Showing posts with label Sikap. Show all posts
Showing posts with label Sikap. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Baca, Fikir dan Faham (BFF): ADAB KITA BERJAMAAH




Ikhlas kerana Allah.

Sebelum kita pergi lebih jauh, kenapa kita berjuang di dalam Pas. Sudah pasti jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan kerana Allah SWT. Jika kita berjuang kerana dunia belum tentu kita akan perolehi apa yang kita hajat. Jika kita sertai Pas kerana hendak bertanding di dalam pilihanraya, belum tentu nama kita tersenarai sebagai calon. Misalnya di dalam satu kawasan hanya dua atau tiga orang sahaja yang dipilih sebagai calon daripada beribu ahli Pas di satu kawasan. Rugi kita di sisi Allah SWT jika matlamat kita lain daripada apa yang diizin oleh Allah SWT yang bermaksud "Pada hal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas dengan mentaati perintah agamaNya" (Albayyinah 98:5)

Ikut Arahan Jamaah

Tidak molek, jika bersama dengan jamaah, tiba-tiba tidak mahu ikut arahan jamaah. Apabila kita berintima' dengan jamaah maka wajib kita mengikut arahan jamaah. Sebuah jamaah tidak akan maju jika mempunyai ahli yang ikut kepala sendiri, tanpa mahu ikut arahan jamaah. Mana-mana jamaah akan mengalami masalah jika mempunyai ahli sedemikian rupa. Manusia ini sebenarnya tidak boleh bersama jamaah. Jenis manusia yang tidak boleh berkawan dengan manusia lain. Sebenarnya manusia ini ada penyakit di dalam dirinya iaitu penyakit tidak boleh ikut arahan. Peringatan Nabi SAW
"Bahawa sesiapa yang taat kepada aku, maka ia sudah taat kepada Allah. Dan bahawa sesiapa yng derhaka kepada Aku , maka ia derhaka kepada Allah. Dan barang siapa yang taat kepada Amir ( Ketua), maka ia telah taat kepada aku. Dan barang siapa yang derhaka kepada ketua, maka ia derhaka kepada aku" (Muttafaqun Alaih)

Tidak Mengabaikan Amanah Jamaah

Apabila kita menyertai jamaah Pas, maka kita mempunyai tanggungjawab untuk memikul amanah yang diarahkan oleh jamaah. Jika kita tidak melaksanakan amanah yang dipikul kepada kita, siapa lagi yang akan melaksanakan amanah ini. Perlu diingat, jika kita tidak melaksanakan amanah jamaah, maka akan dipersoal oleh Allah SWT di akhirat nanti. Di atas dunia lagi kita melakukn jenayah dengan jamaah, sehingga musuh kita bermaharajela. Sifir mudah, kita telah membantu Umno secara percuma apabila kita tidak membantu Pas dengan melaksanakan amanah yang sepatutnya. Tidak ada makna kita marah kepada Umno, sedangkan kita sendiri membantu Umno secara tidak langsung.

Merasakan Jamaah Milik Bersama.

Semangat ini akan merasakan kita sayang kepada jamaah melebihi segala-galanya. Pada kita Pas bukan hak Mursyidul Am, bukan hak Presiden, tetapi milik bersama. Maju mundur perjuangan Pas atas daya usaha kita (biiznillah). Jika ada perasaan ini jamaah akan selamat. Kita akan terasa jika ada yang memfitnah Pas, lantas kita akan membetulkan fitnah tersebut. Bukannya kita menokok tambah untuk menabur fitnah. Siapa lagi yang hendak memikirkan tentang perjuangan Pas, jika tidak kita?.




Kerja Dengan Penuh Tekun.

Sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya Allah suka kepada seorang yang bekerja dengan penuh ketekunan". Kita mesti yakin bahawa bekerja di dalam jamaah adalah ibadah dengan syarat ikhlas kepada Allah. Kita mesti rasa malu dengan penegak munkar yang tidak jemu-jemu mencari formula bagaimana hendak menarik orang kepada program mereka. Sedangkan kerja mereka tidak diredhai oleh Allah SWT. Mereka merancang dengan penuh strategik untuk menarik sokongan kepada program mereka. Sepatutnya kita sebagai anggota jamaah perlu menggandakan usaha kita tanpa penat dan jemu, kerana kita adalah Ansarullah. Perlu diingat walaupun perjuangan kita benar tetapi jika kita tidak berkerja dengan penuh ketekunan maka usaha ini akan gagal. Sebagaimana kata-kata Saidina Ali Karramallahuwajhah "Kebenaran tanpa penyusunan akan ditewaskan oleh kebatilan yang mempunyai penyusunan yang rapi".

Thiqah Dengan Kebijaksanaan Pemimpin.

Hidup berjamaah inilah sifat yang mesti disuburkan. Apa makna dia seorang pemimpin jika kita sendiri tidak thiqah kepadanya. Menganggap pemimpin semua bodoh, kita sahaja yang cerdik adalah suatu perkara yang salah. Suatu masa nanti apabila kita menjadi pemimpin, Allah akan balas balik kepada kita di mana pengikut kita pula anggap kita pula bodoh. Masing-masing ada tanggungjawab yang telah diatur oleh perlembagaan parti. Pemimpin membuat cadangan, perancangan dan mengatur gerak kerja yang difikirkan sesuai dan munasabah untuk mencapai matlamat. Hal ini akan berubah dari semasa ke semasa menurut ijtihad kepimpinan.

Dasar sahaja tidak berubah, iaitu Islam. Tetapi bagaimana cara kita mahu melaksanakan gerak kerja kita sentiasa berubah. Perubahan kadang-kadang besar, kadang - kadang kecil, contohnya Tahaluf Siasi. Mereka yang tidak belajar Feqah Politik, mengatakan Pas sudah menyelewing. Pada hal keputusan yang kita buat masih lagi berkisar kepada nas syarak. Kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan adalah amat mustahak, khususnya di dalam dunia politik yang bergerak pantas. Jika jamaah gagal membuat keputusan yang cepat untuk menghadapi suasana kita akan ketinggalan zaman. Jika keputusan hendak dibincang dahulu daripada semua peringkat hingga ke cawangan, maka sudah tentu kita ketinggalan dan jamaah tidak maju. Pemimpin Pas tidak rela untuk diri mereka dimamah neraka kerana mengkianati perjuangan Pas dan ahli.

