Showing posts with label usahawan. Show all posts
Showing posts with label usahawan. Show all posts
Sunday, 6 April 2014
NOTA KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN 8.0
1. Adalah wajar saya lebarkan pengetahuan ini. Dalam dunia kekayaan yang melimpah ruah ada 4 sektor utama. Pertama, Dunia Pelaburan. Kekayaan ada dalam Bursa. Pelaburan menurut Guru Saham, Hj Mohd Asri adalah 90 % pengetahuan tentang diri dan 10% pengetahuan teknikal.
2. Dunia kedua, adalah dunia Hartanah. Pemilikan harta. Bangunan, rumah, kedai dan seumpamanya. Ianya boleh dipelajari dengan teliti secara menekuni.
3. Pada bahagian ketiga, Dunia Bisnes. Pemasaran produk, khidmat dan idea. Dan keempat, Dunia Internet. Hari ini 30% penduduk dunia ada akses kepada internet dan dijangka 10 tahun lagi, 50% penduduk dunia akan ada akses kepada internet. Dunia Internet adalah dunia tanpa batasan.
4. Memahami duduk perkara ini, kita bayangkan berada di Universiti Wang. Pilih mana mana antara 4 subjek ini untuk jadi major dan jadi minor. Dua major dan dua minor sudah cukup baik. Ataupun ambil 3 subjek dan tinggalkan satu.
5. Ianya rezeki. Rezeki halal. Rezeki yang diberkati apabila kita berkongsi. Berkongsi tanpa nanti, memberi tanpa tapi.
6. Ada 4 langkah untuk jadi Jutawan:
Langkah 1. Katakan tidak salah, tidak berdosa untuk jadi kaya.
Langah 2. Visualisasikan kita berada dalam dunia yang melimpah ruah. Bayangkan keindahan ini dalam getar kesyukuran tatakala masih berada diatas sejadah selepas solat suboh. 5 minit getaran kesyukuran untuk kejayaan 5 tahun di depan. InsyaAllah.
Langkah 3. Belanja kurang dari apa yang kita dapat. Hidup sederhana, walaupun pendapatan berganda.
Langkah 4. Laburkan kembali, apa yang dapat disimpan dan dijimatkan. Mulakan pelaburan dengan ILMU BISNES. Ilmu dapat menjaga harta di hari muka.
NOTA KEUSAHAWAN JUTAWAN PERKATAAN 7.0
TUAN SYAIZUL AMAL BERCERITA TENTANG PATRIK CHAN :
STRATEGI DAN TAKTIK
1. Beliau telah membuat berjuta-juta ringgit dengan perniagaan internet. Ebook, Affliliate, Dropship, dan banyak lagi. Setiap projek yang beliau jalankan ada turun naik dan beliau terpaksa mengejar trend. Beliau keletihan.
2. Berlaku kecelaruan, terlalu banyak perkara perlu dilakukan dalam bisnes sehingga beliau berkata, STOP. Ini semua tidak boleh berlarutan.
3. Pada tahun 2012, beliau berhenti dari semua yang sedang dilakukannya.
Beliau bercuti 6 bulan, tidak buat apa-apa kerja pun. Beliau memikirkan tentang strategi bisnes internet beliau. Sebelum ini beliau terlalu fokus kepada taktik.
Kata Patrik Chan, taktik tanpa strategi tidak akan sampai ke matlamat utama dan hilang arah.
4. 7 bulan lepas, Patrik Chan kembali ke dunia internet dengan strategi yang mantap. Kini syarikat beliau menjana RM100 ribu sebulan.
Jumlah terkumpul selama 7 bulan adalah RM700 ribu.
Itulah bezanya apabila beliau mula memfokuskan kepada strategi. Kemudian beliau menceritakan kepada cara membina strategi.
5. Pada saat ini sata teringat kata kata Tuan Bukhari Ramli yang memetik perumpamaan berikut: Strategi tanpa adalah jalan jauh untuk mencapai sesatu perkara. taktik tanpa strategi pula adalah bunyi bising sebelum kalah perang.
6. Sedang mennggu perkongsian lanjutan dari Tuan Syaizul Amal.
NOTA KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN 6.0
KENAL SIAPA ITU SAMA PENTINGNYA DENGAN TAHU BAGAIMANA.
1. Seorang dari MENTOR saya namanya Datuk Hassan Harun. Dia 20 tahun lebih berumur dari saya. Dia mengajar saya sambil membayar gaji kepada saya untuk belajar dengan dia.
2. Saya belajar selama 10 tahun secara intensif. Dia berikan modal berpuluh juta untuk saya uruskan anak syarikat.Saya belajar pengurusan korporat dari beliau yang pada masa itu Chairman dan CEO syarikat yang mempunyai nilai pasaran rm500 juta.
3. Nasihat terakhir beliau sebelum saya berhenti 10 tahun dulu.
"Organic Growth Lan". Semai anak benih, siram, bajai dan perhatikan ia membesar selama 7 tahun. InsyaAllah boleh berbuah.
4. Usah tanam pokok yang telah besar. Transplanted Trees selalunya gagal menumbuh akar dan mudah mati.
Itulah analogi memulakan bisnes. Ia mengingatkan buku Mark McComark, What they don't teach you at Harvard Business School yang saya baca 25 tahun dulu:
"Lebih banyak wang pendahuluan yang diperlukan untuk sebuah bisnes, lebih besar kemungkinan ia gagal bergerak."
5. Saya bersetuju dengan Puan Guru Ainon Mohd supaya usah membeli Semangat dan Keyakinan Palsu . Banyak peniaga Melayu yang masih muda, usia belum 35 tahun, sudah membuka bisnes pertama dengan modal puluhan, malah ratusan ribu ringgit.
6. Tidak lama kemudian, sepanjang berada dalam dunia keusahawanan jiwa mereka dalam keadaan sangat tertekan oleh hutang bank yang banyak. Hutang pokok tidak mampu dibayar. Tiap hari faedah tertunggaknya menjadi pokok.
7. Sampai sekarang saya tidak faham bagaimana mungkinmereka boleh meletakkan impian mahu jadi Bilionwan seumpama Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhari tatakala belum pun jadi jutawan.
8. Kata Puan Guru,mereka belum pernah mempunyai pengamalan melangsaikan hutang bank RM20k, tetapi berani membuat pinjaman RM200k. Mereka belum pernah menjalankan perniagaan gerai makan, tetapi sudah berani membuka restoran francais.
9. Tambah Puan Guru lagi, mereka belum pernah membayar gaji walaupun seorang pekerja, tetapi sekarang mempunyai staff yang beruniform cantik seramai 6 orang.
10. Puan Guru berpesan panjang, apabila memgendalikan program keusahawanan nanti usah jadi penganjur kursus dan seminar yang menampilkan penceramah yang menjual gambaran palsu, semangat palsu, keyakinan palsu, harapan palsu, janji palsu, dan jaminan palsu, kononnya:
"berhutang demi memulakan perniagaan dengan menggadaikan hartanah milik orang tua adalah selamat"
11. Semua pesan pesan dari Mentor Mentor ini saya ingat. Termasuklah nasihat:
"Kenal siapa itu sama pentingnya dengan tahu bagaimana". pastikan dalam program pengendalian nanti ada dua elemen utama ini. Itulah paksi saya sepanjang perkongsian dalam Dunia Pengucapan dan Dunia Keusahawanan.
NOTA KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN 5.0
1. Tuan Roslan kelihatan selalu mengikuti pelbagai seminar, program dan majlis ilmu? Apakah yang tuan cari? Itu pertanyaan beberapa orang anak muda dan tuan menolak tawaran bersama YB Tan Sri Annuar Musa untuk melawat Eropah dari 14 hingga 27 April hanya kerana PULAU JUTAWAN.
2. Ianya DERUAN KEISTIMEWAAN. Saya mencari tempat untuk membina rangkaian sokongan. Minda yang tidak diasuh biasa mendengar tidak mungkin dapat membuka mulut untuk didengari. Minda yang tidak punya teman teman sejiwa tidak mungkin segar secara sendiri.
3. Hidup seharian ini bagaikan berkafilah merentasi Gurun Sahara. Panas disiang hari, sunyi sekali di malam hari. Hidup seharian ini seumpama melalui Laut Andaman. Ombak bergulung tinggi tidak terpandang sewaktu ombak pasang dan sunyi sesunyi sunyinya hingga kita boleh berhalusinasi dengan pelbagai gambaran tidak keruan pasti apabila laut tenang seketika.
4. Kejayaan adalah bangun sekali lagi selepas jatuh. Berapa kali jatuh tidak perlu dihitung hitung. Apa yang utama, bangun segera selepas jatuh. BANGKIT.
5. Berapa banyak kegagalan dalam hidup ini lantaran kita tidak dapat bangun semula. Kita sukar untuk bangun semula apabila kita tidak ada pasukan penyokong. Pasukan sorak yang ultra. Pasukan Sorak Ultra inilah yang mahu dibina di Pulau Jutawan.
