Berdasarkan model bisnes Muhammad SAW semasa muda itu, bermakna kemahiran servis dan trading adalah kemahiran yang semua peniaga perlu perolehi terlebih dahulu sebelum menceburi sektor manufacturing dan contracting.

10. Saya buat catatan tepi. InsyaAllah saya miliki kemahiran pengalaman dalam bidang pengedaran dan peruncitan lebih dari 15 tahun. Saya sama sekali tidak terus terjun ke dalam bisnes manufacturing. Saya tidak akan terjun pun. Itu jurang dalam bagi saya.

11. Puan Guru Ainon Mohd jelas sekali menekankan bahawa kemahiran memberi servis dan kemahiran jual-beli adalah dua kemahiran paling awal mesti dipelajari dan dikuasai oleh peniaga.

Tanpa dua kemahiran ini menyebabkan banyak kontraktor pembekal barangan terduduk apabila mereka kehilangan sumber kontrak. Mereka tidak berupaya masuk ke dalam pasaran terbuka.

12. Apa yang saya buat adalah memasuki pasaran terbuka. Kita bukan usahawan berpaut pada kabel wayar keluli tahan lasak. Apabila kabel rosak atau jatuh, balik kampong menoreh getah. Tentu sekali saya tidak begitu.

13. Saya terus mengulang baca nota Puan Guru. Kata beliau lagi dalam kelas, Apabila memulakan bisnes trading, sebaiknya:

1. Pilih produk yang sudah terbukti laku sahaja.

2. Dapatkan produk itu dari pembekal yang mahu memberi barangnya secara kredit dengan sistem SOR.

Sistem S-O-R itu sale or return. Dalam sistem SOR, mana-mana stok yang tidak laku boleh dipulangkan kepada pembekal.

14. Setelah membaca nota Puan Guru Ainon Mohd.ini berulangkali tahulah saya, betapa kini saya berada pada landasan yang tepat. Saya telah memenuhi banyak syarat. Masa untuk bergerak laju. 



via Dato' Roslan Abd Hamid

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 5.0



1. Saya masih mengantuk, namun kelas tetap kelas. Tiada istilah ponteng. Puan Guru Ainon Mohd memulakan sesi pagi dengan menulis:

Pandai berbisnes....
Tetapi tidak pandai menjual....

2. Beliau kemudiannya menghadap kami dan berkata, jelas dan terang, sebiji sebiji keluar dari mulut beliau bagikan letupan peluru:


Bakat bisnes tidak sama dengan bakat menjual.

3. Majoriti mereka yang memiliki bakat bisnes tinggi tidak mempunyai bakat menjual. Meskipun mereka tidak pernah menjual apa-apa, namun syarikat yang mereka uruskan berjaya menghasilkan jualan berpuluh, malah beratus ribu ringgit setiap bulan. Ada sampai berjuta juta.

4. Saya mencatat cepat. Puan Guru meneruskan kuliahnya,

Sekali sekala ada individu yang memiliki kedua-dua bakat itu, yakni dia pandai menjalankan bisnes dan juga pandai menjual. Sebagai contoh, ada banyak salesman yang membuka syarikat sendiri dan berjaya.

5. Namun penting untuk kita kenalpasti, bakat mana yang lebih dominan. Apakah bakat bisnesnya yang lebih dominan, ataupun bakat menjualnya?

6. Salah satu risiko apabila kita memiliki kedua-dua bakat bisnes dan bakat menjual adalah kita mula hilang fokus. Kita sibuk dengan kerja-kerja menjual. Lalu kita kurangkan masa menjalankan kerja-kerja bisnes yang hakiki.

7. Saya berfikir sambil mencatat ilmu bisnes ini. Benar banyak saya tekuni, kerja-kerja menjual menghasilkan duit-cepat. Inilah yang mudah mendorong kita menyibukkan diri dengan kerja-kerja menjual.Kita terlupa kita sedang menguruskan bisnes.

Mentor saya dahulu, Datuk Hassan Harun selalu berkata, kemaskan benteng pertahanan, supaya pertahanan tidak bolos. Asyiknya menyerang menghasilkan gol, namun apabila gol selalu bolos tiada maknanya juga. Ia memenatkan dan kita bakal berdepan kesan jenuh.

8. Puan Guru memberi jawapan segera, di situ kita menjual, di situ kita nampak duit masuk. Ia sangat seksi!

Lalu kita semakin seronok menjual. Kitalah pemilik syarikat, kitalah ketua salesman syarikat.

