Tuesday, 4 November 2014

Baca,Fikir dan Faham (BFF): HENDAKLAH AKAL MENGUKUR MAKLUMAT


oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Cabaran paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai gelaran ‘agamawan’ atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam ini. Lalu, atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir’ atau ‘memang tak mahu fikir’ mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama, samada hasil percakapan orang atau bahan bacaan yang mereka temui. Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama. Jika hal itu berterusan, maka kekeliruan terhadap agama akan berkembang lantas agama akan dipersenda dan didustai.
Menilai

Sesuatu riwayat atau kisah atau matan yang hendak dianggap benar untuk dikaitkan dengan Islam dinilai secara kritis sejauh manakah kesahihan maklumat tersebut. Ini mesti dilihat kepada sumber maklumat; samada ia berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah atau tidak? Sementara jika riwayat itu bersumberkan hadis atau athar ; hendaklah dipastikan ia riwayat yang diterima di sisi ilmu periwayatan. Setelah proses ini dilepasi, dinilai pula sejauh manakah kemunasabahan sesuatu teks atau riwayat itu. Adakah ia bertentangan dengan al-Quran, atau realiti yang nyata, atau fakta sejarah yang tidak mungkin dipertikaikan, atau akal yang disepakati? Jika ini berlaku dan tiada jalan keluar untuk menserasikannya, maka riwayat itu ditolak. 
Contohnya cerita bahawa Bahtera Nabi Nuh a.s. tawaf ka’bah dan bersolat di makam Ibrahim dua raka`at. Ini semua adalah dusta. Tidak masuk akal. Nabi Nuh a.s. wujud sebelum Ibrahim a.s. Sementara Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Makam Ibrahim mengambil sempena nama Nabi Ibrahim a.s. Di mana Kaabah dan makamnya ketika itu untuk bahtera Nuh bertawaf? Dengan itu para ulama hadis hadis menolak cerita ini. Termasuk yang tampail menempelak riwayat tersebut al-Imam al-Syafi’i r.h (al-Jurjani, al-Kamil fi Du’afa al-Rijal, 4/270, Beirut: Dar al-Fikr). Malang sekali, masih ada penceramah agama yang mendendangkan kisah karut ini.

Pembunuhan Husain
Beberapa email saya terima mengadu mengenai sebuah tulisan dalam akhbar ini yang menyatakan tentang sunat membuat bubur pada sepuluh Muharram kerana mengenangkan peristiwa pembunuhan Saidina Husain bin ‘Ali r.huma. Ada yang bimbang masuknya unsur syiah ke dalam masyarakat yang tidak diajar menilai sesuatu dengan kritis. Saya kata; kita tidak bimbang asal-usul sesuatu unsur pemikiran atau kefahaman dari mana datangnya. Selagi ia benar atau bertepatan dengan fakta, datanglah dari mana sahaja, sekalipun dari Yahudi. Kebenaran tidak memilih bulu. Apa yang dibimbangi adalah unsur tersebut terpinggir jauh dari kebenaran. Soal kelebihan amalan atau fadilat adalah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Dalam riwayat sahih yang manakah yang menyebut kelebihan membuat bubur hitam atau merah atau apa warna sahaja pada Hari ‘Asyura? Apa yang pasti ia tidak pernah ada riwayat sahih yang menyuruh hal itu. Apatahlagi peristiwa pembunuhan Husain bin ‘Ali berlaku pada tahun 61H, di zaman pemerintahan Yazid bin Mu’awiyah. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/258, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Terlajak membicarakan tentang pembunuhan cucunda Nabi s.a.w ini, al-Husain bin ‘Ali yang amat kita cintai, ingin saya jelaskan bahawa ahli-ahli sejarah ramai yang berpendapat bukan Yazid yang membunuhnya seperti yang didakwa.
Saya ingin memetik apa yang diulas oleh sejarahwan besar, al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H): “Orangramai mempunyai berbagai pendapat tentang Yazid bin Mu’awiyah. Ada yang mencintai dan mengangkatnya iaitu segolongan penduduk Syam yang beraliran Nasibiyyah. Adapun golongan Syiah Rafidah, mereka mengejinya dan mengada-adakan berbagai pembohongan yang Yazid tidak lakukan. Ramai mereka menuduhnya zindiq (kafir yang berpura muslim). Dia tidak sampai begitu. Sementara pihak yang lain, tidak menyukainya dan tidak pula mencercanya. Ini kerana mereka tahu dia bukan zindik seperti yang dituduh oleh golongan Syiah Rafidah, namun pada zaman pemerintahannya berlaku berbagai peristiwa yang jelek dan perkara-perkara yang dibantah, hodoh dan keji. Paling teruk adalah pembunuhan Husain bin ‘Ali di Karbala. Namun dia tidak tahu (mengarahkannya) dan barangkali dia tidak meredhainya” (al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/256).
Kata tokoh pengkaji hadis al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak sahih di sisi kami bahawa Yazid memerintahkan agar dibunuh al-Husain r.a. Riwayat mereka yang dipercayai bahawa perintah agar dibunuh al-Husain dari orang yang mengepalai dalam pembunuhannya iaitu `Ubaid Allah bin Ziyad, gabenor Iraq ketika itu” (Ibn Tulun, Qaid al-Syarid min Akhbar Yazid m.s. 57, Kaherah: Dar al-Sahwah, Kaherah).
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) mempunyai ulasan yang menarik, katanya: “Apabila kaum keluarga Husain datang kepada Yazid, dia memuliakan mereka dan mengiringi mereka ke Madinah. Diriwayatkan dia melaknat Ibn Ziyad atas pembunuhan al-Husain. Katanya: “Aku meredhai ketaatan penduduk Iraq tanpa membunuh al-Husain”. Namun begitu beliau tidak menampakkan bantahannya, membela kematiannya dan mengambil tindakan membunuh balas sedangkan itu adalah kewajipannya. Maka dengan itu, pendokong kebenaran mengutuknya disebabkan dia meninggalkan kewajipan di samping perkara-perkara lain. Adapun musuh-musuhnya mereka menokok tambah pendustaan ke atasnya berbagai-bagai lagi” (Ibn, Taimiyyah, Majmu’ al-Fatwa, 2/253, Riyadh: Maktab al-‘Abikan).
Unsur Syiah