Menjaga Rahsia Parti.

Rahsia parti bukan sahaja kepada orang lain, malahan dengan anak isteri tidak boleh diberi tahu. Menunjukkan bukan semua perkara yang dibincang oleh parti mesti diketahui oleh orang lain. Seorang itu dianggap biadab dengan jamaah, bila mendedahkan apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Lebih parah lagi yang disebar keluar ialah perjalanan mesyuarata untuk membuat keputusan, bukannya keputusan mesyuarat. Beliau menceritakan orang ini setuju, orang ini bangkang. Rahsia parti dan strategi parti tidak boleh dibincang di dalam forum yang terbuka seperti Face book, Twitter yang bukan ahlinya. Lebih kurang ajar lagi minta pandangan dan komen daripada mereka yang bukan ahlinya mengenai perjalanan parti. Biarlah kita menyusahkan musuh mendapat maklumat, jangan kita memberi maklumat secara percuma tanpa mereka bersusah payah. Sebenarnya di dalam keadaan kita menjaga rahsia ini pun masih terlepas, telahan pula kita sendiri yang mendedahkan. Peringatan untuk diri saya, hendak bercakap mengenai rahsia parti kena berhati-hati. Kebimbangan kita dengan alat komunikasi yang canggih akan merakam perbualan kita. Oleh itu perhatikan dengan siapa yang kita berbicara. Zaman dahulu berpandang-pandang sebelum bercakap, sekarang agak sukar kerana alat perakam di dalam telefon sudah cukup menjadi alat untuk merakam perbualan kita dan di dedahkan keluar.




Adab Kita Berjamaah
Ustaz Idris Haji Ahmad
27/3/14



P/S: Moga beroleh manfaat darinya.


sumber: TITM

Saturday, 5 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 7.0




1. Semasa duduk duduk, Puan Guru Ainon Mohd menyebut ini:

Ada kajian (di US) yang mendapati:

Kita mudah terpengaruh oleh kata-kata dan idea individu-individu yang mempunyai self-esteem tinggi.Bahasa seseorang itu memancarkan self-esteemnya, apakah tinggi ataupun rendah.

Individu-individu yang self-esteemnya tinggi bercakap dengan lebih fasih, dan dengan sebutan yang jelas, dan tatabahasa yang betul. Individu-individu yang self-esteemnya rendah bercakap dengan ayat patah-patah, sebutan tidak jelas, tatabahasa salah, dan susunan idea tidak rapi.

2. Saya rasa sungguh suka hati tidak terperi. Sejak dari sekolah, saya suka kepada Bahasa Melayu Tinggi. Guru pertama saya di MRSM, orang Thai Malaysia, CikguSomchit Intachat, namun bahasa pengucapan beliau sungguh lembut teratur.

3. Puan Guru Ainon Mohd melanjutkan kata dengan membawa kami kepada dunia Amerika. Kata beliau,

" Dikatakan, kefasihan berbahasa Obama sangat membantu beliau mendapatkan kepercayaan pengundi Amerika, meskipun beliau kurang pengalaman politik, muda pula dari segi usia, dan berkulit hitam American Africa"

4. Namun begitu, kata Puan Guru, kita harus melihat dalam lapisan berikutnya betapa di Amerika Syarikat juga ada kajian ini:

Kajian di US mendapati sumber esteem yang paling penting adalah wang. Sumber wang adalah bisnes, kuasa, jawatan, bakat, keturunan dan seumpamanya.

Sumber esteem kedua baru pendidikan dan kelulusan.

Individu-individu yang mempunyai PhD, ataupun mereka yang fasih pelbagai bahasa, self-esteem mereka terancam atau berasa kecil apabila hadir di tengah-tengah mereka yang banyak duit.

5. Semua dari kami diam menunggu tuturan berikutnya dari Puan Guru Ainon Mohd.

Dan beliau membuat ujaran berikut, di US, secara keseluruhannya kecuali dalam kes tertentu seperti masa pemilihan Obama, bahasa bukan sumber esteem.

Beliau juga menerangkan pemerhatian berikut, di Malaysia, di kalangan orang Cina bahasa bukan sumber esteem mereka. Bagi orang Cina wang adalah sumber esteem mereka yang utama. Sebab itu adanya perkataan "Money Talks"

6. Kebolehan bertutur Bahasa Inggeris menjadi sumber esteem di kalangan kaum-kaum yang tidak banyak duit macam kaum Cina. Mereka suka memperagakan kebolehan itu walaupun semasa bercakap sesama bangsa mereka.

7. Itulah Puan Guru Ainon Mohd. Dia sentiasa tajam mata dan tembus pandang penglihatan. Puan Guru kembali bercerita tentang bahasa. Kata beliau: Bahasa yang kita gunakan merakamkan banyak data berkenaan asal-usul, sosio-budaya, bidang keilmuan, dan psikologi kita.

Dengan mengambil contoh, Puan Guru terus menerangkan, daripada bahasa seseorang itu kita dapat mengetahui sama ada dia berasal dari keluarga kampung ataupun dari keluarga bandar .

Ketara sekali, bahasa atau dalam persuratannya disebut juga sosio-linguistik orang kampung berbeza daripada bahasa orang bandar.

8. Banyak orang Melayu yang sekarang tinggal dibandar adalah berasal dari keluarga kampung. Ini berikutan berlaku migrasi besar besaran pada tahun 70an dan seterusnya. Meskipun mereka memiliki ijazah, dan tinggal di kondo mewah, mereka masih bercakap menggunakan elemen-elemen bahasa kampung.