6. Terpinggir adalah punca perosak dalam laluan kehidupan sekarang. Kita mesti berada dalam lingkungan manusia yang membarakan semangat kejayaan. Kita mesti sentiasa dalam puak kaya dan berjaya.
7. Pasukan Impian mesti ada tiga ciri utama yang boleh membantu kita maju ke muka dan bergelar juara. Pertama, Pasukan Impian mestilah ada Jurulatih berwibawa. Jurulatih yang mendengar, membantu kita berfikir dan sentiasa menaikkan semangat pasukan.
8. Pasukan Impian, keduanya, mesti ada PAKAR yang dapat menasihati kita dalam topik khusus. Pakar yang telah terbukti berjaya. Pakar yang hebat dan mempunyai lebih pengalaman dalam bidang mereka berbanding kita.
9. Pasukan Impian , ketiganya adalah Sumber Inspirasi. Ianya bukan punca depresi. Saling menyokong untuk meneruskan usaha kita.
Inilah asas PULAU JUTAWAN.
5 Jurulatih. 5 Pakar. 33 orang peserta.
Kita mulakan penerokaan.
NOTA KEUSAHAWAN JUTAWAN PERKATAAN 4.0
1. Benarkah kita memerlukan masa selama 10,000 jam untuk mahir dalam sesatu bidang dan kemudian jadi pakar. 10,000 jam apabila dikerjakan 5 jam sehari akan mengambil masa 2000 hari. 2000 hari apabila dikerjakan 5 hari seminggu akan ambil masa 400 minggu.
2. 400 minggu apabila dikerjakan 40 minggu setahun akan ambil masa 10 tahun. Masa yang sungguh lama. Dan ianya memerlukan disiplin yang luar biasa untuk menyudahkan apa yang telah kita mula. Perangkap sunyi tatkala menyudahkan ini begitu menduga.
3. Itulah yang diterima ramai apabila Malcom Gladwell menulis formula ini dalam bukunya Outliers. Namun begitu, pakarkah seorang yang setiap hari melakukan kerja yang sama selama 10 tahun tanpa penekunan melainkan itu adalah rutin harian mereka sahaja.
4. Bagimana kah cara mahu mempercepatkan proses ini? Kita berada dalam limpahan maklumat dan semuanya perlu kepada kepantasan. Apakah tiada cara menjadikan 10,000 itu kepada 100 jam sahaja.
5. Jawapan telah diberi. Pertama, berikan tumpuan. Fokus yang luar biasa.
Fokus 100%. Amatur mengulang perkara yang sama berhari hari. Profesional mencari perkara yang perlu diperbaiki dan melakukan pada bahagian yang paling sukar dahulu.
6. Untuk mempercepatkan proses, strukturkan kerangka maklumbalas. Mesti ada MENTOR yang meminjamkan lampu suluh terang mereka untuk kita menyuluh jalan. Mesti ada Mentor yang membantu kita melakar terang peta perjalanan. Mesti ada Mentor yang memberikan maklubalas segera kelemahan kita dan menyajikan hidangan inti kebijaksanaan.
7. Latihan 50 jam pertama membantu kita tahu dan boleh buat. Apabila kita sudah berpuas hati, itulah punca kemusahan. Ibu kepada segala kemahiran adalah pengulangan. Selepas kita boleh buat, teruskan pengulangan sehingga ia kelihatan mudah apabila kita melakukannya. Ada dua titik sukar disini, sewaktu mahu memulakan dan sewaktu kita sudah boleh melakukannya. Kita tidak lagi mengulanginya hingga mahir dalam bidang.
8. Seseorang boleh menguasai satu bahasa selepas 1000 jam belajar. Namun petah kata dan fasih bicara dalam penguasaan bahasa berkenaan hanya terlihat apabila kita berterusan menggunakannya dan meletakkan diri dalam lingkungan mereka yang menggunakan bahasa berkenaan sebagai percakapan harian.
9. Berehat secukupnya. Tidur 6 jam pada waktu malam dan sejam pada waktu tengahari. Ini kunci untuk tumpuan. Latihan sebenarnya dalam minda. Beri ruang untuk minda berehat bagi mendapatkan tumpuan "thorbaek" dalam pembelajaran.
10. Sekali lagi saya ulangi 100 jam latihan Intensif adalah kunci untuk mempercepatkan proses memahirkan diri dalam satu satu bidang. InsyaAllah. Ianya cepatan 100 kali ganda dari formula 10,000 jam yang dibawa oleh Malcom Gladwell.
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 18.0
1. Pagi itu saya datang awal. Masih belum tidur dari Kelantan. Begitulah adanya setiap minggu pada hari Sabtu. Hari menghadap Guru. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan berkenderaan beratus batu.
2. Pagi bermakna sempat sarapan sebelum orang lain sampai. Puan Guru Ainon Mohd bertanya saya. Apa perasaan Dato' sebagai orang korporat yang telah memulakan bisnes sendiri. Saya pun mula bercerita.
3. Setelah 15 minit bercerita, Puan Guru Ainon Mohd pun berkata, salah satu tingkah laku bekas staf korporat yang membuka bisnes sendiri adalah mereka berfikir macam dirinya masih orang korporat.
4. Orang korporat sudah biasa membelanjakan duit korporat yang banyak. Mereka tidak sayang duit, sebab duit itu duit orang lain. Apabila orang korporat membuka bisnes sendiri, mereka cenderung terbawa-bawa gaya berbelanja orang korporat juga.
5. Sambung Puan Guru, Mereka tidak mempunyai kemahiran membelanjakan duit sendiri dengan berhemat.
Dengan realiti bahawa 93% bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas beroperasi, apa yang banyak berlaku adalah di mana bekas-bekas orang korporat banyak yang menanggung hutang bisnes yang besar apabila bisnes pertamanya lingkup.
6. Puan Guru Ainon Mohd dengan kebijaksanaannya berkata, fenomena yang Dato' sebut tadi, biasa kita lihat: Sebelum buat bisnes, dia kaya, banyak duit dalam tabungan. Selepas buat bisnes, dia banyak hutang, harta dicagarkan.
7. Inilah tujuan kita diABS mengajarkan dengan bersungguh-sungguh cara yang betul memulakan bisnes menggunakan strategi lean-startup. Tanpa modal hutang. Bisnes adalah life-style. Pilih life-style yang sesuai dengan psikologi dan jiwa kita.
8. Puan Guru menyambung kata kata dengan menyebut, berapa ramai dari bekas pegawai kerajaan dan korporat berjaya mendapatkan pinjaman bagi memulakan bisnes dalam sektor yang tidak glamor.
Contoh sektor yang tidak glamor adalah bidang pertanian, seperti projek membela lembu, kambing, ayam, ikan keli, pisang, sayuran dan banyak lagi.
9. Kalau orang seperti Dato' melibatkan diri dalam sektor tidak glamour itu maka jadilah tangan Dato' seperti tangan-tangan bekas pegawai kerajaan dan eksekutif korporat yang membuka projek tidak glamor dan hampir semua dari mereka hangus terbakar.
10. Projek mereka bungkus. Hutang melambak. Projek pertanian adalah sangat tidak glamor. Ia aktiviti yang banyak nyamuk, panas, kotor, comot dan busuk.
Bukan itu sahaja, aktiviti berladang bukan aktiviti yang disanjung oleh masyarakat Melayu, malah sebaliknya.
11. Kecuali Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara, tidak ramai orang yang tahan dengan keadaan yang banyak nyamuk, panas, kotor, comot, dan busuk itu.
12. Lantaran tidak ada ramai orang lagi yang sampai, saya ambil kesempatan minta tip Puan Guru Ainon Mohd bagiamana mahu berminat menjadi trainer.
Puan Guru memberikan tiga tip permulaan. saya cata kemas dalam buku nota. Saya salin semula untuk bacaan teman teman.
Inilah langkah-langkah yang perlu sebagai persediaan menceburi industri ini:
13. Pertama,
Pilih satu bidang ilmu yang kita mahu menjadi specialist dalam ilmu itu.
Saya kata pilih ilmu Public Speaking
Puan Guru kata,
Beli dan baca semua buku-buku yang ada disebut dan dikaitkan ilmu Public Speaking.
14. Saya jawab, saya sudah beli, baca dan garisbawahi lebih dari 500 buah buku tentang Public Speaking. Saya sudah tengok dan tonton semua you-tube Andy Harrington, Carmine Gallo dan Steve Jobs.
15. Kata Puan Guru Ainon Mohd, sekarang, Dato' menjadi pakar ataupun specialist bidang. maka terus kepada tip kedua, Belajar mengamalkan teknik-teknik dalam bidang ilmu itu.