Unsur syiah bukan baru dalam masyarakat kita, walaupun ia belum lagi keterlaluan. Ini dapat dilihat bagaimana orang melayu menamakan akar-akar kayu dengan nama ‘Ali dan Fatimah; seperti tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Tidak dinamakan tongkat Abu Bakr atau ‘Umar, tidak juga Kacip ‘Aishah, atau Habsah. Dalam jampi juga ada menyebut: “fu kiri, fu kanan, berkat doa baginda ‘Ali”. Jika sekadar nama ‘Ali atau Fatimah tiada salahnya. Mereka ialah kaum keluarga Nabi s.a.w yang amat kita kasihi. Sebaliknya, yang ditakuti apabila perkara yang tidak agama dianggap agama dalam Islam. Itu yang menakutkan. Sehingga di Pakistan, Iraq, Iran dan kawasan-kawasan yang kuat pegangan Syiahnya, pada hari ‘Asyura mereka mencederakan diri masing-masing dengan alatan tajam kerana mengenangkan Saidina Husain dan kekejaman Yazid. Ribuan bahkan ratus ribu kaum Syiah berkumpul pada sepuluh Muharram saban tahun melukai tubuh dengan darah dan membasahi pipi dengan airmata mendendami Yazid dan mengenang al-Husain bin ‘Ali. Lalu peristiwa hitam semalam, terus menjadi dendam hingga ke hari ini. Siapakah sasarannya? Apapun jawapannya, ia adalah antara sebab terpisahnya sunni dan syi’ah. Satu ajaran yang hidup dalam nostagia luka yang sebahagiannya mungkin benar, sebahagiannya mungkin palsu.

Apapun, saya tidak dapat bayang jika seseorang yang ingin menganut Islam hadir menyaksikan upacara yang dikaitkan dengan Islam yang dipenuhi manusia yang mencedera dan melukai diri sendiri, apakah dia akan terus menganggap agama yang membangunkan akal dan jiwa, mudah dan lurus mencapai Tuhan? Atau mungkin dia tidak dapat membezakan antara ajaran Kristian yang mendakwa darah Jesus terpaksa ditumpah untuk menebus dosa manusia, atau mungkin dia akan keliru dengan agama sesat yang menyuruh penganutnya berjalan atas api dan melukai diri untuk menunaikan nazar atau menebus dosa? Saya tidak pasti. Apa yang pasti itu bukan sifat Islam seperti yang terkandung indah dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Dipetik dari Pages FB Dr. MAZA. Terima Kasih Dr.

Friday, 6 June 2014

Baca, Fikir dan Faham (BFF): 15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Perkongsian Menarik dari PONDOK HABIB

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.




8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber : Darulharis

Wednesday, 7 May 2014

Baca, Fikir dan Faham (BFF): SARANAN PENYATUAN - RUMUSAN PERJUMPAAN BERSAMA YAB PM.



Saiful Nang (SN), Co-Founder kami dijemput untuk berdialog bersama YAB Perdana Menteri secara tertutup dua malam lepas. Beliau yang hadir membawa suara WARGA PRIHATIN hanya salah seorang dari 5 yang diundang malam itu. 

SN diundang atas tiket sebagai Social Media Influencer yang tidak partisan. Sepertimana peserta yang lain, rencana tulisan SN maupun tulisan WARGA PRIHATIN adalah terbuka, tidak hanya memihak kepada mana-mana parti. Jelas di situ bahawa YAB PM memang sangat terbuka. Kali ini ingin kami kongsikan sebahagian dapatan beliau yang telah dirumus secara bersama.

SUASANA DIALOG

SN ada komen dalam perkongsian YAB PM di laman FB beliau bahawa SN ada terlalu banyak untuk dicakapkan tetapi akhirnya hanya sedikit yang keluar. Ini kerana perbincangan itu tercemar dengan orang yang mendominasikan perbualan untuk melobi projek kepada YAB PM. Itu telah membuatkan beliau agak 'reserved'.

Warga Prihatin bukanlah orang yang suka mencelah perbualan. Apabila penyampaian tentang perpaduan nasional oleh SN dipotong dengan aktiviti melobi pada fasa pertama, SN rasakan biarlah beliau mulakan perbincangan itu dengan cara lain, iaitu memerhatikan bahasa badan PM sendiri. 

SN diletakkan bersebelahan PM. Kata pegawainya “You are on top of the LIST”. Mungkin juga SN salah dengar bahawa yang mahu dikatakan ialah “On top of the LEAST” . Layanan pegawai-pegawai PM sangat mesra, sebelum juga selepas perjumpaan. Cuma perbincangan penting itu sedikit terganggu dengan keriuhan lagu HAPPY BIRTHDAY oleh kumpulan lain yang berulang-ulang. 