9. Puan Guru memperincikan bahawa elemen bahasa kampung yang paling mudah dikesan adalah kosa kata dalam sistem panggilan yang mereka gunakan.

Dalam sistem panggilan budaya kampung, usia menjadi faktor utama pemilihan kata panggilan seperti 'adik', 'kakak', 'abang', 'pak cik', 'mak cik' dan lain-lain.

10. Opss. saya mula terkesan. Tatkala mahu menunjukkan rapat dengan sebegitu rupa, nyata panggilan itu memaparkan siapa kita. Puan Guru ralik bercerita, pada zaman dahulu hanya ada dua variety bahasa Melayu, iaitu bahasa rakyat jelata atau bahasa kampung. ia dikenali juga sebagai low linguistic culture.

Satu lagi adalah bahasa istana iaitu bahasa raja-raja dan orang-orang besar istana atau dikenali sebagai high linguistic culture. Begitupun menurut Puan Guru, dalam zaman modern ini kedua-dua variety itu tidak sesuai digunakan.

11. Adalah jelas tutur Puan Guru, bahasa dunia kampung tidak boleh digunakan dalam dunia profesional, dunia korporat, dunia pentadbiran negara dan dunia-dunia yang mengamalkan 'budaya tinggi' atau dikenali high culture dalam zaman modern.

12. Dalam senyumnya Puan Guru berkata, Bahasa Melayu kampung hanya boleh digunakan apabila kita 'balik kampung'. Di pasar malam pun kita tidak boleh menggunakan bahasa kampung kerana pasar malam adalah sebahagian daripada dunia ekonomi moden.

13. Begitupun disebabkan mereka yang berniaga di pasar malam itu berasal dari keluarga kampung yang bermigrasi ke bandar, mereka kekal menggunakan bahasa kampung.

14. Sesuatu yang peniaga pasar malam tidak sedari bahawa pelanggan-pelanggan mereka adalah orang kampung yang sudah keluar daripada kemiskinan dan kesukaran kampung, dan kini mereka sudah menjadi anggota kelas menengah Melayu.

Pada saat ini saya teringat 20 tahun dahulu, selalu beratur bersama dengan Tan Sri Hassan Marican, Presiden Petronas untuk beli popia basah di pasar malam Taman Melawati.

15. Puan Guru Ainon Mohd. mengakhiri perbualan sambil minum pagi di kedai mamak, Mutiara Gombak dengan menyebut ,kelas menengah ini adalah fenomena yang baru muncul dalam masyarakat Melayu, yang dilahirkan oleh sistem pendidikan modern. Anggota kelas menengah Melayu tidak suka dipanggil menggunakan kata-kata panggilan dalam bahasa kampung.

Mulai sekarang gunakan Tuan dan Cikpuan, kata Puan Guru sambil mengangkat beg untuk masuk bangunan dan memulakan kelas kami. 


via Dato' Roslan Abd Hamid

Friday, 4 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 6.0



1. Saya sedang merancang untuk terlibat dalam produk kecantikan dan kesihatan. Pasarannya sungguh besar. Saya tidak berminat untuk buat produk sendiri. Pada hemat saya itu mengarut. 


2. Saya bercadang mahu memanfaatkan dunia internet marketing dengan produk antarabangsa yang telah terbukti berjaya di pasaran dunia. Tentulah sahabat saya Tuan Faisal Abdullah mampu mengupayakan laluan ini.

3. Dalam pada itu saya membuka nota nota Puan Guru Ainon Mohd. Terbayang muka guru pada nota tertulis kata,

Sangat sedikit syarikat pengeluar produk konsumer, seperti produk kesihatan, kosmetik dan seumpamanya yang dapat bertahan dalam pasaran.

4. Puan Guru menjelas kata, secara kasarnya ada 2 jenis produk yang peniaga Melayu banyak keluarkan:

Pertama, Produk makanan ruji, seperti roti, mi kuning, mihun, sos, tauhu, rempah siap giling, bebola ikan, dan seumpamanya.

Produk jenis ini adalah dalam senarai keperluan harian, oleh itu dibeli berkali-kali, sepanjang masa.

5. Produk jenis ini juga boleh mencipta 'kesukaan' oleh itu berpeluang mendapatkan pengguna yang 'setia'. Sebagai contoh, orang yang biasa makan kicap cap kipas udang sanggup tidak mahu membeli kicap cap lain.

Banyak peniaga Melayu yang mengeluarkan produk jenis ini berjaya survive dan bertahan lama.

6. Kedua, Produk bukan ruji, seperti kosmetik, makanan kesihatan, ubat-ubat herba, pes kuah masakan, dan seumpamanya.

Produk jenis ini bukan keperluan harian.

Produk ini paling banyak melahirkan peniaga yang rugi teruk.
Sedikit yang berjaya, majoriti terbakar tangan.

7. Saya baca berkali kali, sedikit yang berjaya, majoriti terbakar tangan. Saya ambil pensil 2B dan pemadam, terus saya lakarkan peta. Ianya peta ditangan. Produk antarabangsa berkualiti tinggi dengan kaedah online marketing. Tiada kos buat produk. Tiada sisa tidak habis dalam stor. Modal kecil. Channelnya besar.

8. Saya belek nota Puan Guru Ainon Mohd yang saya catat pada lembaran sebelah. Kata beliau, Bisnes pertama Muhammad SAW masa muda adalah bisnes servis dengan modal kemahiran yang baginda miliki.

9. Bisnes ini baginda lakukan selama 4 tahun. Kemudian baginda belajar bisnes trading, atau jual-beli, produk-produk milik pihak ketiga. Berdasarkan model bisnes Muhammad SAW semasa muda itu, bermakna kemahiran servis dan trading adalah kemahiran yang semua peniaga perlu perolehi terlebih dahulu sebelum menceburi sektor manufacturing dan contracting.

10. Saya buat catatan tepi. InsyaAllah saya miliki kemahiran pengalaman dalam bidang pengedaran dan peruncitan lebih dari 15 tahun. Saya sama sekali tidak terus terjun ke dalam bisnes manufacturing. Saya tidak akan terjun pun. Itu jurang dalam bagi saya.