9. Kita mula masuk dalam perangkap "Berapa sales hari ini?" Pertanyaan hari hari ini sungguh merbahaya. Kita bukan peruncit dan penjaja jalanan. Kita adalah usahawan.

10. Benar, sambung Puan Guru Ainon Mohd., kerja-kerja bisnes lambat menghasilkan duit, lalu kita kurang menumpukan masa dan otak kepada kerja-kerja bisnes yang hakiki.

11. Puan Guru seperti biasa, sesuatu yang menjadikan saya sentiasa kagum, mengeluarkan kata kata mempesonakan di akhir kelas:

Apabila orang bisnes sibuk dengan kerja-kerja menjual, hasilnya jualannya laris tetapi dia tidak dapat memimpin tim-nya mengembangkan sayap bisnesnya.

Dia umpama tukang gali telaga yang berjaya menggali telaga lamanya semakin lebih dalam, dan lebih dalam.

Dia tidak menggali lebih banyak telaga-telaga baru.

12. WOW. Inilah detik detik wow antara saya dengan Puan Guru Ainon Mohd. Detik yang melekat dalam jiwa. Saya mentup buku nota dan membuat catatan hujung:

Si miskin yang berkebolehan yang diajar supaya pintar peluang, yang tidak mengeluh dengan kesusahan, InsyaAllah tidak menghadapi kesulitan untuk meninggalkan masa sukar dalam kehidupan untuk berjaya pada masa depan.

13. Saya menuruni tangga kelas ke Masjid untuk solat Zohor dengan rasa syukur dianugerahi pertemuan indah indah ini. Sedikit yang diberikan, namun nikmat kata kata Puan Guru membekas jelas menumbuh tanaman kesedaran mahu berkongsi dengan orang lain pula.

Saya mahu berikhtikaf di Masjid. Bapa Datuk A. Samad Said selalu berpesan. Duduk sendirian di Masjid umpama menyiram segar idea baik untuk kita kongsikan kepada khalayak.


via Dato Roslan Abd Hamid

Thursday, 3 April 2014

Teknik Roll Call: Didik anak berdisiplin dan jujur




Zaman nabi dahulu ia dipanggil TAKRIR (ikrar dan azamkan apa nak buat seharian) & TAKLIM (maklum & lapor apa yg telah dibuat) cuma di sini saya gunakan istilah inggeris...ROLL CALL. Orked (4 tahun), Seri (2 tahun) & Lela (9 bulan) bukanlah muda lagi untuk pembelajaran bermula. Pendidikan bermula dari buaian dan bukan tunggu dah darjah 1. Seri dah mula bercerita pada umur antara 1-2 tahun apabila dia diletakkan bersama kakaknya sekali dalam roll-call. Lela masih belum pandai bercakap tetapi diwajibkan hadir roll-call saya. Untuk apa? Method ini yang diamalkan oleh keseluruhan organisasi Rumah Pengasih Warga Prihatin lalu saya lanjutkannya di unit keluarga saya sendiri. 

Anak seperti Lela yang belum pandai bercakap sebenarnya sudah lengkap deria input mereka seperti pendengarannya juga penglihatannya. Jangan ingat mereka tidak mampu berkata (output) bermakna mereka tidak mampu menerima input ilmu? Rugi sangat jika anda fikir begitu kerana dari buaian sehingga mereka pandai berbicara itu adalah INPUT SEHALA yang Allah dah jadikan dalam keadaan anak TIDAK BOLEH MENJAWAB. 

Ketika itu, anda perlu masukkan tentang MATLAMAT HIDUP yang anda ulang-ulanginya walaupun mereka tidak boleh respon. Tiada ruang menjawab memberi kita RUANG UNTUK BENTUK JIWA & MINDA MEREKA DARI AWAL. Semasa mereka mula pandai berbicara, ketika itu pendirian dan aspirasi kita sudah terlalu kuat dalam hati mereka untuk mereka pertikaikan dengan mulut. 

Masa saya terhad dengan keluarga, biasanya roll call berlaku semasa sarapan & makan malam. Kadangkala seperti gambar ini apabila keadaan memerlukan.

Anda pasti terkejut apabila anak anda mula pandai berkata-kata sahaja, mereka dah berbicara dalam bahasa kamu dan cara fikir yang kamu (ibu bapa) mahukan mereka berfikir. Anda pasti terkejut apabila mereka mula membicarakan istilah-istilah tinggi yang anda tidak perasan bila anda ajarkannya tetapi anda gunakannya dalam perbualan bersama isteri dan didengari oleh mereka 


ROLL CALL HARIAN ANAK SAYA (Seperti dalam foto yang isteri saya ambil ini)




KANDUNGAN ROLL CALL

- Laporan harian Aktiviti anak
- Laporan harian salahbuat anak (sendiri mengaku)
- Pesanan & aspirasi Ayah
- Pesanan hormati ibu (ulang-ulang)
- Pesanan taati bapa, Rasul & Allah. 