Sebagai contoh, sebagai trainer bidang Public Speaking, Dato' mestilah berlatih menggunakan teknik-teknik PS sampai mahir. Barukah kita memilik skill-skill Public Speaking.
16. Tugas trainer adalah memindahkan skill-skill yang ada pada kita kepada para trainee. Ketiga, Beli dan baca buku-buku panduan menjadi trainer.
17. Saya jawab, InsyaAllah saya sudah beli. Apa yang utama sekarang saya sedang menekuni cara Puan Guru mengendalikan kelas supaya saya dapat menjiwai caragaya Trainer Profesioanl yangtelah berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidsang kepakarannya.
18. Matahari sudah meninggi. masa bertalaqi sampai ke penghujung. Ramai orang telah sampai dan kelas dam bilik kuliah kami bermula semula.
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 17.0
1. Puan Guru Ainon Mohd seperti selalunya membentangkan kenyataan yang terang. Begitu benderang hata kepada orang biasa yang baharu mengenal dunia usahawan.
2. Kata Puan Guru, salah satu halangan kejayaan yang kita cipta sendiri adalah perbuatan 'mind-reading' yang negatif. Mind-reading negatif disebut 'suuzon' dalam bahasa Arab. Dalam bahasa biasa, suuzon disebut 'sangka buruk'.
3. Lalu beliau mula menghurai, sangka buruk menyebabkan kita menghalang diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang baik untuk bisnes kita.
Dan beliau mengemukakan percontohan dan bukti. kata beliau, contoh-contoh suuzon adalah:
"Orang kaya takkan mahu singgah membeli nasi lemakku ini.
Maklumlah, kita cuma menjual di tepi jalan sahaja."
"Budak ada ijazah takkan mahu bekerja jadi salesman
dalam syarikat aku yang kecil ini."
"Takkan ada orang yang mahu menjadi pemodal untuk projek cendol aku nih?"
4. Sekali pandang, mind-reading macam contoh yang diberikan oleh Puan Guru itu macam sifat yang baik, iaitu merendah diri dan tidak riak.
Hakikat Nyata, kata Puan Guru ayat-ayat dalam contoh itu menunjukkan seseorag yang menilai bisnesnya sendiri dengan cara yang buruk sekali.
5. Maksudnya kita sendiri merendah-rendahkan bisnes kita sendiri dengan berkata,
Orang kaya pun tak mahu makan nasi lemaknya.
Pemegang ijazah pun tidak mahu bekerja dalam syarikatnya.
Tidak ada pemodal yang percaya idea cendolnya bagus.
6. Puan Guru berkata dengan tegasnya, apabila kita sendiri merendah-rendahkan bisnes kita sendiri, apa lagi yang ada pada bisnes itu. Noktah.
7. Kami yang duduk dalam bilik kuliah ABS atau nama penuhnya Ainon Business School diam sediamnya. Seakan tidak dapat mengupas apa apa. Mungkin kami juga begitu. Suka memperlekeh bisnes sendiri tanpa menyedarinya.
"Rendah diri lah sangat"
8. Menyedari kami banyak berdiam dan tanpa keriuhan seperti biasa, Puan Guru cepat menukar kepada topik baharu. Kali ini beliau menulis besar diatas papan putih perkataan "Modal sosial"
9. Puan Guru menyambung perkongsian beliau. Kata beliau, Berbisnes adalah bersahabat. "Bisnes is relationship". Kawan tolong kawan. Kita tolong kawan kita. Orang tolong kawan orang.
10. Suasana kembali meriah dengan tiap seorang mula memberikan komentar. Puan Guru meneruskan kata kata, Persahabatan adalah modal sosial. Modal sosial adalah modal bisnes yang sangat tinggi nilainya. Dalam situasi tertentu, modal sosial lebih penting daripada modal duit.
11. Hj Wan Hilmi yang selalu bising bising, mula mengambil contoh permainan golf. Puan Guru mencengilkan matanya dan memberitahu golf bukan sunnah.
Hj Wan Hilmi mula mengemukakan hujah. Itulah senda gurau kami dalam memeriahkan kelas.
12. Puan Guru terus menyambung kelas dengan berkata, semakin banyak modal sosial kita, semakin mudah kita menjalankan bisnes.
Bagi menambahkan modal sosial kita, ia memerlukan modal yang banyak. Persahabatan bukan sesuatu yang datang percuma.
13. Puan Guru melontarkan kata kata, orang takkan mahu berkawan dengan kita melainkan mereka SUDAH mendapat keuntungan daripada kita.
Beliau mengemukakan pertanyaan,
Apakah sebabnya orang mahu mengambil kita sebagai sahabat?
14. Kami pun mengemukakan jawapan jawapan kami. Puan Guru terus berkata, sikap mahu mendapatkan sahabat baru tetapi tidak mahu mengeluarkan modal adalah ibarat mahu memancing ikan besar tetapi tidak mahu mengeluarkan modal umpan.
Umpan modal sosial adalah dengan menabur budi,
yakni banyak memberi, memberi, memberi.
15. Puan Guru kemudiannya memberikan Tip mahal bagaimana melabur dalam menuai rezeki.
Kata Puan Guru, Bisnes adalah bersahabat.
Melabur banyak-banyak dalam menjalin persahabatan sesama orang bisnes.
Dalam mencari rezeki, jangan bercerai-berai dengan sahabat-sahabat bisnes kita. Biar rugi sedikit hari ini. Yang penting kita kekalkan persahabatan.
Jangan kecewa. Kekalkan persahabatan. Baiki produk kita.
Rezeki datang macam bas. Terlepas satu bas, tunggu. Sabar.
Nanti akan sampai masanya ada bas lain datang, dan datang, dan datang.
16. Kata kata ini datang bagaikan mutiara mahal cantik berkilau gemerlapan menghiasi suasana. saya bagaikan terpesona dan mula merasa alangkah besarnya yang Allah berikan dapat berguru dengan Puan Ainon Mohd.
Sambil menutup buku dan menyimpan pen, saya mengucapkan ALHAMDULILLAH.
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 16.0
1. Semasa mula bertemu semula dengan Puan Guru Ainon Mohd ada banyak pesanan beliau. Saya kongsikan dahulu lima pesanan beliau yang saya ingat. Lekat dalam minda. Teradun dalam jiwa sampai sekarang. Apakah pesanan pesanan itu?
2. Pesanan Pertama: Sahabat sahabat bisnes adalah sumber peluang kita dapat membesarkan bisnes kita. Semakin bisnes mereka maju, semakin dapat kita ikut maju bersama.
3. Berkawan dengan bisnesman yang berjiwa entrepreneur.
Kurangkan berkawan dengan bisnesman yang berjiwa towkay.
4. Pesanan Kedua: Untuk memulakan bisnes kita memerlukan bakat ENTREpreneur. Untuk membesarkan bisnes kita memerlukan bakat INTRApreneur. Beli segera bakat INTRApreneur ini biarpun harganya mahal.
5. Pesanan Ketiga: Apabila memilih rakan kongsi, usah pilih orang yang ada modal duit. Nanti kita penat bekerja bagaikan kerbau dibendang berpanas diluar bangunan, dia pula bagaikan kucing berbulu lebat, kenyang di kerusi pejabat.
Pilih mereka yang ada modal sosial. Duit akan datang dari arah yang tidak disangka sangka.
6. Pesanan keempat: Sentiasa berusaha menambah modal sosial. Modal sosial adalah modal yang lebih besar peranannya dalam kejayaan bisnes dibandingkan dengan modal duit.
Apabila modal sosial kita miskin, itulah yang menyebabkan kita memerlukan banyak modal duit.
7. Pesanan Kelima: Tiada istilah berani gagal. Itu bohong. Besar bezanya antara gagal dan rugi. Tiada orang gagal dalam Islam selagi kita tidak berputus asa.
8. Skrip lazim yang didengungkan dalam program motivasi keusahawanan yang kerap kita dengar adalah supaya kita semua berani gagal. Juga supaya kita berani menanggung rugi.
Kita disuruh terima kenyataan kononnya kegagalan dan kerugian dalam bisnes adalah pengalaman yang meninggalkan kesan-kesan baik ke atas diri kita.
9. Puan Guru mahu saya baca sirah. Kata beliau, Nabi Muhammad membuka syarikatnya sendiri pada usia 18 tahun. Beliau bersara pada usia 38 tahun.
Sebelum memulakan bisnesnya sendiri Nabi Muhammad berkuli dan bermentor selama 6 tahun dalam sektor yang beliau mahu ceburi. Selama 20 tahun berniaga, beliau tidak pernah gagal ataupun menanggung rugi.
Ertinya, kegagalan dalam bisnes bukan kecelakaan yang tidak dapat dielakkan.
Media suka membesar-besarkan cerita bisnesman yang teruk menanggung kegagalan bisnes sebelum berjaya. Mereka dipotretkan sebagai hero.
