Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Muflis di Mahsyar


USAH MENGATA ATAU MEMAKI ORANG YANG BUAT DOSA HINGGA KITA MENJADI MUFLIS DI MATA ALLAH

Kita berkecenderungan mengata bahkan memaki orang yg kita lihat secara mata kasar melakukan dosa. Walhal dosa si pelaku hanyalah kepada Allah Yang hakikatnya Maha Pengampun sedangkan dosa mengata@memaki bukan sahaja kepada Allah malah kepada mangsa dimaki selagi mana tidak diampunkan oleh mangsa. Lebih malang lagi jika tidak sempat minta maaf hingga segala amalan baik yg kita lakukan akan berpindah kepada mangsa dimaki manakala kejahatan akan pergi kepada kitq.

Inilah yg digambarkan dalam Hadis Nabi SAW:

(( أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا : الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لا دِرْهَمَ لَهُ وَلا مَتَاعَ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ))

"Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu siapa orang yang muflis? Para sahabat menjawab, Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta. Baginda bersabda: Sesungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya) dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka. (riwayat Muslim)

Tuesday, 18 February 2014

Di kotak mana pemikiran anda: Pilihlah kotak positif, Setkan Pemikiran Anda


Hendaklah Berfikiran Positif
Riwayat: Muslim

Hadith: 
Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawasanya dia telah mendengar nabi SAW bersabda tiga hari sebelum baginda wafat, “Janganlah mati seseorang daripada kamu melainkan hendaklah dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla.”

Huraian Hadith: 
  • Umat Islam dikehendaki supaya sentiasa baik sangka kepada Allah ketika hidup di dunia terutama ketika hampir mati
  • Umat Islam hendaklah sentiasa mengharapkan rahmat dan keampunan daripada Allah Taala
  • Orang-orang Islam adalah sentiasa dikehendaki melakukan amalan-amalan soleh sebagai bekalan untuk menghadapi mati
  • Orang yang beriman dilarang berputus asa, malah hendaklah sentiasa mengharapkan rahmat dan keampunan Allah lebih-lebih lagi di waktu hampir ajal
  • Pada waktu sihat seseorang muslim hendaklah melebihkan takut harapan, kerana takut akan mendorongnya menunaikan ibadah dan meninggalkan maksiat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Jangan hanya bersangka baik tanpa melangsungkan ketaatan kepadaNya.

Friday, 14 February 2014

Wahai lelaki, lindungilah wanita

Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:
Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam membentuk kehidupan isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan mengakibatkan kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.

Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.

Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai wanita menunjukkan ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah golongan yang lemah dan perlu kepada orang yang melindungi mereka dan menguruskan hal mereka serta mengawal pergerakan mereka ini kerana kebebasan tanpa sempadan yang diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan berlakunya kepincangan besar dalam masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan kerana lelaki lebih mampu sabar.


kredit: Ustaz Nasrudin Hassan