Itu sahaja, biasanya row call ini saya jalankan secara santai dan anak akan bercerita. Biasanya ia berlangsung dalam 5 minit. Saya hanya bertanyakan dalam row call kepada Orked tetapi kemudiannya itu menyebabkan Seri yang berumur 2 tahun juga mampu meniru dengan cepat sekali. Sekarang Lela yang masih 9 bulan dan belum pandai bercakap juga sudah mula mumbling bila kakak-kakaknya membuat laporan. InsyaAllah very soon, Lela mampu berkata-kata dan berpendirian seperti mana saya ulang-ulangi kepada kakak-kakak mereka. 


WAKTU PENTING PENDIDIKAN ANAK ADALAH DARI BUAIAN

Post ini saya kongsikan kerana banyak pertanyaan common yang orang bertanyakan kepada saya tentang kaedah pendidikan anak-anak saya khususnya dan Rumah Prihatin umumnya (yang masih kecil lagi). Memang lah, masa kecil bolehlah nak jaga begitu, nanti bila besar tak tentu lagi. Pada saya pula, jika tidak dimula dari sekarang nanti besar dah jadi liat dan bila dah jadi buluh pasti susah nak dilentur dan bentuk. Jika boleh pun dengan API & PAKSAAN (tapi siksalah). 

Mengapa mereka bertanya begitu? Pasti bagi mereka yang pernah jumpa Orked, Seri dan anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin akan bertanya soalan yang sama kerana bual bicara mereka tak sama dengan kanak-kanak lain (Yang ragu dan sangsi boleh datang melawat Rumah ini). Perbualan mereka lebih kepada perkara yang sudah diterapkan dalam row-call itu. Maka setiap hari ada pendirian-pendirian yang ditanam dan diulangi. Isteri saya pula merapikan dan melaksanakan pendidikan secara akademik kepada anak-anak itu untuk mengejar visi yang saya (bapa) tanamkan. 

Mungkin ada yang pelik bila kanak-kanak ini bertanya kepada kakak-kakak sukarelawan dari universiti tempatan yang membuat program menceriakan anak-anak Warga Prihatin ini mendengar soalan dari anak sebesar Orked (4 tahun) yang berbunyi lebih kurang sebegini ;

Orked : Kak, apa RASIONAL gerakan ini? (bila disuruh menari)
Siswi : (Terkejut) Ohh..ini untuk kita suka-suka main bersama.
Orked : Ayah saya pesan, semua perbuatan dan permainan perlu ada FUNDAMENTAL yang kuat supaya mampu memberi PELAJARAN kepada anak-anak kecil seperti kami. Jika kurang kebaikannya, saya minta izin untuk tidak ikut aktiviti ini boleh tak kak?
Siswi : (Menoleh ke arah saya dengan senyum) Bijaknya budak ni. 

(Kemudian baru siswa siswi itu mula menerangkan rasional aktiviti yang mereka mahu lakukan sebagai pelajaran kepada anak-anak kecil itu. Rasional yang melebihi sekadar suka-suka sahaja). 


Satu lagi, jika yang sebesar Lela tu perlu juga ke masuk row call ? 

Jawapan saya, semestinya kerana disiplin row call hanya saya terap pada Orked tetapi Seri tahu dengan CONTOH kakaknya, Lela juga nanti akan dapat melalui contoh kakak-kakaknya. Kerja saya kan jadi mudah? 

Selain dari itu, row call membentuk disiplin anak yang DATANG BILA DIPANGGIL. Sedih melihat zaman ini apabila anak dipanggil sampai dikejar dan ditangkap juga masih tak mahu datang. Semasa kecil ok lah, bila dah besar nanti bila dipanggil terus lari rumah pula. 

Banyak masalah BESAR anak-anak kita sekarang ini terjadi apabila kita mengabaikan banyak perkara-perkara kecil pada awal pembesaran mereka. Antaranya ialah SILATURRAHIM (yang saya buat dalam bentuk row call dan bukannya PS3, Game console, tablet, smartphone dll). Mendidik anak zaman ini memang mencabar. Mari kita bincangkan perkara ini. 

SAIFUL NANG

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 4.0


1. Kata Puan Guru ini saya ingat. 
Ia adalah ulangtayang diri saya sewaktu berhenti kerja korporat. 
Hidup rasa merempat. baharu tahu dunia ini ada cerun dalam yang boleh buat kita jatuh bergelimpangan.