Kita pun percaya dan yakin kononnya kalau mahu berjaya kita mesti gagal dan rugi besar dahulu. Walhal banyak bisnesman yang tidak pernah gagal.
10. Mahukan tuan dan cikpuan saya beritahu 5 lagi pesanan Puan Guru Ainon Mohd.kepada saya. Apabila mahu, katakan "mahu", tidak saya ternanti nanti.
Tutup nota. Mahu menghadap YB Tan Sri Annuar Musa petang ini. Cukup yang kata, "mahu" malam nanti saya kongsikan lagi.
NOTA KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN 3.0
1. Ada dua perkara yang sukar manusia biasa seperti saya mahu lakukan. Pertama, untuk berfikir tinggi. Kedua, untuk menentukan urutan keutamaan. Dalam bahasa Inggerisnya, buat teman teman yang sukar mahu faham bahasa Melayu, "to think and to do things in order of importance"
2. Untuk kaya dan berjaya perlu pada mahir berfikir sekurang kurangnya dalam aplikasi:
Inquisitive Thinking. Berfikir dengan Ingin Tahu.
Positive Thinking. Berfikir secara Positif.
Rational Thinking. Berfikir Logik dan Bersebab.
Perceptual Thinking. Berfikir pintarPeluang.
Intuitive Thinking. Berfikir dasar Gerak Hati.
Objective Thinking. Berfikir ikut Objektif.
Conceptual Thinking. Berfikir secara Konsep.
Analogical Thinking. Berfikir mengikut Analogi.
3. Kejayaan adalah DISIPLIN untuk tahu prioriti. Utamakan apa yang utama. Upaya untuk menyudahkan kerja pada matlamat yang telah kita tetapkan. Sudahkan apa yang telah kita mulakan.
4. Hidup ini semudah buat keputusan apa yang kita mahu lakukan dan lakukan. Buat keputusan apa yang tidak mahu lakukan dan usah lakukan. Tahu yang mana perlu disudahkan. Tahu juga yang mana patut kita tinggalkan pada sekerat jalan.
5. 95% dari kejayaan dalam pencapaian adalah tahu apa yang kita mahukan. Sampai sekarang saya yakin latihan 101 matlamat adalah untuk kita tahu apa yang kita mahu.
6. Memahami asas ini sungguh penting. Tiada siapa pun dalam saat akhir sebelum kematian, akan berkata, "Saya berharap dapat menghabiskan banyak masa lagi di tempat kerja, atau dalam bidang politik memperjuangkan kuasa". Tidak ada siapa pun.
7. Apabila kita dapat memahami urutan keutamaan ini kita berpeganglah pada kata kata, "Manusia tidak peduli sejauh mana kita tahu sehingga mereka tahu kita ambil berat. Kepimpinan bermula dengan hati. Bukan dengan kepala"
8. Saya ulangi, "Leadership begins with the heart, not the head"
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 15.0
1. Puan Guru Ainon Mohd memulakan kelas dengan memandang tepat kepada saya.
Risiko bermentor kepada orang-kaya-kontraktor-kerajaan
"Kalau mahu belajar terbang, berguru kepada burung. Kalau mahu belajar berenang, berguru kepada ikan." Itu kata Bidalan Melayu.
Memilih guru bisnes sangat penting.
Tersalah memilih guru, kita yang menanggung beban hutangnya.
2. Itulah yang saya dan teman alami. Serik bersama orang politik. Mereka mahu pejabat besar. Mereka mahu bergaya sakan. Pengharapan pada kabel boleh menyukarkan kita pada masa depan.
3. Apabila kita mahu memulakan bisnes dalam pasaran 'open market', jangan berguru dengan kontraktor kerajaan yang sudah berjaya dan sudah menjadi kayaraya.
Kontraktor kerajaan akan memberi tip dan nasihat berdasarkan perkara-perkara yang mereka sendiri lakukan.
Perkara-perkara yang mereka lakukan adalah betul dalam kes bisnes kontrak mereka. Ia belum tentu betul bagi bisnes open-market.
4. Nasihat mereka betul sewaktu naungan politik mereka berkuasa. Apabila tiada tunggang langgang hidup mereka. Apabila tiada kabel tali temali yang mengikat, mereka bagaikan layang layang putus tali.
5. Pasaran open-market sangat berlainan dengan pasaran kerajaan. Game-nya sangat berbeza, macam lumba lari dengan lumba berenang. Yang menang di atas padang belum tentu menang di dalam air.
6. Puan Guru menutup topik ini dengan berkata, belajarlah strategi dan taktik survival bisnes open-market dengan berguru kepada mereka yang sudah berjaya dalam open-market.
7. Kami semua diam. Saya yang berpengalaman lagi lah diam. Duduk menghadam kata kata yang datang bagaikan ubat. Jadam pahit. Saya dan teman baharu lepas menyelesaikan hutang berjuta tinggalan kesan kejayaan dapat kontrak beratus juta.
8. Rakan sekelas yang muda muda tidak dapat menghayati tajamnya perkataan Puan Guru Ainon Mohd. Tembus pandang penekunan beliau sampai ke lubuk hati. Saya boleh mengerti sebab saya sudah merasainya.
9. Kemudian tanpa bertangguh, Puan Guru masuk ke topik berikutnya.
Beliau menulis atas papan putih perkataam:
"Falasi pelanggan akan datang dengan sendiri"
10. Berpaling menghadap kami beliau terus berkata,
Banyak pakar bidang percaya bahawa memiliki kepakaran adalah syarat utama membuka bisnes.
Sebagai contoh:
Pertama, Apabila doktor perubatan membuka klinik , maka pelanggan akan datang dengan sendirinya ke klinik nya. Jadi, yang penting, bukalah klinik, barulah pelanggan datang. Lalu klinik pun dibuka.
Kedua, Apabila pakar kecantikan membuka spa, maka pelanggan akan datang dengan sendiri ke spanya. Kalau tidak dibuka spa itu, manakan pelanggan datang, begitulah logik sang pakar.
11. Banyak klinik dibuka, dan selang beberapa lama kekal begitu sahaja.
Banyak salun rambut dan salun kecantikan dibuka, dan selang beberapa lama diam-diam tutup sendiri.
12. Pada saat ini saya teringat perbincangan saya dengan sahabat akrab Tuan DrShahrol Abdul Rahim tentang daya tahan klinik dan percakapan saya dengan cikpuanMaziana Yahya bagaimana menarik lebih ramai pelanggan ke SPA ALAMI beliau.
13. Puan Guru Ainon Mohd. menutup kata dengan rumusan berikut:
Adalah falasi bahawa apabila pakar membuka bisnes maka pelanggan akan datang dengan sendirinya. Falasi begini sangat popular dalam kalangan mereka yang memiliki pelbagai kepakaran.
"Ilmu kepakaran, lain. Ilmu bisnes, lain".
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 14.0
1. Pagi itu saya sungguh bersemangat. Puan Guru bercakap tentang semangat bisnes. Puan Guru membuka kata. "Kalau anjing menggigit orang, itu bukan bahan berita yang laku. Kalau orang menggigit anjing, pastilah itu berita yang laku"
Prinsipnya, kata Puan Guru, Sesuatu yang jarang berlaku mudah menjadi bahan berita. Berita orang Melayu berjaya dalam bisnesnya banyak keluar dalam media, kerana ia jarang berlaku.
Berita orang Melayu gagal dalam bisnes tidak menjadi berita, kerana ia banyak berlaku.
2. Saya mencatat segera, inilah bangsa kita. Mudah terpesona dengan perkara yang nyata. Apa yang ketara depan mata. Hakikat Nyata, banyak lagi yang perlu difahami dengan mata hati. Melihat melalui pancaindera keenam.
3. Puan Guru, tanpa bertangguh terus meneruskan kata kata, apabila kisah-kisah kejayaan banyak diuar-uarkan, manakala kisah kegagalan didiamkan, ia mencipta gambaran palsu tentang banyaknya jumlah kejayaan.
4. Puan Guru menambah pedas, 2M iaitu Media dan Motivator memberi gambaran palsu seolah-olah di mana-mana sahaja orang Melayu boleh berjaya. Seolah-olah sesiapa sahaja boleh berniaga dan berjaya.
5. Memang pedas sampai berpeluh, apabila Puan Guru terus meletupkan kata kata, seolah-olah modal utama kejayaan dalam bisnes adalah semangat.
Lalu banyaklah yang pergi membeli semangat. Semakin mahal harga semangat yang dibeli itu, semakin yakin si pembeli bahawa dia sudah memiliki modal yang betul bagi menjadi businessman yang berjaya.
6. Puan Guru memperlahankan tempo suara dengan berkata, semangat, sebagaimana halnya dengan segala perkara, mempunyai plus dan minusnya.
Semangat memang diperlukan. Kerja takkan jadi tanpa semangat.