RUMUSAN

Terlampau banyak yang diperhati dan dikongsikan malam itu. Kami ingin ringkaskannya seperti berikut. 

1. Orang suka apabila pemimpin teratas turun sendiri ke dasar : Kita semua rasa kita wajar mendapat hak bertemu dan bersemuka dengan PM. Ini sama seperti orang yang membasuh pinggan di rumahnya dengan menggunakan otak, bukan dengan tangan. Jika kerajaan seperti sebatang tubuh, maka PM ialah otaknya. Secara populis, kita sukakan otak untuk turun menyelamat mangsa banjir untuk dikatakan Prihatin. Sebenarnya keprihatinan seorang pemimpin itu ditunjukkan dengan instrumen bantuan yang digembling oleh seorang pemimpin. 

2. PM cuba mendengar dari peringkat marhaen dan orang kebanyakan : Apabila PM perlu turun seperti malam itu untuk menggali informasi dari mereka berlima, besar kemungkinan instumen yang memberi input kepada beliau selama ini mungkin sudah gagal atau kurang berfungsi. 

3. Antara punca tidak berfungsinya saluran informasi : Antaranya disebabkan sebahagian informasi dari rakyat mungkin tidak digemari oleh mereka yang terlibat dalam saluran informasi itu, lalu ia mungkin disekat. Mereka akan ambil yang tidak mencederakan mereka atau yang mereka rasa mampu menyinggung hati PM. Banyak sekali keluhan umum tentang ini. 

Kesimpulannya ialah, PM tidak disajikan dengan kebenaran sebenar, sebaliknya hanya bergantung kepada semua informasi yang baik-baik sahaja. Hakikat sebenarnya bukan kerana keadaan sudah baik tetapi kerana keburukan telah disembunyikan di bawah permaidani. Jika PM nak datang ke sebuah kampung sahaja, tiba-tiba kampung itu jadi cantik. PM pun tak dapat gambaran sebenar kerana apa yang beliau lihat atau dengar hanya yang elok-elok sahaja. 

4. PM terlalu mencuba untuk mendekati orang muda : Orang muda sukakan seorang PM yang “cool” katanya. Mungkin atas dasar itu juga, PM cuba menjadi seperti orang muda, antaranya “selfie”, ikut menyanyi dan menari. Namun, ia kelihatan janggal dan kekok sekali bagi seorang anak bekas perdana menteri yang telah terbiasa dengan protokol kepimpinan semenjak kecilnya lagi melakukan semua itu. 

Anda mungkin suka pemimpin yang cool, tetapi kami mahukan pemimpin seperti seorang pemimpin. Kita mungkin akan cabut lari jika tiba-tiba ayah kita berpakaian seperti artis K-Pop Korea. Ini bukan salah PM sahaja, bahkan kerana kebanyakan kita juga rasanya suka perkara-perkara populis begini. Pemimpin harus berdiri dengan prinsipnya dan bukan popularitinya. 

5. PM kesuntukan masa : Malam perjumpaan itu kebetulan ulangtahun pertama kemenangan BN dalam PRU13. Tinggal 4 tahun berbaki dan kelihatan seperti PM sendiri masih belum pasti apakah kuasa partinya akan bertahan pada penggal mendatang. Masa sudah semakin singkat dan kelihatan PM agak gusar kerana beliau juga di kelilingi orang-orang yang berkepentingan. 

6. Lobi melobi : Perbualan malam itu juga didominasikan oleh individu undangan yang banyak melobi akan idea-idea perniagaan berbanding idea nasional ke arah penyatuan. Pertanyaan tentang agenda penyatuan juga dipotong sehingga berpatah balik kepada topik projeknya. Kami yakin itu hanya salah seorang dari ramai yang lain. Di PMO dan pelbagai jemaah penasihat PM juga ramai orang-orang yang bertujuan mengaut laba. HAKIKAT ini mendapat perhatian banyak pihak.

7. BN tiada komandan perancang strategi Social Media Warfare : Jika ada pun, kita tak lihat seperti ia ada. Banyak kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tidak sampai kepada masyarakat. Ia kurang tersusun dan kurang strategik berbanding Pakatan. 

Perancang media warfare BN tak mungkin mampu menandingi keikhlasan perancang perang media PR yang kebanyakannya tidak berbayar. Mereka lakukan atas dasar fahaman perjuangan yang berjaya dijadikan satu penguat. Bukan sahaja tiada bayaran, malah mereka turut infaq. Pasti jauh berbeza semangat juang askar gurkha yang bergaji dengan orang Melaka yang berperang menampan serangan Portugis yang tidak bergaji pada tahun 1511 dahulu?

8. Kekuatan PR ialah apabila kebaikan mereka banyak diperkatakan oleh pihak ketiga. Namun, kebaikan BN tidak diceritakan kepada umum oleh pihak ketiga. Yang cuba menceritakan juga akan di belasah secara maya. Akhirnya, terpaksa BN menyatakan sendiri apa yang telah mereka lakukan, ibarat masuk bakul angkat sendiri. Itu sangat kurang murni dan akan gagal melahirkan empathy. 

9. secara umumnya, perbincangan berjalan sangat baik sekali : SN agak kagum dengan keterbukaan PM berjumpa dengan bloggers juga personaliti facebook yang tak kurang juga menghentam polisi atau keputusan yang dirasakan teruk oleh kerajaan. 