2. Sambung Puan Guru, salah satu faktor yang menyebabkan orang yang pernah berjaya buat deal bisnes semasa dia bekerja dalam korporat tetapi kemudian dia gagal teruk apabila membuka bisnesnya sendiri adalah disebabkan faktor BAKAT BISNES.

3. Bakat ini pada awalnya dipecah dua, bakat buat dan bakat bisnes.
Ini adalah penekanan kuat yang pernah saya dengar.
Puan Guru Ainon Mohd menegas jelas, bahawa ada 2 jenis bakat bisnes:

Pertama adalah Bakat intrapreneur -- Intrapreneur pandai menjalankan bisnes dengan duit modal besar yang disediakan oleh lembaga pengarah syarikat.

4. Mereka pandai bekerja dalam budaya birokrasi. Mereka pandai menyediakan pelbagai kertas kerja dan laporan. Mereka juga pandai bermain "business politics".
Mereka juga pandai bekerja di bawah banyak ketua.

Inilah kawan kawan saya dahulu. Bergaya sakan sebagai orang korporat. Hidup bersandarkan nama besar syarikat.

5. Kedua, kata Puan Guru, Bakat entrepreneur -- Entreprenur pandai mencari duit modal sendiri dan pandai menjalankan bisnes dengan duit modal yang sangat sedikit. Entrepreneur sungguh berdaya tahan.

Apabila intrapreneur membuka bisnes sendiri, mereka umpama ikan laut yang melompat masuk ke dalam sungai. Mereka mudah sesak nafas.

6. Puan Guru Ainon Mohd. kemudian membalik kata pula,
dengan bercerita;

"Pada satu hari, ikan ikan di tasik air tawar mendengar motivator bercakap tentang indahnya kehidupan ikan ikan dilautan. Ikan ikan air tawar naik semangat mahu menikmati kehidupan di laut pula.

Lalu mereka beramai ramai melompat ke dalam laut. Al kisah begitulah ibarat orang yang berani berhenti kerja selepas mendengar kata kata dari perunding motivasi tiupan semangat supaya kita berani gagal.

7. Kata Puan Guru Ainon, skrip lazim yang didengungkan dalam program motivasi keusahawanan yang kerap kita dengar adalah supaya kita semua berani gagal. Juga supaya kita berani menanggung rugi.

8. Sambil mengetap bibirnya, Puan Guru meneruskan kelas dengan memberitahu, kita disuruh terima kenyataan kononnya kegagalan dan kerugian dalam bisnes adalah pengalaman yang meninggalkan kesan-kesan baik ke atas diri kita.

9. Beliau merujuk pada sirah, Nabi Muhammad membuka syarikatnya sendiri pada usia 18 tahun. Beliau bersara pada usia 38 tahun.

Sebelum memulakan bisnesnya sendiri Nabi Muhammad berkuli dan bermentor selama 6 tahun dalam sektor yang beliau mahu ceburi.

Selama 20 tahun berniaga, Nabi SAW tidak pernah gagal ataupun menanggung rugi.Ertinya, kegagalan dalam bisnes bukan kecelakaan yang tidak dapat dielakkan.

10. Puan Guru berkata, media suka membesar-besarkan cerita bisnesman yang teruk menanggung kegagalan bisnes sebelum berjaya. Mereka dipotretkan sebagai hero .Kita pun percaya dan yakin kononnya kalau mahu berjaya kita mesti gagal dan rugi besar dahulu.

Walhal terang Puan Guru banyak bisnesman yang tidak pernah gagal.

11. Pada saat ini Puan Guru Ainon Mohd mula melakar peta. Beliau berkata, Langkah pertama sebelum terjun ke dunia bisnes adalah melabur dalam ilmu memulakan bisnes dan menjalankan bisnes.

Jangan sekali-kali berhenti kerja disebabkan pernah mendengar ceramah orang yang pandai meniup-niup semangat menjadi jutawan.

1. Jangan sekali-kali memulakan bisnes dengan duit hutang.

2. Dapatkan ilmu dan kemahiran bisnes dengan berkuli selama 6 tahun.

3. Mulakan bisnes menggunakan pendekatan Lean Startup.

4. Untuk bisnes pertama, pilih bisnes perkhidmatan.

12. Akhir kata Puan Guru berkongsi bahawa satu isu dalam kalangan mereka yang baru berfikir mahu memulakan bisnes sendiri adalah persoalan 'nak jual apa'?

Puan Guru menasihatkan jangan fikirkan 'nak jual apa'. Semua benda orang orang mahukan, semuanya sudah ada di dalam gerai, kedai, dan hipermarket.