7. Pada tahap ini Puan Guru Ainon Mohd seperti kebiasaan memberikan rumusannya,
"langkah membeli semangat-bisnes,
tanpa membeli ilmu-ilmu bisnes, adalah tinggi risiko kegagalannya"
"Apabila semangat-bisnes kita sudah dihembus-hembus, ditiup-tiup, ia boleh menjadi umpama api, semasa kecil kawan, apabila sudah semarak boleh menjadi lawan".
"Semangat yang berkobar-kobar mudah menjadikan kita tidak lagi dapat berfikir dengan rasional".
8. Beliau menutup kata sambil tersenyum.
"Membeli semangat, lain. Belajar ilmu-ilmu bisnes, lain".
9. Puan Guru seterusnya melanjutkan perkongsian dengan berkata, Tadi tentang Semangat yang memerangkap,
ini pula tentang Terperangkap oleh Kepandaian Teknikal
Ianya tentang fenomena orang bisnes terperangkap dalam bisnesnya yang dibuka berdasarkan kepandaian skill teknikalnya.
Ini adalah fenomena yang banyak berlaku.
10. Kata Puan Guru, contohnya, disebabkan dia pandai membuat kek dan biskut, dia pun membuka bakeri. Disebabkan dia pandai mendesain pakaian, dia pun membuka butik.
11. Sambung Puan Guru lagi, lazimnya, orang yang pandai membuat kerja-kerja teknikal ini akan melakukan semua kerjanya sendiri. Dialah towkay, dialah kuli. Dialah yang duduk di dalam dapur, dialah juga yang keluar menghantar serundingnya ke kedai-kedai.
12. Disebabkan dia pandai melakukan kerja itu, dia tidak percaya kepada orang lain. Dia khuatir jika kerja itu diserahkan kepada orang lain, nanti kualiti akan jatuh. Akibatnya, dia berkuli dalam syarikatnya sendiri.
13. Saya mencatat pada catatan hujung: "Macam biasa ku dengar saja ini. Hehehe. Ini tahap 3. Bisnes sendiri sendiri, Akhirnya jadi kuli dalam syarikata sendiri. Kumpulan profesional, Doktor, Lawyer ramai yang berada pada tahap ini".
14. Puan Guru Ainon Mohd menutup kelas dengan berkata,
Pandai membuat produk, lain.
Pandai berniaga, lain.
Orang yang memiliki bakat teknikal perlu belajar berniaga dengan cara-cara yang betul. Langkah pertama adalah belajar berniaga dengan mempunyai rakan-kongsi yang pandai berniaga.
Alangkah mahal nya BAKAT BISNES. Ia jarang jarang dalam kelompok bangsa kita. Saya menutup buku nota dan mencatat: SEKOLAH BAKAT BISNES.
NOTA KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN 2.0
1. Akronimnya adalah BERANI. B adalah Bermula. Pindahkan rasa takut. Tukar jadi berani. Bagimana? Membaca. Itu kuncinya. Cari ilmu. Gali segera.
2. Muhammad SAW didatangi malaikat Jibrail. Muhammad SAW sangat takut. Dia berseorangan di Gua Hirak pada malam itu. Jibrail berkata, Iqra', maksudnya Bacalah. Muhammad SAW menjawab, aku tidak tahu membaca.
3. Jibrail memeluk Muhammad SAW dengan erat dan kuat. Ia bertujuan meredakan ketakutan Muhammad SAW. Sampai tiga kali Jibrail menyuruh Muhammad SAW membaca. Muhammad kekal dengan jawapan , aku tidak tahu dan berurutan dengan itu Jibrail pun memeluk MUhammad SAW.
4. Ayat itu adalah, Surah al Alaq ayat 1 hingga 4:
" Bacalah ( Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkanmanusia apa yang tidak diketahuinya.
5. Jawapan kepada rasa takut adalah berani. Manusia selamanya terbelenggu dengan rasa takut dan rendah diri. Takut di tolak. Takut dicemuh. Takut pada khalayak ramai. Takut apa orang kata. Takut diketwakan. Takut rugi. Takut jatuh miskin dan bayak lagi perasaan takut.
6. Perkara terbaik yang boleh kita lakukan untuk kita sendiri adalah BERMULA. Terjun dilapangan. Seumpama berenang selagi tidak basah, tidak akan pandai seumur usia. Kita mungkin tertelan air. Kita mungkin rasa lemas sekali sekala. Namun itulah hakikat berenang. Bisnes juga begitu. Rugi bukan gagal.
7. Cara terbaik untuk kurangkan risiko rugi adalah dengan mempunyai ilmu. Tingkatkan Modal Diri. Kuasai Modal Ilmu. Perkuatkan Modal Kemahiran. Tambahkan Modal Sosial. Apabila kita ada 4 MODAL ini maka modal kelima, modal duit mula mengecil. Ia perlu, namun ia dapat dikurangkan risiko kerugiannya.
8. Rugi memang perit. Namun begitu, setelah kita lengkap 4 modal pertama, kita dapat menghadapinya dengan penuh keyakinan. Kejayaan bukan semata mata pada hasil. Kejayaan adalah pada usaha terbaik seupaya kita menyelesaikan perkara perlu dalam kehidupan.
9. Surah kedua yang diturunkan kepada Muhammad SAW adalah Surah al Mudassir ayat 1 -7. Pada waktu itu Muhammad SAW berada di tempat tidurnya dalam keadaan berselimut. Suara itu kedengaran:
Ayat 1. "Hai orang yang berselimut"
Berselimut bukan sekadar berselimut secara fizikal namun mengingatkan kita supaya tidak lagi terusan berselimut dengan fikiran terbelenggu dengan khayalan dan lamunan. Kita tidak boleh ada fixwd mind. Kita mesti ada growth mind.
10. Ayat 2. "Bangunlah lalu berikanlah peringatan"
Iktibari pengajarannya adalah kita mesti bangkit dari khayalan, bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk lebih berhasil. Kerja keras. Itu permulaan sebelum kerja cerdas dan sampai ke tahap kerja ikhlas.
11. Ayat 3. "dan Tuhanmu Agungkanlah."
Ini tauhid kepada Allah.Menjunjung tinggi segala kebesaran dan kekuasaanNya. Melaksanakan suruhanNya serta meninggalkan laranganNya.
12. Ayat 4. "dan pakaianmu bersihkanlah"
Penampilan rapi dan bersih. Juga yang utama adalah minda. Minda juga harus dianugerahi pakaian dengan ilmu yang bermanfaat. Jiwa kita juga perlu pakaian dengan sikap dan akhlak yang mulia.
13. Ayat 5. "dan perbuatan dosa tinggalkanlah"
Sebagi usahawan, kita perlu jelas ayat ini. Segala perbuatan yang menimbulkan dosa mesti kita tinggalkan. Semua perbuatan dosa tanpa ampunan Allah SWT pasti membawa kita ke lembah neraka.
14. Ayat 6. "dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak"
Bersedekah, memberi dan menolong orang lain itu baik. Ia adalah kemuncak dalam penghidupan. Seorang usahawan mesti memberi tanpa nanti dan berkongsi tanpa tapi. Itulah yang mendefinasikankehidupan seorang usahawan dari puak kaya dan berjaya.
15. Ayat 7. "dan untuk (memenuhi perintah Tuhanmu) bersabarlah"
Bersabar dan bertawakkal dengan segala ujian yang Allah berikan kepada kita. Berusaha mengatasi kesulitan itu.Doa adalah perisai bagi mukmin dalam menghadapi kepayahan hidup.
16. Panjang lebar saya memperihalkan ayat ayat diatas. Pada hemat saya inilah asas keusahawanan. Sekarang tanya diri pada tahap usahawan dimana kita.
Tahap 0: Menganggur.
Tahap 1: Intrapreneur.
Tahap 2: Bisnes Sendiri.
Tahap 3: Entrepreneur Tahap 1.
Tahap 4: Entrepreneur Tahap 2.
Tahap 5: Entrepreneur Tahap 3.
Tahap 6: Investor.
Selamat Pagi.
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 13.0
1. Ada ramai tanya saya, apakah mereka boleh dapat ilmu yang serupa apabila datang bertandang belajar ilmu di ABS. Samakah ilmu yang Puan Guru Ainon Mohd.perturunkan pada Dato' Roslan.
2. Saya tidak dapat menjawab. Lain orang lain penerimaannya. Lain orang lain cara catatannya. Lain orang lain kepintaran lihat peluang.
3. Puan Guru membuka pintu perbincangan, saya pula mengulas panjang. Berjela memperihalkan sesatu perkara. Olahan berbeza. Ilmu tetap dari sumber yang sama.
4. Allah berfirman:
"Aku ciptakan manusia dengan sebaik baik kejadian" Surah at Tin ayat 4.
Muhammad SAW itu sebaik baik insan. Manusia pilihan. Datang pula dari keturunan bangsawan Quraishy. Ayahnya, walaupun tidak pernah bertemu, namun Abdullah bin Abdul Mutalib adalah pedagang berjaya.