11. Puan Guru Ainon Mohd jelas sekali menekankan bahawa kemahiran memberi servis dan kemahiran jual-beli adalah dua kemahiran paling awal mesti dipelajari dan dikuasai oleh peniaga.

Tanpa dua kemahiran ini menyebabkan banyak kontraktor pembekal barangan terduduk apabila mereka kehilangan sumber kontrak. Mereka tidak berupaya masuk ke dalam pasaran terbuka.

12. Apa yang saya buat adalah memasuki pasaran terbuka. Kita bukan usahawan berpaut pada kabel wayar keluli tahan lasak. Apabila kabel rosak atau jatuh, balik kampong menoreh getah. Tentu sekali saya tidak begitu.

13. Saya terus mengulang baca nota Puan Guru. Kata beliau lagi dalam kelas, Apabila memulakan bisnes trading, sebaiknya:

1. Pilih produk yang sudah terbukti laku sahaja.

2. Dapatkan produk itu dari pembekal yang mahu memberi barangnya secara kredit dengan sistem SOR.

Sistem S-O-R itu sale or return. Dalam sistem SOR, mana-mana stok yang tidak laku boleh dipulangkan kepada pembekal.

14. Setelah membaca nota Puan Guru Ainon Mohd.ini berulangkali tahulah saya, betapa kini saya berada pada landasan yang tepat. Saya telah memenuhi banyak syarat. Masa untuk bergerak laju. 



via Dato' Roslan Abd Hamid

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 5.0



1. Saya masih mengantuk, namun kelas tetap kelas. Tiada istilah ponteng. Puan Guru Ainon Mohd memulakan sesi pagi dengan menulis:

Pandai berbisnes....
Tetapi tidak pandai menjual....

2. Beliau kemudiannya menghadap kami dan berkata, jelas dan terang, sebiji sebiji keluar dari mulut beliau bagikan letupan peluru:


Bakat bisnes tidak sama dengan bakat menjual.

3. Majoriti mereka yang memiliki bakat bisnes tinggi tidak mempunyai bakat menjual. Meskipun mereka tidak pernah menjual apa-apa, namun syarikat yang mereka uruskan berjaya menghasilkan jualan berpuluh, malah beratus ribu ringgit setiap bulan. Ada sampai berjuta juta.

4. Saya mencatat cepat. Puan Guru meneruskan kuliahnya,

Sekali sekala ada individu yang memiliki kedua-dua bakat itu, yakni dia pandai menjalankan bisnes dan juga pandai menjual. Sebagai contoh, ada banyak salesman yang membuka syarikat sendiri dan berjaya.

5. Namun penting untuk kita kenalpasti, bakat mana yang lebih dominan. Apakah bakat bisnesnya yang lebih dominan, ataupun bakat menjualnya?

6. Salah satu risiko apabila kita memiliki kedua-dua bakat bisnes dan bakat menjual adalah kita mula hilang fokus. Kita sibuk dengan kerja-kerja menjual. Lalu kita kurangkan masa menjalankan kerja-kerja bisnes yang hakiki.

7. Saya berfikir sambil mencatat ilmu bisnes ini. Benar banyak saya tekuni, kerja-kerja menjual menghasilkan duit-cepat. Inilah yang mudah mendorong kita menyibukkan diri dengan kerja-kerja menjual.Kita terlupa kita sedang menguruskan bisnes.

Mentor saya dahulu, Datuk Hassan Harun selalu berkata, kemaskan benteng pertahanan, supaya pertahanan tidak bolos. Asyiknya menyerang menghasilkan gol, namun apabila gol selalu bolos tiada maknanya juga. Ia memenatkan dan kita bakal berdepan kesan jenuh.

8. Puan Guru memberi jawapan segera, di situ kita menjual, di situ kita nampak duit masuk. Ia sangat seksi!

Lalu kita semakin seronok menjual. Kitalah pemilik syarikat, kitalah ketua salesman syarikat.

9. Kita mula masuk dalam perangkap "Berapa sales hari ini?" Pertanyaan hari hari ini sungguh merbahaya. Kita bukan peruncit dan penjaja jalanan. Kita adalah usahawan.

10. Benar, sambung Puan Guru Ainon Mohd., kerja-kerja bisnes lambat menghasilkan duit, lalu kita kurang menumpukan masa dan otak kepada kerja-kerja bisnes yang hakiki.

11. Puan Guru seperti biasa, sesuatu yang menjadikan saya sentiasa kagum, mengeluarkan kata kata mempesonakan di akhir kelas:

Apabila orang bisnes sibuk dengan kerja-kerja menjual, hasilnya jualannya laris tetapi dia tidak dapat memimpin tim-nya mengembangkan sayap bisnesnya.

Dia umpama tukang gali telaga yang berjaya menggali telaga lamanya semakin lebih dalam, dan lebih dalam.

Dia tidak menggali lebih banyak telaga-telaga baru.

12. WOW. Inilah detik detik wow antara saya dengan Puan Guru Ainon Mohd. Detik yang melekat dalam jiwa. Saya mentup buku nota dan membuat catatan hujung:

Si miskin yang berkebolehan yang diajar supaya pintar peluang, yang tidak mengeluh dengan kesusahan, InsyaAllah tidak menghadapi kesulitan untuk meninggalkan masa sukar dalam kehidupan untuk berjaya pada masa depan.

13. Saya menuruni tangga kelas ke Masjid untuk solat Zohor dengan rasa syukur dianugerahi pertemuan indah indah ini. Sedikit yang diberikan, namun nikmat kata kata Puan Guru membekas jelas menumbuh tanaman kesedaran mahu berkongsi dengan orang lain pula.