Orang bukan mencari benda baru. Orang mencari NILAI BARU.

13. Kami tutup nota untuk sambungan kelas berikutnya tentang NILAI.

via Dato' Roslan Abd Hamid

ILMU BISNES PERGURUAN AINON MOHD. 2.0


1. Ini masa mula mula. Puan Guru Ainon Mohd bercakap tentang Customer service dan kaitannya dengan tingkah laku budaya. Fikiran saya cepat mengingatkan sepanjang 13 tahun dalam dunia korporat, lebih dari 10 kali saya menghadiri "kursus" tentang customer service ini.

2. Amalan Barat jelas dan nyata, "Make your customers happy." Ini pesanan jurulatih customer service yang menggunakan amalan lazim syarikat multinasional. Lalu mereka mengajarkan skrip "Selamat datang!" dan "Sila datang lagi!". jadilah kita budak budak mengulang skrip.

3. Puan Guru berkata, Lain padang, lain belalang.
Begitulah kata pepatah Melayu. Kata-kata yang sedap pada telinga orang Amerika, belum tentu sedap pada telinga orang Melayu.

4. Puan Guru mengambil contoh, dalam buku-buku panduan customer service terbitan US, disebut 'treat your customer with respect' - layan pelanggan dengan hormat.

5. Dalam Budaya Melayu Tinggi, kata Puan Guru Ainon Mohd, ada 2 konsep yang macam serupa tetapi sebenarnya sangat berbeza:

1. Menghormati orang
2. Memuliakan orang

6. Apabila beliau menyebut, "Orang yang kita hormati belum tentu kita muliakan", saya termenung mencari makna hakiki disebalik kata sakti ini. Yang saya ingat adalah kata kata Iman Al Ghazali, "Gila hormat haram, menjadi orang terhormat adalah wajib bagi tujuan hidup".

7. Puan Guru melanjut kata, Apabila kita menghormati seseorang itu, kita setakat tidak melayan dia dengan cara yang salah. Sebagai contoh, kita tidak menyerahkan barang kepadanya menggunakan tangan kiri. Kita gunakan tangan kanan.

8. Selanjutnya Puan Guru membuka minda saya dengan berkata, Apabila kita memuliakan seseorang itu, kita bukan setakat melayan dia dengan betul. Sebagai contoh, kita bukan hanya menyerahkan barang kepadanya menggunakan tangan kanan, malah kita letakkan tapak tangan kiri kita di bawah tangan kanan kita.

Sambil menyerahkan barang itu, kepala angguk sedikit. Mulut berkata, "Terima kasih, tuan." Senyum mesra mengiringi. Kita bukakan pintu. Hantar sampai ke depan kedai. Lebih lagi bukakan pintu kereta. hantar pelanggan pergi dengan pandangan mata sampai hilang di kejauhan.

9. Sekarang saya mula dapat membezakan antara menghormati dengan memuliakan. Ada beza nyata. Memuliakan orang tidak dikenakan bayaran. Namun dengan memuliakan orang bakal dapat membeli apa sahaja.

10. Apabila sopan santun menghiasi perbuatan, hati pelanggan mana tidak tertawan. Sekarang saya faham. faham dan faham.

11. Bagi memuliakan orang lain kita mesti jelas istilah 'humility' . Ia dapat disamakan dengan simpulan bahasa 'rendah hati'. Ini bukan 'rendah diri'.
Dalam budaya Melayu, tingkah laku 'rendah hati' adalah tingkah laku yang sangat dipandang mulia.

12. Puan Guru Ainon Mohd menekankan, apabila mahu mengeluarkan duit orang kaya dari poketnya supaya diberikan kepada kita, gunakan tingkah laku 'rendah hati'. Rendahkan hati kita. Puan Guru menyambung sambil berjenaka, Lembiklah hati pelanggan Melayu yang banyak duit. Laju sahaja duit keluar dari poketnya, masuk ke poket kita.

13. Balik ke rumah, saya kongsikan dengan isteri tercinta, apa makna memuliakan manusia. Termasuk pelanggan. Sentiasa rendah hati, kita akan berada dikalangan orang tinggi tinggi.
 

via Dato' Roslan Abd Hamid

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 1.0




1. Puan Guru Ainon Mohd bukan setakat mengajar supaya "usah melayan ajakan bertumbuk" tetapi beliau juga mengajar supaya duduk dan angguk angguk sahaja. Diam itu bererti emas.