5. Potensi Muhammad SAW itu sungguh besar. Contoh terbaik dengan keperibadian mulia. Surah al Qalam ayat 4 : "Dan sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia"
6. Ada kalangan yang mengkritik pengajaran dan perkongsian Puan Guru. Bagi ustaz dan orang ini, tidak wajar membabitkan Muhammad SAW dengan bisnes.
7. Semasa duduk duduk dengan Puan Guru saya berkata, alangkah malangnya bangsa kita. Tatkala Sun Tzu dikatakan ada strategi hebat, semua kalut mencari buku Sun Tzu dan mengaplikasikannya. Begitu juga apabila membaca Blue Ocean Stategy, tulisan W.Chan Kim dan Reene Mauborgne. Namun, apabila kita menggali sirah, bangkitlah orang yang mendabik tahu, padahal hakikatnya mereka pun keliru.
8. Allah SWT memuliakan Muhammad SAW. Api sembahan Majusi yang ratusan tahun menyala di Istana Raja Parsi, padam tiba tiba saat kelahiran Muhammad SAW. Banyak kejadian yang meraikan cahaya kebenaran beliau. Tatkala kecil, dada beliau dibedah dan hatinya disucikan dari perkara tohor kotor dan hasutan iblis oleh Jibrail dengan menggunakan perlambangan air zam zam.
9. Muhammad dalam usia awal 10 tahun telah mula mengikuti Bapa Saudara Abu Talib berdagang sampai ke Jordan, Palestine dan Syria (dulu dikenali sebagai Syam). Usia 12 hingga 18 baginda berkuli sebagai aprentis usahawan dengan bapa saudaranya sehingga telah pergi ke 13 buah pasar dan pusat perdagangan.
10. Muhammad SAW memahami proses bisnes meliputi manusia, peralatan perlu, suasana di medan dan prosedur dan peraturan pihak berkuasa tempatan. Baginda juga kenal dan arif tentang pasaran. Beliau tahu tentang market seller dan market buyer.
11. Inilah yang ditekuni oleh Puan Guru. Inilah yang didalami oleh Puan Guru. Inilah konsep yang dikongsi oleh beliau dengan kalangan yang dekat dan suka mencatat.
Bersambung.
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD 12.0
1. Kata Puan Guru Ainon Mohd,
Diri kita adalah modal bisnes yang paling mahal.
Orang membeli diri kita dahulu, kemudian barulah mereka membeli produk dari kita. Saya mula buka buku nota dan mencatat. Ilmu harus ditambat. Tambat ilmu dengan mencatat.
2. Berkata lagi Puan Guru, "Jual Diri" kita di mana-mana sahaja ada peluang memperkenalkan diri kita kepada bakal rakan niaga (bukan rakan kongsi).
FB adalah pasaran terbuka yang baik bagi menjual diri kita. Perkenalkan muka kita.
3. Gunakan foto yang dapat cepat meyakinkan pasaran bahawa kita adalah orang bisnes yang kredibel. Sambil tersenyum Puan Guru menambah kata, tidak ada siapa yang mahu menjadikan kereta, kasut, kucing, tangan, bunga dan seumpamanya sebagai rakan niaga.
4. Sejak dari hari itu, saya tidak pernah sekalipun menukar profile picture dalam FB. Tidak terusik oleh suasana. Tidak terdefinasi oleh persekitaran. Jadilah saya seumpama ikan di laut masin. Kekal tawar dalam persekitaran garam masim likat. Saya ingat pesan Puan guru.
5. Saya bertanya lagi kepada Puan Guru, apakah lagi tip bisnes yang mahu Puan Guru titipkan sebagai pedoman.
6. Berkatalah Puan Guru dalam senyum kemesraan.
Bisnes yang baik adalah bisnes yang mempunyai tiga ciri utama:
1. Margin keuntungannya kecil tetapi berpanjangan, macam anak sungai yang terus mengalir sepanjang tahun, tahun demi tahun.
2. Bisnes itu dapat berkembang, macam anak sungai yang semakin jauh semakin banyak airnya, semakin besar lembangnya.
3. Ia dapat mencipta peluang-peluang bisnes baru, seperti sungai yang mempunyai banyak anak-anak sungai, boleh bergabung dengan sungai-sungai lain, semakin lama semakin besar tadahannya.
7. Pesan Puan Guru dalam nada perlahan, apabila memilih bisnes apa yang mahu diceburi, jangan pandang duit kecil pada hari ini. Memang, semasa mula-mula dibuka, pada hari ini kita rasa macam tidak berbaloi.
Sebaliknya, pandang masa depan bisnes yang kita ceburi. Apakah bisnes kita itu mempunyai ketiga-tiga ciri di atas itu?
8. Puan Guru menggunakan contoh dari bisnes beliau sendiri dalam sektor penerbitan buku Melayu.
Kata Puan Guru, perlahan teratur dan satu satu, seakan mengingat tapak dimana beliau bermula, dalam bisnes penerbitan buku, margin keuntungannya sangat nipis. Hanya 3% sahaja.
"Kalau buku itu dijual RM10, saya dapat 30 sen sahaja."
9. Sambung Puan Guru ,
"Margin 3% itu macam sangat tidak berbaloi. Manakan tidak, saya yang keluar modal, saya dapat 30 sen, manakala penulis mendapat royalti RM1. Penulis cuma menulis, tetapi dia dapat royalti 10%, yakni RM1.
Memang macam tidak berbaloi."
10. Puan Guru meneruskan cerita beliau, selama 3 tahun pertama kita asyik rugi disebabkan kita menanggung kos membuka hutan, menanam bibit kelapa sawit. Terasa berat, setiap hari duit keluar, badan penat, hasilnya masih tidak nampak.
11. Cerita Puan Guru Ainon Mohd.
"Selama 3 tahun saya keluar modal RM500k, tetapi gaji RM1 pun saya tidak dapat! Makan minum saya ditanggung oleh suami yang makan gaji."
"Namun penerbitan buku mempunyai ketiga-tiga ciri yang saya terangkan di atas. Mulai tahun ke-4, barulah saya mampu membayar gaji saya sendiri. Selepas 4 tahun, baru kita mula menuai. Sekarang PTS membolehkan saya menikmati pendapatan pasif"
12. Ada jenis-jenis bisnes yang semasa kita mula-mula masuk, untungnya besar, tetapi semakin lama semakin kecil.
Dalam senyuman penuh makna, Puan Guru mengakhiri kata,
"Sebagai contoh, bisnes menjadi penyanyi kelab malam. Semasa kita masih muda, masih cantik, masih hensom, kita boleh dapat bayaran mahal. Tetapi semakin lama, semakin bayaran kita jatuh"
13. Puan Guru Ainon Mohd. mengeluarkan duit rm50 dan membayar harga makanan di kedai mamak NZ.
Fuhhhh. Ilmu bermanfaat yang sempat saya catat sebagai pedoman untuk bacaan berulang di Laman Puteri, Kg Baung, Pengkalan Chepa.
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 11.0
1. Sebaik sahaja tamat program program keusahawanan, ramai orang bertanya "Mahu berniaga apa?". Mereka tidak tahu bagaimana mahu bermula. Pada waktu inilah mereka perlu berimbang antara semangat yang membara dengan realiti bisnes di dunia nyata.
2. Banyak orang yang baru mula hendak berniaga mengalami kesukaran berfikir hendak menjual barang yang macam apa. Mereka tidak tahu apa yang hendak mereka jual.
3. Puan Guru Ainon Mohd, memperihal nyata kepada saya betapa Nabi kita sudah menunjukkan strategi mudah apabila hendak memilih barang jualan.
Dalam kelas kami Puan Guru menyenaraikan semakan ciri-ciri barang yang paling bagus diperniagakan:
Kata Puan Guru:
Pertama, Pilih barang-barang keperluan harian.
Kedua, Jangan kita buat sendiri barang-barang itu.
4. Seterusnya Puan Guru tegaskan, ketiga, barang itu dikeluarkan oleh peniaga-peniaga lain. Pilih yang kualitinya paling baik.
Keempat, pilih barang-barang yang laku keras di bandar-bandar ataupun negeri-negeri lain. Yakni, pilih barang yang berpotensi dieksport, yang boleh dijual di tempat lain, tidak semestinya luar negara.
Kelima, pilih barang-barang yang pembelinya sudah menunggu-nunggu.
5. Puan Guru melanjutkan bicara berfaktanya, keenam, pilih barang-barang yang dapat diniagakan secara barter.
Ketujuh, pilih barang-barang yang dapat dihantar dengan selamat, tidak mudah rosak dalam perjalanan.
Kelapan, pilih barang yang dapat dijual kepada trader lain.
Kesembilan, jual pada harga patut.