Saya mahu berikhtikaf di Masjid. Bapa Datuk A. Samad Said selalu berpesan. Duduk sendirian di Masjid umpama menyiram segar idea baik untuk kita kongsikan kepada khalayak.


via Dato Roslan Abd Hamid

Thursday, 3 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 4.0


1. Kata Puan Guru ini saya ingat. 
Ia adalah ulangtayang diri saya sewaktu berhenti kerja korporat. 
Hidup rasa merempat. baharu tahu dunia ini ada cerun dalam yang boleh buat kita jatuh bergelimpangan.


2. Sambung Puan Guru, salah satu faktor yang menyebabkan orang yang pernah berjaya buat deal bisnes semasa dia bekerja dalam korporat tetapi kemudian dia gagal teruk apabila membuka bisnesnya sendiri adalah disebabkan faktor BAKAT BISNES.

3. Bakat ini pada awalnya dipecah dua, bakat buat dan bakat bisnes.
Ini adalah penekanan kuat yang pernah saya dengar.
Puan Guru Ainon Mohd menegas jelas, bahawa ada 2 jenis bakat bisnes:

Pertama adalah Bakat intrapreneur -- Intrapreneur pandai menjalankan bisnes dengan duit modal besar yang disediakan oleh lembaga pengarah syarikat.

4. Mereka pandai bekerja dalam budaya birokrasi. Mereka pandai menyediakan pelbagai kertas kerja dan laporan. Mereka juga pandai bermain "business politics".
Mereka juga pandai bekerja di bawah banyak ketua.

Inilah kawan kawan saya dahulu. Bergaya sakan sebagai orang korporat. Hidup bersandarkan nama besar syarikat.

5. Kedua, kata Puan Guru, Bakat entrepreneur -- Entreprenur pandai mencari duit modal sendiri dan pandai menjalankan bisnes dengan duit modal yang sangat sedikit. Entrepreneur sungguh berdaya tahan.

Apabila intrapreneur membuka bisnes sendiri, mereka umpama ikan laut yang melompat masuk ke dalam sungai. Mereka mudah sesak nafas.

6. Puan Guru Ainon Mohd. kemudian membalik kata pula,
dengan bercerita;

"Pada satu hari, ikan ikan di tasik air tawar mendengar motivator bercakap tentang indahnya kehidupan ikan ikan dilautan. Ikan ikan air tawar naik semangat mahu menikmati kehidupan di laut pula.

Lalu mereka beramai ramai melompat ke dalam laut. Al kisah begitulah ibarat orang yang berani berhenti kerja selepas mendengar kata kata dari perunding motivasi tiupan semangat supaya kita berani gagal.

7. Kata Puan Guru Ainon, skrip lazim yang didengungkan dalam program motivasi keusahawanan yang kerap kita dengar adalah supaya kita semua berani gagal. Juga supaya kita berani menanggung rugi.

8. Sambil mengetap bibirnya, Puan Guru meneruskan kelas dengan memberitahu, kita disuruh terima kenyataan kononnya kegagalan dan kerugian dalam bisnes adalah pengalaman yang meninggalkan kesan-kesan baik ke atas diri kita.

9. Beliau merujuk pada sirah, Nabi Muhammad membuka syarikatnya sendiri pada usia 18 tahun. Beliau bersara pada usia 38 tahun.

Sebelum memulakan bisnesnya sendiri Nabi Muhammad berkuli dan bermentor selama 6 tahun dalam sektor yang beliau mahu ceburi.

Selama 20 tahun berniaga, Nabi SAW tidak pernah gagal ataupun menanggung rugi.Ertinya, kegagalan dalam bisnes bukan kecelakaan yang tidak dapat dielakkan.

10. Puan Guru berkata, media suka membesar-besarkan cerita bisnesman yang teruk menanggung kegagalan bisnes sebelum berjaya. Mereka dipotretkan sebagai hero .Kita pun percaya dan yakin kononnya kalau mahu berjaya kita mesti gagal dan rugi besar dahulu.

Walhal terang Puan Guru banyak bisnesman yang tidak pernah gagal.

11. Pada saat ini Puan Guru Ainon Mohd mula melakar peta. Beliau berkata, Langkah pertama sebelum terjun ke dunia bisnes adalah melabur dalam ilmu memulakan bisnes dan menjalankan bisnes.

Jangan sekali-kali berhenti kerja disebabkan pernah mendengar ceramah orang yang pandai meniup-niup semangat menjadi jutawan.

1. Jangan sekali-kali memulakan bisnes dengan duit hutang.

2. Dapatkan ilmu dan kemahiran bisnes dengan berkuli selama 6 tahun.

3. Mulakan bisnes menggunakan pendekatan Lean Startup.

4. Untuk bisnes pertama, pilih bisnes perkhidmatan.

12. Akhir kata Puan Guru berkongsi bahawa satu isu dalam kalangan mereka yang baru berfikir mahu memulakan bisnes sendiri adalah persoalan 'nak jual apa'?

Puan Guru menasihatkan jangan fikirkan 'nak jual apa'. Semua benda orang orang mahukan, semuanya sudah ada di dalam gerai, kedai, dan hipermarket.

Orang bukan mencari benda baru. Orang mencari NILAI BARU.

13. Kami tutup nota untuk sambungan kelas berikutnya tentang NILAI.

via Dato' Roslan Abd Hamid

ILMU BISNES PERGURUAN AINON MOHD. 2.0


1. Ini masa mula mula. Puan Guru Ainon Mohd bercakap tentang Customer service dan kaitannya dengan tingkah laku budaya. Fikiran saya cepat mengingatkan sepanjang 13 tahun dalam dunia korporat, lebih dari 10 kali saya menghadiri "kursus" tentang customer service ini.

2. Amalan Barat jelas dan nyata, "Make your customers happy." Ini pesanan jurulatih customer service yang menggunakan amalan lazim syarikat multinasional. Lalu mereka mengajarkan skrip "Selamat datang!" dan "Sila datang lagi!". jadilah kita budak budak mengulang skrip.

3. Puan Guru berkata, Lain padang, lain belalang.
Begitulah kata pepatah Melayu. Kata-kata yang sedap pada telinga orang Amerika, belum tentu sedap pada telinga orang Melayu.