2. Beliau berpesan supaya BUANG EGO, BUAT DUIT. Leburkan ego budak pandai dari dunia korporat. Tiada makna pandai bercakap apabila hidup kita kekal merempat. saya tekun mencatat, "Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuh rumput"

3. Apabila beliau memberikan tip ini yang khusus ditulis untuk bacaan 'budak pandai' tatkala mereka sedang bersiap sedia mahu membuka bisnes sendiri, saya merasa sungguh senang hati dan suka cita diri. Saya teringat pesan Iman as Syafii, "Memilih kata kata yang baik dan pantas adalah termasuk budi pekerti mulia"

4. Dalam dunia bisnes, kita akan terpaksa berurusan dengan banyak orang-orang yang pandai-pandai macam kita juga. Orang-orang pandai itu berada di tempat-tempat yang penting. Mereka duduk di kerusi-kerusi penting dalam jabatan, agensi dan GLC.

5. Tangan orang-orang pandai memegang banyak kuasa. Tanda tangan mereka sangat kita perlukan. Mereka adalah orang-orang penting. Mereka dapat memberikan banyak peluang bisnes kepada kita.

6. Sebagai orang pandai, kata Puan Guru, kita perlu mempelajari skill-skill menjalin hubungan baik dan bekerjasama dengan 'orang-orang pandai' lain.

7. Hakikat Nyata, orang-orang pandai sangat konfiden bahawa mereka adalah orang pandai.

Jadi, apabila bersama dengan orang-orang pandai, kita jangan 'tunjuk pandai'. Dengan cara itu, mereka akan suka berurusan dengan kita. Dalam kata lain belajar buat bodoh dan selalu angguk dan setuju sahaja.

8. Orang pandai sangat suka mendengar pendapat mereka sendiri.

Jadi, apabila orang pandai bercakap, kita diam sahaja. Biar orang pandai itu yang banyak bercakap. Biarkan dia berasa puas hati mendengar suaranya sendiri. Sekali lagi diam dan senyum. Tumpu perhatian. Tekuni apa yang dia kata.

9. Puan Guru melanjut kata, meneruskan bicara. Apabila orang pandai sudah puas hati dengan biji butir percakapannya, barulah nanti dia suka bercakap-cakap dengan kita. Puji percakapan dia. Kata yang lemah lembut dari kita adalah anak kunci membuka hati manusia, membuka hati orang pandai.

10. Seperkara lagi kata Puan Guru Ainon Mohd, orang pandai pantang dibuktikan pendapat mereka salah. Pada saat Puan Guru berkata begitu saya ternganga mengenangkan banyaknya silap saya pada masa silam. Saya gemar menegakkan benang basah. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut (kata) badan binasa.

11. Jadi, meskipun sah-sah pendapat orang pandai itu salah, kita diam sahaja. Biarkan orang lain yang membuktikan dia salah. Tambah Puan Guru lagi, dengan membuktikan kayu orang lain bengkok tidak bermakna kayu kita lurus.

12. Apa yang utama kata Puan Guru Ainon Mohd., Kita fokus pada menjaga hubungan baik. Saya tekun mencatat, "Percakapan itu seperti ubat. Apabila sedikit bercakap memberi manfaat. Apabila banyak bercakap nescaya dia jadi peluru pembunuh".

13. Dengan sikap kita yang banyak berdiam apabila orang pandai bercakap, insyaAllah orang-orang pandai itu akan terus suka bercakap-cakap dengan kita. Apabila mereka gemar bercakap dengan kita maka makin banyak lah peluang terhampar depan kita. 



via Dato' Roslan Abd Hamid

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 3.0




1. Ini kelas hangat.
Perbincangan yang banyak manfaat. Saya catat apa yang saya ingat.

2. Puan Guru Ainon Mohd memulakan dengan pertanyaan popular beliau. APAKAH?
Apakah tuan sedang berfikir mahu terjun ke dalam dunia bisnes dan memikirkan bisnes apa yang tuan mahu buat?

Kalau iya, teruskan berada dalam kelas ini.

3. Puan Guru menerangkan, banyak orang yang baru hendak masuk dunia bisnes melakukan kesilapan ini: Dia memilih bisnes yang dia pandai buat.

Contohnya, Kalau dia pandai membuat website, dia pun membuka bisnes membuat website, dan dia sendiri yang membangunkan website pelanggannya.

Contohnya juga,kalau dia pandai mengambil foto perkahwinan, dia pun membuka bisnes mengambil foto perkahwinan, dan dia sendiri yang menjadi jurufoto dan editor fotonya.

Contoh lagi, kalau dia pandai mendesain pakaian ibu hamil, dia pun membuka butik ibu hamil dan dia sendiri mendesian pakaian yang dijual di butiknya.