6. Puan Guru Ainon Mohd menegaskan penekunan beliau,
"Banyak peniaga amatur memilih barang yang sukar dijual"
Sampai disini kelas sunyi dan sepi. Masing masing menghayati bait bait kata Puan Guru. Dua perkataan ini benar benar menghambat, "peniaga amatur" dan "barang yang sukar dijual". Pada masa ini saya berpaling ke belakang. Mencari bayangan Tuan Ikram Al Ikram Al-Banjari, anak muda yang telah lama tidak kelihatan dalam kelas. Beliau selalu berkata pada saya, jual barangan biasa yang orang suka. Alangkah profesionalnya Tuan Ikram.
7. Ini membawa kami kepada perbincangan berikutnya.
Tentang Label, brand dan duit.
Seorang ahli dalam kelas mengangkat tangan dan memberitahu dia menjalankan bisnes mendesain dan mengeluarkan sendiri pakaiannya dengan labelnya sendiri.
Beliau bertanya apakah yang beliau perlu lakukan bagi menaikkan label keluarannya menjadi brand.
8. Puan Guru menjawab pertanyaan itu dengan bertanya, "Puan mahu apa? Mahu label? Mahu brand? Ataupun mahu duit?"
Ahli kelas itu menjawab dengan suara perlahan, antara dengar dan tidak.
Kata beliau, "Mahu duit."
9. Puan Guru meletupkan jawapannya, "Puan baru berhenti kerja.
Dalam tempoh 3 tahun ini, yang paling penting adalah survival bisnes puan. Lupakan label. Lupakan brand. Fikir duit dahulu."
Sampai disitu, saya termenung. Pada nota saya tuliskan
FIKIRKAN DUIT DAHULU.
NOTA KEUSAHAWAN DATO' ROSLAN
![]() |
| It's Your Choice |
1. Sepanjang 25 tahun dalam dunia usahawan belantara berpuaka ataupun lautan luas sentiasa bergelora ini membawa saya kepada tiga perkara. Ianya rangka untuk berlumba lumba sebagai usahawan.
2. Pertama, kebolehupayaan untuk berkomunikasi. Ini sungguh penting. Berapa kerap kita berhubung dengan pelanggan. Bagaimana kita ambil berat terhadap mereka. Bgaimana pula kita berkomunikasi dalam diri. Ia menentukan emosi kita hari hari.
3. Kedua, bisnes perkara unik. Produk kita mungkin biasa di pasaran, namun aset kita adalah "keboleh upayaan memberikan sesuatu yang unik" kepada pelanggan. Saya rasa sungguh terpanggil untuk mendengar cerita keunikan ini dari Dato'Hussamuddin Yaacub, Karangkraf. Dato' Feros Mohamad Jakel, Jakel. Dato' Amir Mohamed Mydin, Mydin. Tuan Ali Hassan, Al Ikhsan.
4. Ketiga, bagaimana kita kekal mengamalkan pengurusan korporat. Syarikat boleh berfungsi tanpa kita. Tuan Faisal Abdullah bercerita bagaimana dia menguruskan syarikat secara on line semasa 3 bulan kembara di Eropah. Ramai dari kita mengamalkan pengurusan Tokei @ Towkay.
5. Kita ini manusia. Kita tidak boleh buat semua perkara. Bisnes adalah kerja berpasukan. Bisnes perlu dijalankan secara berjemaah. Skill bekerjasama adalah skill yang paling utama dalam bisnes.
6. Pilih partner yang berbeza personaliti dengan kita. Kita wajar tahu dan boleh bezakan antara personaliti dengan kemahiran. Apabila kita gigih menyerang di depan, siapakah yang tegap berdiri, nekad bertahan di barisan pertahanan.
7. Kita mesti manfaatkan masa melakukan perkara yang terbaik dalam bidang kepakaran kita. Ambil contoh Richworks, tatkala DrAzizan Osman petah berkata diatas pentas, Tuan Jerry Zafrul Rizal Mat begitu teliti menyusun atur pasukan di belakang tabir. Tun Jerry adalah seorang yang sungguh teliti membaca setiap cetakan halus pada kertas. Beliau adalah tulang belikat yang mengikat dan DAO nyaman rasa mencurahkan ilmu diatas pentas.
8. Dan sekarang ini, apabila Tuan Jerry mahu beraksi didepan bersama Haji Mohd Asri, Tuan Ir Sofian dan Dr Nazri Khan, Hajah Yasmin Mohd Ramzi pula mengambil alih menjadi last man supremo diatas padang menjalin renda indah pada setiap abjad kejayaan mereka.
8. Berbalik kepada cerita kita, semua orang yang berkeinginan mahu jadi usahawan pasti disuap dengan perkataan begini:
Motivasi Keusahawanan.
Bagaimana Mendorong Diri.
Semangat Membara mahu Berjaya.
Inisiatif Berdiri atas Kaki Sendiri.
9. Hakikat Nyata, kejayaan kita adalah bergantung pada bagaimana kita mendefinasikan perkataan "kejayaan" itu sendiri. Ada beza besar antara pesona kejayaan dengan pesona kemewahan. Ramai dari kita, termasuk saya juga menyangka pesona kemewahan itulah KEJAYAAN.
10. Bermula dengan BERANI.
B adalah BERMULA.
E adalah EMOSI.
R adalah RISIKO.
A adalah AMBIL BERAT.
N adalah NEKAD
I adalah IMPIAN.
Impian kita tidak lain dari mendapatkan redha Allah. Bisnes adalah cara kita mengalirkan sungai pahala. Kita selamanya tidak layak mendapatkan syurga melainkan dengan ampunan dosa dari yang Maha Esa dan diatas rahmatNya jualah. Kepada Allah kita berserah dan memohon perlindungan.
NOTA KEUSAHAWAN
1. Dalam bisnes tidak cukup dengan hanya "mencintai". Kita mesti menjadikan bisnes kita unik. Antara yang terbaik di pasaran. Berada berbatu batu di depan. Kepandaian kita memasak dalam periuk kecil dan dipuji ramai orang tidak menjadikan kita hebat sebagai towkay restoran. Bakat membuat dan bakat bisnes adalah dua perkara berbeza.
2. Keluar bangunan. Cari pasaran. Idea bisnes tidak kita dapati dalam bangunan di depan "meja mahal dari kayu hutan Amazon" dalam pejabat. Idea bisnes selalunya didapati dalam terik panas matahari, tatkala peluh memercik ke pipi.
3. Orang bisnes mesti terang pandangan. Pintar peluang. Tahu keperluan pelanggan. Apa yang perlu pasang telinga dan tekun mendengar. Rungutan bukan bermakna serangan. Rungutan adalah tanda mahu menyumbang.
4. Kembara lihat dunia orang. Katak pun keluar dari tempurung dan bercita cita mahu melihat dunia dalam pandangan mata burung. Usah terperap di kampong. Idea terbaik selalunya datang dari negeri orang.
5. Mulakan dalam bidang kepakaran yang ada. Apa yang penting BERMULA. Kembangkan dalam ruang lingkup kecil dahulu. Jadi pakar bidang. Pelanggan selamanya menghargai pengkhususan. Sentiasa ada nilai tambah kepada perkhidmatan. Sesuatu yang kecil pada hemat kita besar impaknya pada orang lain.
6. Apakah kelebihan yang kita tawarkan. Kita bermula dengan membuka channel. Sesiapa yang menguasai channel dia menguasai ibu duit. Minda kita mesti meletakkan pelanggan di minda. Semua ciri ciri pada produk tiada makna selagi pelanggan tidak memberitahu apa kelebihan yang mereka dapati.
7. Testimonial dan endorsan dari pelanggan yang telah menggunakan produk sungguh mempengaruhi orang lain untuk ikut serta. Ia jalan terbentang membawa prospek menjadi pembeli.
8. Bermula dengan apa ditangan. Bermula dengan melakar peta ditangan. Bermula dengan langkah kanan. Bermula dengan meletupkan pemasaran. Kemudian baharu perolehi jualan dalam nilai jutaan.
9. Apakah bunyi letupan pemasaran itu? Ia tidak sama sekali membingitkan telinga. Ia bukan satu dalam ribuan mesej pemasaran yang datang menerpa setiap hari.
10. Ia adalah sesuatu yang unik. Ia hanya berlaku apabila kita melakukan sesuatu yang dekat di hati. Ia datang cepat apabila kita sentiasa ingat dan kita tidak mengambil jalan selamat. Berlumba lumba untuk berjaya.
Bersambung.
Sunday, 2 March 2014
Groom Big: Dua ciri mudah membangunkan syarikat
Usaha paling tidak, bantu orang makan untung supaya kita boleh belajar dan esok lusa, kita pula cuba cari untung.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tadi Tan Sri Annuar Musa menyebut jelas tentang Groom Big.