4. Puan Guru mengambil contoh, dalam buku-buku panduan customer service terbitan US, disebut 'treat your customer with respect' - layan pelanggan dengan hormat.

5. Dalam Budaya Melayu Tinggi, kata Puan Guru Ainon Mohd, ada 2 konsep yang macam serupa tetapi sebenarnya sangat berbeza:

1. Menghormati orang
2. Memuliakan orang

6. Apabila beliau menyebut, "Orang yang kita hormati belum tentu kita muliakan", saya termenung mencari makna hakiki disebalik kata sakti ini. Yang saya ingat adalah kata kata Iman Al Ghazali, "Gila hormat haram, menjadi orang terhormat adalah wajib bagi tujuan hidup".

7. Puan Guru melanjut kata, Apabila kita menghormati seseorang itu, kita setakat tidak melayan dia dengan cara yang salah. Sebagai contoh, kita tidak menyerahkan barang kepadanya menggunakan tangan kiri. Kita gunakan tangan kanan.

8. Selanjutnya Puan Guru membuka minda saya dengan berkata, Apabila kita memuliakan seseorang itu, kita bukan setakat melayan dia dengan betul. Sebagai contoh, kita bukan hanya menyerahkan barang kepadanya menggunakan tangan kanan, malah kita letakkan tapak tangan kiri kita di bawah tangan kanan kita.

Sambil menyerahkan barang itu, kepala angguk sedikit. Mulut berkata, "Terima kasih, tuan." Senyum mesra mengiringi. Kita bukakan pintu. Hantar sampai ke depan kedai. Lebih lagi bukakan pintu kereta. hantar pelanggan pergi dengan pandangan mata sampai hilang di kejauhan.

9. Sekarang saya mula dapat membezakan antara menghormati dengan memuliakan. Ada beza nyata. Memuliakan orang tidak dikenakan bayaran. Namun dengan memuliakan orang bakal dapat membeli apa sahaja.

10. Apabila sopan santun menghiasi perbuatan, hati pelanggan mana tidak tertawan. Sekarang saya faham. faham dan faham.

11. Bagi memuliakan orang lain kita mesti jelas istilah 'humility' . Ia dapat disamakan dengan simpulan bahasa 'rendah hati'. Ini bukan 'rendah diri'.
Dalam budaya Melayu, tingkah laku 'rendah hati' adalah tingkah laku yang sangat dipandang mulia.

12. Puan Guru Ainon Mohd menekankan, apabila mahu mengeluarkan duit orang kaya dari poketnya supaya diberikan kepada kita, gunakan tingkah laku 'rendah hati'. Rendahkan hati kita. Puan Guru menyambung sambil berjenaka, Lembiklah hati pelanggan Melayu yang banyak duit. Laju sahaja duit keluar dari poketnya, masuk ke poket kita.

13. Balik ke rumah, saya kongsikan dengan isteri tercinta, apa makna memuliakan manusia. Termasuk pelanggan. Sentiasa rendah hati, kita akan berada dikalangan orang tinggi tinggi.
 

via Dato' Roslan Abd Hamid

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 1.0




1. Puan Guru Ainon Mohd bukan setakat mengajar supaya "usah melayan ajakan bertumbuk" tetapi beliau juga mengajar supaya duduk dan angguk angguk sahaja. Diam itu bererti emas.

2. Beliau berpesan supaya BUANG EGO, BUAT DUIT. Leburkan ego budak pandai dari dunia korporat. Tiada makna pandai bercakap apabila hidup kita kekal merempat. saya tekun mencatat, "Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuh rumput"

3. Apabila beliau memberikan tip ini yang khusus ditulis untuk bacaan 'budak pandai' tatkala mereka sedang bersiap sedia mahu membuka bisnes sendiri, saya merasa sungguh senang hati dan suka cita diri. Saya teringat pesan Iman as Syafii, "Memilih kata kata yang baik dan pantas adalah termasuk budi pekerti mulia"

4. Dalam dunia bisnes, kita akan terpaksa berurusan dengan banyak orang-orang yang pandai-pandai macam kita juga. Orang-orang pandai itu berada di tempat-tempat yang penting. Mereka duduk di kerusi-kerusi penting dalam jabatan, agensi dan GLC.

5. Tangan orang-orang pandai memegang banyak kuasa. Tanda tangan mereka sangat kita perlukan. Mereka adalah orang-orang penting. Mereka dapat memberikan banyak peluang bisnes kepada kita.

6. Sebagai orang pandai, kata Puan Guru, kita perlu mempelajari skill-skill menjalin hubungan baik dan bekerjasama dengan 'orang-orang pandai' lain.

7. Hakikat Nyata, orang-orang pandai sangat konfiden bahawa mereka adalah orang pandai.

Jadi, apabila bersama dengan orang-orang pandai, kita jangan 'tunjuk pandai'. Dengan cara itu, mereka akan suka berurusan dengan kita. Dalam kata lain belajar buat bodoh dan selalu angguk dan setuju sahaja.

8. Orang pandai sangat suka mendengar pendapat mereka sendiri.

Jadi, apabila orang pandai bercakap, kita diam sahaja. Biar orang pandai itu yang banyak bercakap. Biarkan dia berasa puas hati mendengar suaranya sendiri. Sekali lagi diam dan senyum. Tumpu perhatian. Tekuni apa yang dia kata.

9. Puan Guru melanjut kata, meneruskan bicara. Apabila orang pandai sudah puas hati dengan biji butir percakapannya, barulah nanti dia suka bercakap-cakap dengan kita. Puji percakapan dia. Kata yang lemah lembut dari kita adalah anak kunci membuka hati manusia, membuka hati orang pandai.

10. Seperkara lagi kata Puan Guru Ainon Mohd, orang pandai pantang dibuktikan pendapat mereka salah. Pada saat Puan Guru berkata begitu saya ternganga mengenangkan banyaknya silap saya pada masa silam. Saya gemar menegakkan benang basah. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut (kata) badan binasa.