10. Masih adakah lagi golongan neutral dan tanpa kepentingan?: Soalan daripada YAB PM ini kami tinggalkan kepada anda untuk turut mencari jawapannya. Ia muncul apabila kami katakan penyatuan nasional memerlukan penganjur yang neutral dan tidak berkepentingan pangkat maupun harta. Sebenarnya masih ada, cuma golongan ini harus dicari kerana mereka tidak semudah itu untuk ‘jual muka’ dan berasak-asak dengan golongan pelobi projek dan pangkat. Apatah lagi jika terpaksa melalui tapisan yang berderet-deret.





KESIMPULAN

Sebenarnya pemburuan kepada laba dunia sudah menjadi terlalu biasa. Pencarian RAHMAT (kurniaan ilmu dan keberkatan amal soleh yang membawa islah/pembaharuan) dan RAHIM (kasih sayang) sudah lama pupus. BASMALAH hilang entah ke mana. Kita sudah terlalu biasa dengan budaya ‘ada ubi ada batas’. Ubi dan batas itu juga yang menarik perhatian spesis khinzir yang menyondol batas dan kera yang masuk kampung hanya kerana ubi dan pisang (QS:5/60). 

Kerana itu kita katakan sudah mustahil masih ada orang yang LILLAH BILLAH, yang kerjabuatnya bermatlamatkan redha Allah sahaja, tidak dicemari dengan buruan pangkat dan harta, hatta apa yang dikatakan ‘pahala’ atau pujian sekalipun. Inilah sebenarnya sunnah Rasulullah SAW yang kita tidak ikuti. Baginda yang berasal dari keluarga penguasa dan kaya, wafat dalam keadaan sehelai sepinggang. Setelah menawan Mekah, baginda juga tidak ambil tahta dari Abu Sufian. Demikian juga semua para sahabat R.A. Kita bagaimana?

Jika kita sanggup mengikuti sunnah itu pasti dakwah kita mudah diterima. Orang yang kita nasihati tidak akan merasa terancam lalu memusuhi kita kerana kita tidak akan merebut tahta dan harta mereka. Terlalu banyak ayat Allah yang menyentuh soal larangan mengambil upah dari usaha dakwah ini. Antaranya,

“Katakanlah, "Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas dakwahku dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan. Al Quran ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam.Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui berita kebenaran Al-Quran dalam beberapa waktu lagi." (QS; Shaad 86-88)

“Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Sempurnakanlah takaran dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang merugikan. Dan timbanglah dengan timbangan yang lurus. Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan; (QS: Asy Syu'araa' 180-183). 

Sekali lagi, ada terlalu banyak untuk dinyatakan dalam ruangan yang sempit ini. Yang baik kita contohi, yang buruk sama-sama kita baiki dan kita sekat agar tidak merebak. 

Seruan penyatuan
Warga Prihatin.

P/S: Pertemuan ini turut dimuatkan di FB YAB PM dan beberapa yang lain seperti pautan berikut.


Baca, Fikir dan Faham (BFF): TAKSUB YANG MEMBENTUK ASOBIYYAH - TIDAK NABI AKUI SEBAGAI UMATNYA



Umat Islam adalah Umat nabi Muhammad SAW, nama dan sifat yang kita akui penyaksiannya dalam syahadah kita. Apabila baginda tidak mengakui kita sebagai ummat, itu bermakna tertolaklah syahadah kita. Asobiyyah adalah salah satu sifat atau tabiat yang membuatkan status kita selaku ummat Nabi Muhammad SAW tertolak.

Manusia adalah makhluk bersifat baharu dan penuh dengan kesilapan. Mengagungkan pemimpin atau kelompok sendiri secara keterlaluan adalah 'taksub' kepada makhluk. Ketaksuban ini membentuk tabiat 'asobiyyah' yang akan menjadikan keislaman kita tertolak. Ini kerana ketaksuban kepada makhluk yang lemah akan membuatkan kita mudah tersasar dengan menolak kebenaran dan membenarkan kebatilan.

PERUMPAMAAN MUSLIMAH YANG IKUT BERDEMO SEBAGAI PELACUR AMAT KETERLALUAN

Ya, memang kami dengan jelas ada nukilkan pendapat kami dalam rencana mengenai demontrasi membantah GST baru-baru ini bahawa kami tidak setuju dengan wanita dan kanak-kanak yang ikut keluar berdemo. Namun ulasan mengumpamakan mereka sebagai pelacur, yang keluar dari mulut seorang yang digelar ‘ustaz’ benar-benar menggetarkan hati kita. Ia amat keterlaluan. Alangkah beratnya tuduhan itu.

Islam adalah agama ilmu dan nasihat yang penuh toleransi dan perdamaian. Tidak semua pemikiran dan tindak tanduk kita, pemimpin maupun kelompok kita sentiasa benar dan betul kerana kita adalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Kerana itu tindakan menyokong atau membangkang secara membabi buta melalui pelbagai tindakan dan ulasan adalah satu ketaksuban yang akan membuatkan kita bersikap asobiyyah yang tertolak keIslamannya.

Sifat taksub ini membuatkan mata hati dan fikiran waras kita tertutup. Itulah yang menjadikan kita tidak nampak atau buat-buat tidak nampak akan kebenaran kelompok lain dan kesilapan kelompok kita. Di situlah berjayanya Dajjal yang membuatkan kita melihat kebenaran dengan sebelah mata lalu menolaknya.