Saya teringat nota Puan Guru tentang
Ciri-Ciri Bisnes yang Dapat Berkembang Besar
JENIS BISNES yang kita jalankan menentukan sama ada kita boleh menjadi pemilik bisnes yang berpotensi berkembang besar,
ataupun bisnes yang serupa sahaja.
Tidak semua bisnes dapat dikembangkan.
Bisnes yang modal utamanya melekat pada diri kita sukar dikembangkan.
Contoh:
+ Bisnes yang berdasarkan bakat semulajadi si pemilik bisnes adalah contoh bisnes yang sukar dikembangkan.
Kalau pemiliknya tidak ada, bisnesnya terpaksa ditutup.
+ Bisnes yang berdasarkan hubungan baik peribadi antara pemilik dengan orang-orang politik dan pegawai-pegawai kerajaan. Bisnes kontrak kerajaan adalah contoh bisnes yang hanya dapat berkembang selagi pemiliknya masih sihat.
Bisnes yang mudah dikembangkan mempunyai DUA CIRI:
1. Ciri SCALABLE = Dapat diturunkan
Bisnes kita tidak scalable apabila skill bisnes itu melekat pada diri kita. Bakat semulajadi melekat pada pemiliknya. Bakat individu adalah unik. Ia adalah modal bisnes yang tidak dapat diturunkan kepada staff.
Bisnes yang scalable adalah yang bisnes yang kerja-kerjanya dapat dipindahkan kepada staff, kepada mesin, robot, ataupun sistem komputer.
Bagi tiap-tiap jenis kerja, SOP-SOPnya dapat dicipta. Menggunakan SOP-SOP itu kita dapat melatih staff melakukan kerja-kerja tersebut.
2. Ciri REPEATABLE= Dapat diulang-ulang
Ini bermakna, kejayaan bisnes kita itu dapat diulang-ulang.
Di mana-mana pun, bila-bila pun, kita dapat membuka banyak cawangan baru. Tiap-tiap cawangan dapat menghasilkan produk ataupun servis yang sama baik kualitinya.
Dalam ucapan aluan tadi saya menyebut tentang
Bisnes Abu Talib mempunyai ciri scalable dan repeatable.
Abu Talib adalah seorang trader B-to-B eksport-import.
Trading adalah aktiviti yang scalable dan repeatable.
Trading adalah bisnes yang ideal.
Ia mempunyai ciri-ciri yang diperlukan bagi perkembangan tanpa had.
Abu Talib telah menurunkan skill bisnesnya kepada Muhammad Muda. Beliau melatih Muhammad Muda ilmu dan skill trading B-to-B dalam tempoh 6 tahun. Terbukti Muhammad Muda yang "berkuli" dalam usia 13 hingga 18 tahun berjaya menjadi trader seperti Abu Talib.
Kejayaan Abu Talib dalam bisnes trading juga dapat diulang-ulang. Muhammad Muda berjaya membina bisnesnya betul-betul macam acuan bisnes Abu Talib.
Bagi sesetengah orang bisnes, meskipun mereka menjalankan jenis bisnes yang scalable dan repeatble, tetapi mereka tidak dapat mengembangkan bisnes mereka pada kadar yang sepatutnya.
Umpamanya, dalam tempoh 3 tahun, sepatutnya jualan bisnes mereka sudah melebihi RM300k sebulan. Namun mereka masih tidak dapat mencapai target itu.
Faktor utama yang menghalang syarikat mereka berkembang pesat adalah GAYA KEPIMPINAN si businessman.
Mereka mengurus bisnes dengan gaya-towkay. Semua SOP disimpan di dalam peti memorinya. Akibatnya, tidak berlaku penurunan kuasa dan penyerahan tugas yang efektif.
Semua perkara terpaksa dirujukkan kepadanya. Dia menjadi bottle-neck kepada kelancaran perjalanan bisnesnya sendiri.
INI lah yang disambut oleh Tan Sri Annuar Musa dalam ucap utamanya.
"BERHENTI BERFIKIR UNTUK MAKAN GAJI. Orang Cina tidak berfikir untuk makan gaji. Orang Cina berbisnes. Berhentilah dari memanggil orang lain taukeh. Masanya telah tiba untuk kita berUSAHA bagi dapat WANG. Itulah USAHAWAN".
"Bisnes bermaksud: Kemahiran mengeluarkan duit dari poket orang lain masuk ke poket kita iaitu syarikat kita".
via Dato' Roslan Ab Hamid
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tadi Tan Sri Annuar Musa menyebut jelas tentang Groom Big.
Saya teringat nota Puan Guru tentang
Ciri-Ciri Bisnes yang Dapat Berkembang Besar
JENIS BISNES yang kita jalankan menentukan sama ada kita boleh menjadi pemilik bisnes yang berpotensi berkembang besar,
ataupun bisnes yang serupa sahaja.
Tidak semua bisnes dapat dikembangkan.
Bisnes yang modal utamanya melekat pada diri kita sukar dikembangkan.
Contoh:
+ Bisnes yang berdasarkan bakat semulajadi si pemilik bisnes adalah contoh bisnes yang sukar dikembangkan.
Kalau pemiliknya tidak ada, bisnesnya terpaksa ditutup.
+ Bisnes yang berdasarkan hubungan baik peribadi antara pemilik dengan orang-orang politik dan pegawai-pegawai kerajaan. Bisnes kontrak kerajaan adalah contoh bisnes yang hanya dapat berkembang selagi pemiliknya masih sihat.
Bisnes yang mudah dikembangkan mempunyai DUA CIRI:
1. Ciri SCALABLE = Dapat diturunkan
Bisnes kita tidak scalable apabila skill bisnes itu melekat pada diri kita. Bakat semulajadi melekat pada pemiliknya. Bakat individu adalah unik. Ia adalah modal bisnes yang tidak dapat diturunkan kepada staff.
Bisnes yang scalable adalah yang bisnes yang kerja-kerjanya dapat dipindahkan kepada staff, kepada mesin, robot, ataupun sistem komputer.
Bagi tiap-tiap jenis kerja, SOP-SOPnya dapat dicipta. Menggunakan SOP-SOP itu kita dapat melatih staff melakukan kerja-kerja tersebut.
2. Ciri REPEATABLE= Dapat diulang-ulang
Ini bermakna, kejayaan bisnes kita itu dapat diulang-ulang.
Di mana-mana pun, bila-bila pun, kita dapat membuka banyak cawangan baru. Tiap-tiap cawangan dapat menghasilkan produk ataupun servis yang sama baik kualitinya.
Dalam ucapan aluan tadi saya menyebut tentang
Bisnes Abu Talib mempunyai ciri scalable dan repeatable.
Abu Talib adalah seorang trader B-to-B eksport-import.
Trading adalah aktiviti yang scalable dan repeatable.
Trading adalah bisnes yang ideal.
Ia mempunyai ciri-ciri yang diperlukan bagi perkembangan tanpa had.
Abu Talib telah menurunkan skill bisnesnya kepada Muhammad Muda. Beliau melatih Muhammad Muda ilmu dan skill trading B-to-B dalam tempoh 6 tahun. Terbukti Muhammad Muda yang "berkuli" dalam usia 13 hingga 18 tahun berjaya menjadi trader seperti Abu Talib.
Kejayaan Abu Talib dalam bisnes trading juga dapat diulang-ulang. Muhammad Muda berjaya membina bisnesnya betul-betul macam acuan bisnes Abu Talib.
Bagi sesetengah orang bisnes, meskipun mereka menjalankan jenis bisnes yang scalable dan repeatble, tetapi mereka tidak dapat mengembangkan bisnes mereka pada kadar yang sepatutnya.
Umpamanya, dalam tempoh 3 tahun, sepatutnya jualan bisnes mereka sudah melebihi RM300k sebulan. Namun mereka masih tidak dapat mencapai target itu.
Faktor utama yang menghalang syarikat mereka berkembang pesat adalah GAYA KEPIMPINAN si businessman.
Mereka mengurus bisnes dengan gaya-towkay. Semua SOP disimpan di dalam peti memorinya. Akibatnya, tidak berlaku penurunan kuasa dan penyerahan tugas yang efektif.
Semua perkara terpaksa dirujukkan kepadanya. Dia menjadi bottle-neck kepada kelancaran perjalanan bisnesnya sendiri.
INI lah yang disambut oleh Tan Sri Annuar Musa dalam ucap utamanya.
"BERHENTI BERFIKIR UNTUK MAKAN GAJI. Orang Cina tidak berfikir untuk makan gaji. Orang Cina berbisnes. Berhentilah dari memanggil orang lain taukeh. Masanya telah tiba untuk kita berUSAHA bagi dapat WANG. Itulah USAHAWAN".
"Bisnes bermaksud: Kemahiran mengeluarkan duit dari poket orang lain masuk ke poket kita iaitu syarikat kita".
via Dato' Roslan Ab Hamid
Subscribe to:
Posts (Atom)