Contohnya kalau dia pandai membuat taucu, dia pun membuka kilang mengeluarkan taucu, dan dia sendiri yang membuat taucunya.

4. Pada detik ini, saya teringat Puan Lily Awallyah, sahabat saya dari Singapore yang datang ke kelas di Speakers Academy. Beliau berkongsi di pentas tentang zaman kanak kanak beliau. Ibubapanya pulang ke Jawa Tengah , belajar buat tempe dan membuka perusahaan kecil kecilan buat tempe di Singapura. Akhirnya tidak ke mana jua.

5. Puan Guru Ainon Mohd menegas kata, perkara yang kita pandai membuatnya belum tentu mampu melahirkan bisnes yang bagus untuk kita. Sukar kita berjumpa pembuat web, jurufoto perkahwinan, pemilik butik ibu hamil, dan pembuat taucu yang kaya-raya.

6. Hakikat Nyata, kepakaran pembuatan adalah 'benda' yang kita dapat beli dengan wang. Jangan pilih bisnes yang kita pandai buat. Kita penat, letih, teruk.Tapi kita tak kaya-kaya. Pada tahap ini, Puan Guru berhenti dan memberikan tenungan bermakna beliau.

7. Beliau membuat penegasan "Pilih bisnes yang mudah buat duit". Tatakala kami sedang mencari cari jawapan, Puan Guru sekali lagi muncul dengan membentangkan jalan. kata beliau,

Ada 2 bakat yang berbeza:

1. Bakat membuat
2. Bakat berniaga

8. Beliau menarik nafas dan dengan suara sati satu beliau menyambung ayat, kita yang pandai berniaga, kita juallah apa yang orang lain buat. Itulah cara kita memasarkan produk yang mereka buat. Untuk fahami ini, Puan Guru memberikan analogi berikut,

Kedai runcit, supermarket, hipermarket... bisnes mereka adalah tolong menjualkan hasil pembuatan pihak lain.

9. Pada saat ini Puan Guru membaris kata dengan perbilangan abjad sempurna, Banyak peniaga Melayu membuat produk yang susah mahu dijual. Modal berpuluh ribu ringgit. Produk berlonggok dalam setor. Hutang bank tak dapat dilangsaikan.

Jangan buat produk yang kita pandai buat. Buatlah produk yang mudah dijual!

10. Sekali lagi dengan penegasan yang kuat Puan Guru meletupkan kelas dengan kata kata, Objektif buat bisnes adalah membuat untung. Bukan buat apa yang kita pandai buat!

11. Puan Guru Ainon Mohd. menutup dengan kebijaksanaan :

Pilih bisnes yang membolehkan kita menjadi kaya-raya.
Pilih bisnes yang mempunyai ciri (a) scalable dan (b) repeatable, biarpun kita tidak pandai membuat produknya.

Bisnes yang mempunyai 2 ciri itu adalah bisnes yang mudah dikembangkan.

12. Kelas berakhir. Saya mengulang dalam nada bisikan, "Scalable-Repeatable". Terus saya ulang ulang. Ianya satu perkara melekat dalam minda. Ianya perkara yang mahu saya resap dalam jiwa. Pengulangan itu ibu kepada kejayaan. 

Tuesday, 11 March 2014

28 SPEAKING TIPS



1. Sampai awal sekurang kurangnya 15 minit sebelum majlis bermula.Pastikan sound system, computer connection, pencahayaan dan pentas berada pada aturan yang kita mahu.

2. Uji semua peralatan sebelum semua orang tiba. Uji suara dan peralatan teknikal sebelum audien pertama tiba. Tahu di mana mikrofon di letak. Perkataan pertama yang keluar dari mulut kita, seboleh mungkin janganlah, "testing" "testing".

3. Check dan adjust pencahayaan. Pastikan benderangnya dewan tidak menenggelamkan nampaknya tulisan pada layar putih. Elakkan dari berdiri di tempat gelap. Audien mahu lihat SPEAKER.

4. Pastikan orang yang memperkenalkan kita menerang jelas tentang aturcara. Pendek , ringkas dan padat. Sekitar 50 hingga 100 patah perkataan sahaja. Bertulis lebih baik.

Terburuk saya lalui adalah orang yang memperkenalkan saya berkata, "Saya tidak kenal siapa dia ini tapi saya diberitahu dia sangat bagus"

5. Mula dan tamatkan dalam edah waktu diberi. Audien mengharapkan untuk mendengar sepenuhnya dari kita. Usah dera orang yang datang awal dengan bermula lewat. Usah ambil lebih masa lantaran rasa banyak lagi yang belum sempat dicerita. 