Ketaksuban juga akan membuatkan kita menutup sebelah mata untuk menerima bulat-bulat segala kebatilan yang ada pada kelompok kita. Ini membuatkan kita bersifat TOGHO, iaitu melampaui batas dan susah menerima nasihat. Di situlah hilangnya keadilan dalam pertimbangan. Inilah juga antara ciri yang membuatkan assobiyyah itu tertolak Islamnya, kerana Islam itu agama yang 'adil dan tidak melampui batas'.

Melalui sifat taksub dan ciri asobiyyah ini turut terhimpunnya rasa kebencian yang meluap-luap terhadap kelompok lain dan menyemarakkan lagi pecah belah. Hal ini turut menolak keislaman kita kerana Islam itu agama penyatuan. AN AQIMUDDINA WALA TATAFARRAQUFIH – "Tegakkanlah Dien dan janganlah berfirqah firqah tentangnya".




WASATIYYAH SERTA BIJAKSANALAH DALAM BERDAKWAH DAN BERPOLITIK

Islam itu agama yang mengamalkan kesederhanaan (WASATIYYAH). Berlebih-lebihan dalam agama itu tabiat syaitan. Ia jelas dinukilkan dalam alquran dan kita semua sudah sedia tahu. Hari-hari kita dengar seruan untuk bersederhana dan jangan keterlaluan (ekstrim). Ketaksuban kepada makhluk akan membuatkan kita sering kecundang dan tersasar kerana sifat manusia itu adalah lemah dan terdedah kepada khilaf.

Malangnya kita juga memerhatikan banyak pihak yang melakukan seruan WASATIYYAH itu turut melakukan tabiat yang sama. Kita tidak bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang kita kata. Samada kita ini seperti burung tiung atau orang gila dan mabuk yang tidak benar-benar memahami apa yang kita kata, atau seperti thoghut yang suka melanggar perintah dan larangan Allah dengan sengaja. Inilah yang membuatkan Allah, para malaikat dan manusia yang melihat gelagat kita jadi semakin membenci.

Surah As-Saff, AYAT 2-3:
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 'Amat besar' kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

Ketaksuban kita seharusnya tertumpu kepada Allah dan dibuktikan melalui kepatuhan kita kepada tuntutan wahyuNya. Inilah yang dijamin benar dan akan menghasilkan kesejahteraan dalam hidup kita. Kesejahteraan hasil perlaksanaan itulah hakikat ISLAM yang sebenarnya. Jika kesejahteraan itu tidak terhasil, maka mari muhasabah mencari di mana TIDAK ISLAMNYA KITA.

KESIMPULAN

Selagi kita hanyut dengan 'umpan' sistem demokrasi tajaan Dajjal ini, selagi itulah kita tidak akan bersatu. Kebebasan bersuara telah menghapus kedaulatan agama melalui sistem kepimpinan negara. Selagi itu jugalah kita akan bersifat melampau dan taksub. Rasa kebencian semakin meluap-luap dan itu amat membuatkan hidup kita sengsara laksana neraka. Kasih sayang dan nikmat kesejahteraan hidup bersaudara tidak akan kita nikmati sampai bila-bila. Itulah kesan besar dari taksub dan asobiyyah yang dikatakan tertolak Islam (kesejahteraan)nya.

Kami suka jika para ustaz sentiasa bersifat neutral dan tidak keterlaluan dalam menegur masyarakat dan pemimpin. Yang betul kita katakan betul yang salah tetap salah biar pada kelompok mana sekalipun. Meletak misal ‘pelacur’ kepada muslimah yang tersilap menyertai demontrasi adalah amat keterlaluan dan melukakan hati banyak pihak. Bersederhanalah, bijaksanalah dalam berdakwah.

Islam itu agama ilmu dan nasihat. Nasihatilah dengan ilmu, bukan dengan nafsu. Toleransi dan perdamaian serta kesabaran dalam menasihati dan menyeru manusia adalah kunci kepada kejayaannya. Apabila nasihat yang benar dapat disampaikan dengan sabar dan mampu diterima, insyaAllah pembaikan (ISLAH) akan terhasil jua. Itulah hakikat AMAL SOLEH yang Allah mahukan.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal SOLEH. Dan ingat mengingati dengan kebenaran. Ingat mengingati dengan kesabaran.” (SURAH AL-ASR)

Seteruk perangai jahiliayah itu telah dapat Rasulullah SAW didik dan Islamkan dalam masa 23 tahun sahaja. Semakin hari masyarakat menjadi semakin baik (ISLAH). Itulah tanda amal SOLEH dari usaha baginda SAW dan para sahabat R.A. Semua 'manual' pengurusan yang penuh strategi dalam pembentukan serta pengurusan negara dan umat itu telah diwariskan kepada kita melalui kitab dan sunnah baginda.

Sudah berapa lama kita merdeka dan mengurus negara ini? adakah kita di sini, bahkan Islam di seluruh dunia menjadi semakin teruk atau semakin baik? anda tahu jawapannya negetif. Apakah sebabnya? Adakah kerana ilmu, isi dan cara nasihat kita itu masih belum betul-betul BENAR? Atau kita sebenarnya tidak SABAR? Sudahkah kita berbuat kerana Allah, dengan sistem Allah? atau kerana kepentingan peribadi dan dengan menurut hawa nafsu sendiri?