11. Jadi, meskipun sah-sah pendapat orang pandai itu salah, kita diam sahaja. Biarkan orang lain yang membuktikan dia salah. Tambah Puan Guru lagi, dengan membuktikan kayu orang lain bengkok tidak bermakna kayu kita lurus.

12. Apa yang utama kata Puan Guru Ainon Mohd., Kita fokus pada menjaga hubungan baik. Saya tekun mencatat, "Percakapan itu seperti ubat. Apabila sedikit bercakap memberi manfaat. Apabila banyak bercakap nescaya dia jadi peluru pembunuh".

13. Dengan sikap kita yang banyak berdiam apabila orang pandai bercakap, insyaAllah orang-orang pandai itu akan terus suka bercakap-cakap dengan kita. Apabila mereka gemar bercakap dengan kita maka makin banyak lah peluang terhampar depan kita. 



via Dato' Roslan Abd Hamid

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 3.0




1. Ini kelas hangat.
Perbincangan yang banyak manfaat. Saya catat apa yang saya ingat.

2. Puan Guru Ainon Mohd memulakan dengan pertanyaan popular beliau. APAKAH?
Apakah tuan sedang berfikir mahu terjun ke dalam dunia bisnes dan memikirkan bisnes apa yang tuan mahu buat?

Kalau iya, teruskan berada dalam kelas ini.

3. Puan Guru menerangkan, banyak orang yang baru hendak masuk dunia bisnes melakukan kesilapan ini: Dia memilih bisnes yang dia pandai buat.

Contohnya, Kalau dia pandai membuat website, dia pun membuka bisnes membuat website, dan dia sendiri yang membangunkan website pelanggannya.

Contohnya juga,kalau dia pandai mengambil foto perkahwinan, dia pun membuka bisnes mengambil foto perkahwinan, dan dia sendiri yang menjadi jurufoto dan editor fotonya.

Contoh lagi, kalau dia pandai mendesain pakaian ibu hamil, dia pun membuka butik ibu hamil dan dia sendiri mendesian pakaian yang dijual di butiknya.

Contohnya kalau dia pandai membuat taucu, dia pun membuka kilang mengeluarkan taucu, dan dia sendiri yang membuat taucunya.

4. Pada detik ini, saya teringat Puan Lily Awallyah, sahabat saya dari Singapore yang datang ke kelas di Speakers Academy. Beliau berkongsi di pentas tentang zaman kanak kanak beliau. Ibubapanya pulang ke Jawa Tengah , belajar buat tempe dan membuka perusahaan kecil kecilan buat tempe di Singapura. Akhirnya tidak ke mana jua.

5. Puan Guru Ainon Mohd menegas kata, perkara yang kita pandai membuatnya belum tentu mampu melahirkan bisnes yang bagus untuk kita. Sukar kita berjumpa pembuat web, jurufoto perkahwinan, pemilik butik ibu hamil, dan pembuat taucu yang kaya-raya.

6. Hakikat Nyata, kepakaran pembuatan adalah 'benda' yang kita dapat beli dengan wang. Jangan pilih bisnes yang kita pandai buat. Kita penat, letih, teruk.Tapi kita tak kaya-kaya. Pada tahap ini, Puan Guru berhenti dan memberikan tenungan bermakna beliau.

7. Beliau membuat penegasan "Pilih bisnes yang mudah buat duit". Tatakala kami sedang mencari cari jawapan, Puan Guru sekali lagi muncul dengan membentangkan jalan. kata beliau,

Ada 2 bakat yang berbeza:

1. Bakat membuat
2. Bakat berniaga

8. Beliau menarik nafas dan dengan suara sati satu beliau menyambung ayat, kita yang pandai berniaga, kita juallah apa yang orang lain buat. Itulah cara kita memasarkan produk yang mereka buat. Untuk fahami ini, Puan Guru memberikan analogi berikut,

Kedai runcit, supermarket, hipermarket... bisnes mereka adalah tolong menjualkan hasil pembuatan pihak lain.

9. Pada saat ini Puan Guru membaris kata dengan perbilangan abjad sempurna, Banyak peniaga Melayu membuat produk yang susah mahu dijual. Modal berpuluh ribu ringgit. Produk berlonggok dalam setor. Hutang bank tak dapat dilangsaikan.

Jangan buat produk yang kita pandai buat. Buatlah produk yang mudah dijual!

10. Sekali lagi dengan penegasan yang kuat Puan Guru meletupkan kelas dengan kata kata, Objektif buat bisnes adalah membuat untung. Bukan buat apa yang kita pandai buat!

11. Puan Guru Ainon Mohd. menutup dengan kebijaksanaan :

Pilih bisnes yang membolehkan kita menjadi kaya-raya.
Pilih bisnes yang mempunyai ciri (a) scalable dan (b) repeatable, biarpun kita tidak pandai membuat produknya.

Bisnes yang mempunyai 2 ciri itu adalah bisnes yang mudah dikembangkan.

12. Kelas berakhir. Saya mengulang dalam nada bisikan, "Scalable-Repeatable". Terus saya ulang ulang. Ianya satu perkara melekat dalam minda. Ianya perkara yang mahu saya resap dalam jiwa. Pengulangan itu ibu kepada kejayaan. 

Tuesday, 18 February 2014

Muhasabah Maghrib: Kisah A,B dan C


Ada satu cerita yang diceritakan kepada saya, masih saya ingat hingga ke hari ini.

Ada tiga orang kawan, A, B dan C. A & B orang Islam, manakala C bukan.

Satu hari C cuba menyusupkan ideologinya bahawa Islam pun menyembah berhala. Maka dia berkata:

"A, B, korang tahu tak, masa korang punya Nabi Muhammad tu runtuhkan semua berhala di Kaabah, dia ada tinggalkan satu untuk terus disembah korang hingga ke hari ini?"

A yang punya pengetahuan agama mendalam diam sahaja. Memberikan peluang C untuk mengemukakan hujah. B yang tak ada pengetahuan agama yang baik, mula teruja.