6. Pastikan pembukaan yang POWER. Ayat yang disusun rapi.
Suara yang jelas dan terang.
Pesona suara 120 saat pertama sangat menentukan.

7. Pembukaan itu maksudnya apabila kita memulakan ucapkata pertama kepada audien, bukan semasa kita dengan kelirunya mengetuk ngetuk mikrofon atau menghabiskan 120 saat pertama dengan "testing testing" atau kalut ribut memahami tekonologi, sesuatu yang harus kita buat lama sebelum majlis bermula.

8. Senyum. Audien sangat suka pada speaker yang berwajah mesra. Speaker yang nyaman rasa tatkala berada atas pentas.

9. Bercakap dengan audien sebelum majlis bermula. Tahu cerita mereka. Kenal nama nama sebilangan dari mereka.
Kait dengan peristiwa. Adunkan cerita mereka. Ia menjadikan majlis mesra dengan rasa kebersamaan yang luar biasa.

10. Gunakan "The Adult Learning Model".
Beritahu mereka apa yang akan beritahu.
Beritahu mereka.
Beritahu mereka apa yang telah kita beritahu.

11. Usah takut buat silap. Salah sebut. Salah cakap. Gelakakan kesalahan sendiri dan teruskan. Audien tidak hadir untuk menghukum kita. Mereka empati. Mereka tahu tidak mudah berada atas pentas.

12. Fokus pada speaker. Fokus pada kita atas pentas. Gunakan poin poin power. Bukan sekadar power poin.

13. Bercakap kepada audien. Hadap mereka. Bukan bercakap pada screen dan membelakangkan audien.

14. Kosongkan poket. Tiada sebarang alat elektronik dalam poket. 

15. Air. Air. Air. Air. Ramai orang tidak faham Public Speaking. Speaker PERLUkan air. Bawa air sendiri. Usah harap ehsan air mereka.


16. Gunakan 33 teknik cangkuk minda untuk mengekalkan minat audien.

17. Beri peluang kepada audien bertanya soalan. Jawab soalan mereka dengan yakinnya.

18. Soalan sukar? Lontarkan balik soalan itu kepada audien terbanyak. Beri peluang ada perbezaan pandangan. Dari perbezaan itu kita adunkan kesepakatan dengan "centuman" cantik. Pembungkusan menarik.

19. Gunakan nota. Ini message map kita. Telah banyak saya perhatikan ramai orang naik ke pentas tanpa membawa apa apa. Hebatkah kita? Minda akan berhenti berfikir sebaik berada dihadapan audien dan pada waktu itulah dunia menjadi gelap gulita. Sesatu cara yang paling baik menerang kembali dunia adalah dengan membawa nota.

20. Berlatih. berlatih. berlatih. berlatih. berlatih. Sekuran kurangnya 5 kali.



stay tuned.

Tuesday, 18 February 2014

UPDATED: Keputusan Piala FA 2014 (Suku Akhir)

18.2.2014 (Selasa) 
Kedah [1] 0-2 [5] Johor Darul Ta'zim* 

62' Norshahrul Idlan Talaha (JDT)
85' Safee Sali (JDT)

Venue: Stadium Darul Aman (Live Astro Arena 801)

-------------------------------------------------------------------------------

Sarawak [2] 2-2 [2] Felda Utd*

17' Joseph Kalang Tie (SAR)
37' Zah Rahan Krangar (FEL)
80' Akmal Rizal (SAR)
83' Indra Putra Mahayuddin (FEL)


Venue: Stadium Negeri Sarawak

-------------------------------------------------------------------------------

PKNS [5] 3-3 [6] Kelantan*

2' Patrick Ronaldinho (PKNS)
10' Ahmad Fakri Saarani (KEL)
25' Shakir Ali (KEL)
44' (Penalti) Karlo Primorac (PKNS)
70' Hamka Hamza (PKNS)
72' Mahmoud Ghaddar (KEL)


Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang (Live RTM 1)

-------------------------------------------------------------------------------


Pahang* [3] 2-1 [2] PDRM

40' Fauzi Roslan (PAH)
50' Chad Souza (PDRM)
90'+1' Hafiz Kamal (PAH)


Venue: Stadium Darul Makmur

-------------------------------------------------------------------------------

* Yang di "bolt" adalah team yang layak buat setakat ini
** Sengit perlawanan malam ini.


#PialaFA2014

#KEDvsJDT
#PAHvsPDRM
#PKNSvsKEL
#SARvsFELDA


Kredit Astro Arena 801