Kita tahu ada 1001 macam kelamahan dan kekurangan pada YAB PM, isterinya dan partinya. Kita (mungkin hanya sebahagian sahaja yang buka mata) juga tahu banyak kesilapan dan kelemahan DSAI, TGNA, TGHA dan lain-lain serta parti mereka, kerana mereka juga manusia biasa dan tidak terlepas dari khilaf belaka.

Dengan hanya semata-mata mahu meraih simpati, lalu kita tunduk akur dengan membiarkan anak dan isteri DSAI terjerumus dalam konflik politik ini. Kita sanggup lihat rumah tangga mereka porak peranda. Sebenarnya kita yang faham akan batas seorang wanita sedang menipu diri sendiri. Wanita itu memerlukan perlindungan, perlu dipimpin, bukan memimpin. Allah tetapkan lelaki pemimpin kepada wanita (QS;4:34) bukan sebaliknya. Oleh kerana itu,

1. Kami ingin semua pemimpin lelaki yang hebat di negara ini bersatu dan disatukan untuk memimpin kita dengan bersatu hati dan berkasih sayang.

2. Kami ingin melihat TGNA nikmati sisa usianya dengan melihat hudud terlaksana dengan baiknya, bermanfaat kepada umat Islam dan juga bukan Islam sepertimana berjayanya PIAGAM MADINAH.

3. Kami seru agar DSAI dimaafkan dan tidak dipenjarakan. Hidup ini tidaklah lama pun. Berilah peluang dia menikmati sisa usia bersama keluarganya. Sementara itu kami juga seru DSAI agar berhenti merasuk rakyat dari perjuangan yang bersifat ananiah yang emosional. Janganlah ikuti nafsu dengan ingin meletakkan diri menggantikan tahta pemimpin yang ingin ditumbangkan. Itu bukan sunnah Rasulullah SAW. Baginda tidak gantikan Abu Sufian dan ketua negara lain yang menerima Islam. Jika kita ikhlas, jadilah orang bijak yang memberi nasihat tanpa mengejar pangkat dan harta. InsyaAllah nasihat kita akan mudah didengar. Kami harapkan, agar kerajaan ambil DSAI jadi penasihat atau berkerjasama dengan YAB PM dalam kabinet. WIN WIN SITUATION.

4. Kami kagumi kebijaksanaan Y.Bhg Tun Mahathir. Alangkah baik jika beliau dijadikan penasihat kepada kita di hujung usia beliau. Kita dengar nasihat beliau selagi tidak bercanggah dengan agama. Beliau juga manusia biasa. Jika beliau tersilap dalam isu yang bukan bidangnya, mari kita yang tahu pula nasihati beliau dengan ilmu dan penuh hormat. Hentikanlah caci maki kepada warga emas ini di hujung usianya.

5. Kami nampak kebijaksanaan YAB PM dan ketelusannya untuk menyelamatkan dan membangun negara. Tidak habis-habis beliau temui rakyat melalui pertemuan teh tariknya untuk mencari idea dan saranan bernas. Namun sebagai manusia, beliau juga banyak silap. Alangkah baiknya jika kita ada wadah yang berakhlak sebagai saluran untuk menasihati beliau.

6.Terlalu berat juga cercaan terhadap isteri YAB PM. Ya beliau juga manusia biasa yang banyak silap dan memerlukan nasihat berbentuk seruan murni. Kami seru dan berdoa agar kita sabar untuk terus menasihati DS ROSMAH dengan penuh kasih sayang, agar beliau berubah menjadi wanita, ‘muslimah contoh’ yang terbaik, agar layak dijadikan ikon wanita di negara ini. YAB PM akan jadi lebih hebat dan bersemangat dengan perubahan isterinya dan dengan sokongan padu kita semua InsyaAllah.

7. Islam tidak boleh lari dari Sultan dan Raja. Itulah isi Fatihah pembukaan quran yang kita baca 17 kali sehari. Itu juga isi Surah An-Nas surah terakhir penutup Mushaf quran yang kita baca selepas mesyuarat. Kami sedih bila banyaknya pemegang institusi Raja sudah tidak lagi senonoh akhlaknya dan menjadi cercaan rakyat dan pemimpin negara di sini sana sepanjang masa. Mari kita tarik nafas dan cari di mana silapnya.

8. Kami simpati dengan kerja keras TGHA, TG Harun Din, Dr Hasan Ali, Ismail Kamus, Dr MAZA dan banyak lagi tokoh agama negara kita. Kami harap mereka ini segera diberi peluang untuk membentuk jemaah orang alim, Majlis Ulamak yang bersatu padu dan tulus buat menunjang usaha menerapkan Islam yang sebenar di negara ini.

Kami yakin, majlis ulamak yang bersifat LILLAH BILLAH akan mampu mengawal keadaan, menasihati mana yang perlu dinasihati, mendidik mana yang perlu dididik, melantik yang perlu dilantik dan menukar yang perlu ditukar (TERMASUK DI KALANGAN RAJA).

Hentikanlah adu domba, caci maki yang banyak sekali membazirkan dana negara dan keringat rakyat. Jika ketaksuban masyarakat asobiyyah dan kempen partisan yang berterusan ini dapat dihentikan, kita akan dapat menjimatkan banyak belanja, masa dan tenaga. InsyaAllah penjimatan yang ditambah dengan pemberhentikan KETIRISAN pengurusan dana negara ini akan menjadikan ekonomi dan politik Malaysia akan teguh dan stabil semula. Mungkin GST pun kita tidak perlukan lagi.