"Iya ke? Apa berhalanya?" B tanya.

C jawab: "Itulah dia Hajarul Aswad."

A nak tergelak tetapi B sudah mematikan gelaknya dengan berkata: "Ha'ah kan, tak terfikir pula aku selama ini."

Respon B terus menyebabkan A menepuk tubuhnya. "Weh, apa la kau ni. Hajarul Aswad berhala apanya. Kita bukan sembah Hajarul Aswad. Hajarul Aswad pernah dicuri dan kita masih solat menghadap Kaabah juga sebagai simbolik kesatuan aqidah & matlamat ummat Islam yang berimankan Allah Yang Esa. Kalau Kaabah runtuh pun, kita masih solat. Bukti, Allah pernah suruh tukar kiblat kita menghadap Baitul Maqdis. Tu tanda-tanda kita bukan sembah Kaabah atau Hajarul Aswad."

B mula perasan. C tersengih sahaja kerana hujahnya terbatal.

Adakah kita ini, dalam dunia penuh rencam seperti hari ini, menjadi orang seperti A, atau seperti B?

Lebih buruk, apakah kita ada sikap seperti C?

Muhasabah.



Friday, 14 February 2014

Wahai lelaki, lindungilah wanita

Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:
Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam membentuk kehidupan isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan mengakibatkan kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.

Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.

Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai wanita menunjukkan ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah golongan yang lemah dan perlu kepada orang yang melindungi mereka dan menguruskan hal mereka serta mengawal pergerakan mereka ini kerana kebebasan tanpa sempadan yang diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan berlakunya kepincangan besar dalam masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan kerana lelaki lebih mampu sabar.


kredit: Ustaz Nasrudin Hassan

Thursday, 13 February 2014

Nota Hari Minggu: Bola Sepak Kita Pun Ganas Juga

Dahulu, mutu bolasepak negara kita tidaklah teruk. Pada tahun 1972, kita melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich setelah menewaskan negara-negara hebat Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. Pemain-pemain kita ketika itu ialah seperti adik beradik Namat dan Shaharuddin Abdullah, Abdullah Nordin (ketua pasukan) Wong Fook Chuan, Zulkifli Norbit dan N. Thanabalan.


Pada tahun 1980, negara kita sekali lagi layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun memboikotnya kerana menentang tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan. Antara pemain yang menjadi sanjungan peminat ketika itu ialah Mokhtar Dahari, V. Arumugam, Santok Singh, Serbegeh Singh dan Soh Chin Aun.

Namun, memasuki tahun 1990-an, mutu bola sepak kita merudum sekali. Faktornya banyak untuk dibincangkan bermula dari rasuah, perubahan format liga dan kepimpinan FAM. Akibatnya ranking Malaysia yang berada di tangga 75 pada Ogos 1993 (di atas Turki dan Afrika Selatan), kini berada di kedudukan 154 pada Januari 2014 mengikut senarai FIFA, hanya setanding dengan pasukan Bangladesh, Maldives dan Chad.

MINAT BOLA SEPAK MENINGKAT SEMULA



Setelah beberapa waktu bola sepak negara kita sepi, ia kembali mendapat perhatian peminat setelah negara kita menjadi juara Bola Sepak ASEAN yang dikenali sebagai Piala Suzuki pada tahun 2010. Kehebatan Malaysia menyerlah lagi apabila di Stadium Bong Karno, kita membaham Garuda dengan penalti 4-3 untuk menjadi juara Sukan Sea 2011.

Dalam perlawanan liga tempatan pula, bola sepak Malaysia juga mulai mendapat dokongan peminat apabila muncul pasukan Kelantan dan beberapa pasukan hebat dari negeri lain yang bertanding dalam Liga Super. Kesengitan ini bertambah lagi apabila pasukan Johor yang dikenali sebagai JDT membawa warna baru dalam bola negara dengan mengimport pemain-pemain mahal. Maka bergemalah kembali stadium dengan laungan dan sorokan penonton.

BOLA SEPAK MULA MENJADI GANAS



Namun, kemeriahan ini tidak lama. Pada 15 Januari 2013, pasukan JDT membawa askarnya sendiri ke stadium Kota Bharu untuk mengawal keselamatan pasukannya, suatu tindakan yang disifatkan oleh DS Ahmad Shabery Cheek, menteri sukan ketika itu sebagai bukan budaya sukan kita dan tidak sewajarnya berlaku.

Awal tahun 2014 pula, sudah berlaku dua kekecohan besar, semuanya melibatkan pasukan Johor. Pada 2 Februari, riuh satu negara pasal insiden dalam terowong yang melibatkan pasukan JDT dengan T-Team sehingga pasukan T-Team enggan meneruskan perlawanan atas alasan keselamatan. Pada 7 Februari, berlaku pula kekecohan di Stadium Darul Makmur yang juga melibatkan pasukan JDT.

Jelasnya, sudah wujud budaya samseng dan ganas dalam bola sepak kita.

FAM PERLU TEGAS



Pertanyaannya, mengapa bola sepak yang sepatutnya menjadi sukan yang dapat menghiburkan anak muda dan menyatukan rakyat sudah bertukar menjadi satu pemainan ganas yang melibatkan pergaduhan? Di manakah semangat kesukanan kita? Siapakah yang membawa budaya ini?


Football Association Malaysia (FAM)
credits to: Pemilik Gambar

Bagi mengekalkan minat rakyat kepada sukan bola sepak kita, adalah penting bagi FAM mengambil tindakan yang tegas untuk memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang dalam sukan bola sepak kita. FAM perlu menghukum sesiapa sahaja pemimpin tertinggi, pengurus atau pemain bola sepak yang terlibat dalam kejadian yang mencemarkan maruah bola sepak negara.

Jangan hanya nila setitik rosak susu sebelanga.



AYUH SEMARAKKAN LIGA KITA!!!

"Jika bukan kita, siapa lagi?, 

Jika tidak sekarang, bila lagi?"