Kudap petang
WARGA PRIHATIN

P/S:

Kami kepilkan semula firman berikut untuk renungan bersama:

"Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".(SURAH 16. An Nahl 125)

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan".(SURAH 10. Yunus 36).

"Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu. Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu."(SURAH 4. An Nisaa' 86)

"Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar."(SURAH 16. An Nahl 126)

"Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar".(SURAH 73. Al Muzzammil 10-11)

“Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari AKHIRAT," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.”

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.” (SURAH 2. Al Baqarah 8-12)

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (SURAH 2. Al Baqarah 208)

Renung-renungkanlah. Anak-anak kita sudah lama keliru dengan tindak tanduk kita…


Perkongsian dari Warga Prihatin

Artikel daripada: http://goo.gl/6aygYW

Baca, Fikir dan Faham (BFF) : GST




Definisi GST:


Goods and Services Tax (GST) adalah sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap proses jual beli yang berlaku melaikan jika mendapat pengecualian daripada kerajaan. Cukai tersebut dikenakan dari tahap membeli barang mentah, kepada penghasilan, jualan kepada kedai-kedai dan jualan kepada pelanggan.


Kenapa Kerajaan Ingin Melaksanakan GST?

GST secara umum dipandang sebagai struktur cukai yang lebih baik. Paling utama kerana GST menjadikannya lebih sukar untuk seseorang lari daripada membayar cukai. Ianya perkara yang biasa di dunia korporat dan business untuk mereka manipulate account mereka sehinggakan mereka tidak perlu membayar cukai individu (income tax) dan corporate tax atau hanya dibayar pada kadar yang minimum.

GST sudah lama dicadangkan oleh International Monetary Fund (IMF) kepada Malaysia untuk dilaksanakan. Malahan Pak Lah sendiri pernah bersuara untuk mencadangkan GST pada tahun 2007/2008. Namun atas banyak sebab maka baru sekarang ingin dilaksanakan.


Kenapa Sekarang?

Sebab utama kerana kedudukan kewangan negara semakin lemah. Boleh jadi juga disebabkan korupsi, atau memang sekadar Malaysia tidak menghasilkan output melebihi hutang yang dibuat. Namun memang Malaysia perlu menambahkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Kedudukan kewangan yang lemah berbahaya buat Malaysia, silap-silap haribulan krisis ekonomi 1998 akan berulang.


Maksudnya Sekarang Kita Akan Kena Bayar Cukai Baru?

Kena tahu bahawa cukai secara umum ada dua jenis. Direct Tax dan Indirect Tax. Direct tax ni contohnya seperti income tax yang memang direct kena kepada kita. Indirect tax adalah cukai yang dikenakan apabila kita membeli barang. Of course, GST adalah indirect tax.

Sekarang ini Malaysia sudah ada Sales and Services Tax (SST) sebagai indirect tax. Sekarang ini kerajaan ingin tukar daripada SST kepada GST.


Apa Beza SST Dengan GST?



GSTSales TaxServices Tax
Kadar
6%
10%
5% untuk buah, makanan dan bahan binaan
6%
SkopDikenakan kepada semua barang dan perkhidmatan melainkan dikecualikanSemua kena melainkan dikecualikanSemua tak kena melainkan dinyatakan
PelaksanaanDikenakan di setiap peringkatHanya Satu PeringkatHanya Satu Peringkat (services memangla satu peringkat je)




Jadi Maksudnya......





Maksudnya, untuk barangan, cukai yang akan dikenakan adalah lebih rendah (10% kepada 6%). Manakala untuk buah, makanan dan bahan binaan pula akan meningkat sebanyak 1%. Namun perlu dilihat kembali senarai barang pengecualian daripada GST.

Manakala ini juga bermaksud untuk services (tourism, restoran, eletkrik, insurans dan lain-lain), akan mula dikenakan cukai. Namun perlu tahu syarat wajib membayar GST adalah jika hasil jualan melebihi RM500,000. Maka sepatutnya restoran kecik di tepi jalan tak dikenakan GST. Namun akan ada kedai kecil yang turut mendaftar untuk GST kerana mereka boleh mendapat rebate bayaran GST.

Maka ini juga bermaksud, kos elektrik dalam menghasilkan barang dan kedai, kos membayar insurans pekerja, kos pengangkutan barang, kos mengambil external accountant @ auditor.... Semua itu akan dikenakan cukai. Dengan kata lain, walaupun cukai kepada barangan lagi rendah, namun indirect cost untuk business tersebut akan meningkat.....

Dicampur lagi dengan kos pelaksanaan GST yang agak kompleks dan memakan kertas, agak dijamin harga barang takkan jatuh melainkan sesetengah syarikat politik, dan terdapat kemungkinan harga masih akan naik.


Jadi Bagus Atau Tidak?

Faedah Utama: Pendapatan negara akan meningkat dan orang-orang kaya businessman yang melarikan diri daripada cukai selama ni akan kena bayar cukai. Negara boleh menggunakan duit tersebut untuk melakukan lebih banyak pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Keburukan Utama: Paksaan cukai tersebut akhirnya konfim akan pass kepada pelanggan (jadi akhirnya bukan diorangla gak yang bayar cukai). Dicampur dengan indirect cost yang meningkat, harga barang secara overall konfim meningkat, sebaliknya harga barang bagi barangan bergantung kepada budi bicara penjual.

Kesan kenaikan barang akan lebih terasa ke atas golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Namun kajian mendapati jika barangan asas dikecualikan daripada GST seperti dilakukan Malaysia, perbezaan kesan antara golongan miskin dan kaya tidak begitu berbeza.


Sebab Tu Orang Ramai Bantah?

Orang-orang yang faham membantah GST atas dua sebab:

1) Korupsi masih berleluasa, pembaziran masih banyak berlaku, namun kerajaan tidak mengambil serius di dalam menguruskan perkara tersebut, namun sebaliknya mengenakan GST seolah-olah ingin rakyat yang membayar korupsi dan pembaziran yang berlaku.

2) Harga barang tengah naik secara berturut-turut beberapa bulan ini bermula dengan kenaikan harga minyak, kemudian kenaikan tarif elektrik. Pelaksanaan GST bermaksud sekali lagi harga akan naik. Rakyat perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan harga yang baru.

Manakala orang yang tak faham GST membantah kerana salah faham, atau atas sebab yang kedua, di mana kerana GST akan menaikkan harga barang.


Alternatif Kepada GST:

Saya tak nak ulas alternatif yang bersifat andaian seperti kalau PR memerintah, korupsi dan pembaziran akan banyak berkurangan.

Alternatif Praktikal Kepada GST (dicadangkan oleh Rafizi di Parlimen):

1) Capital Gain Tax - boleh dikenakan ke atas bond, saham, unit trust, emas, atau apa saja jenis asset yang nilai harganya naik, dan dibuat keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan dijual pada harga lebih tinggi.

Namun realitinya agak tipis kemungkinan kerajaan akan mengenakan capital gain tax sebagai langkah menyelesaikan beban hutang kerajaan. Ini kerana kerajaan perlu mengurangkan beban hutang untuk memastikan ekonomi Malaysia mampu menarik perhatian pelabur asing. Tindakan mengenakan Capital Gain Tax akan melarikan mereka, maka sekaligus walaupun pendapatan negara semakin kukuh, pelabur asing akan lari maka antara matlamat utama hutang negara ingin dikurangkan tidak dicapai... Mungkin orang umum merasakan "apa la nak sangat pelabur asing datang Malaysia".... Tapi perlu tahu krisis ekonomi 1998 yang menyaksikan kadar inflasi yang sangat teruk, adalah disebabkan pelabur asing lari beramai-ramai.

Real Property Gain Tax (RPGT) juga adalah sejenis capital gain tax. Ini adalah satu-satunya capital gain tax yang wujud di Malaysia. Boleh dilihat kesan daripada penghapusan RPGT pada tahun 2007 oleh Pak Lah menjadikan harga rumah melonjak naik beberapa kali ganda.


2) Windfall Tax - adalah cukai yang dikenakan ke atas syarikat yang mendapat keuntungan besar hasil daripada keadaan ekonomi yang memanfaatkan industri tersebut. Kebiasannya dikenakan ke atas barangan commodity seperti getah, kelapa sawit, biji timah, dan lain-lain

Mengikut wakil rakyat di Parlimen, windfall tax ada dikenakan di Malaysia seperti di dalam industri kepala sawit. (Maksudnya jika harga sawit naik melonjak, akan dikenakan cukai tambahan ke atas syarikat kelapa sawit). Namun detail tidak dikaji penulis kerana merasakan ianya isu yang berbeza.

Namun realitinya windfall tax adalah bergantung kepada keadaan ekonomi commodity tersebut. Adalah kurang munasabah ingin menggunakannya sebagai kaedah memulihkan kedudukan ekonomi sesebuah negara.



Maka persoalan asas kepada GST berkaitan samada patut dilaksanakan atau tidak adalah:

Antara Hutang Negara meningkat dan kita berpotensi jatuh ke dalam krisis ekonomi
(yang mana kita juga tahu kerajaan BN memang tak mampu nak kurangkan pembaziran dan korupsi)

Dengan

Harga Barang meningkat dan kita akan perlu makan lebih sikit, travel lebih sikit, dan semualah lebih sikit


It's Your Choice


Perkongsian daripada http://goo.gl/YFJRjC . Terima Kasih. Moga ia bermanfaat.

Baca, Fikir dan Faham (BFF): HIDUP SEDERHANA




Tindakan lanjut di http://urusinsan.setmore.com/ 

Dalam konteks kewangan , hidup sederhana yang saya maksudkan adalah hidup dalam kadar keperluan dan kemampuan diri sendiri bukannya bersandarkan keperluan dan kemampuan orang lain dan bukan juga hidup dibawah kemampuan. Saya berikan contoh.

Jika pendapatan bersih (pendapatan (gaji) yang masuk ke akaun bank setiap bulan) isi rumah RM3000 sebulan , maka secara matematiknya , setelah ditolak RM300 (10%) dari gaji bersih , maka lebihan sebanyak RM2700 dibahagikan antara komitmen (beban) dan sara hidup. Saya cadangkan pada kadar 30 / 70 , yakni 30% untuk beban (RM 810) dan 70% untuk sara hidup (RM1890) sebulan.

Pada hemat saya , sebuah isi rumah hidup diluar kemampuan jika melebihi nilai-nilai diatas dan sepatutnya tiada beban bulanan (RM810 boleh disimpan untuk dijadikan modal menambah harta bukan beban). Akan tetapi ramai dikalangan kita yang suka membela beban sehingga umur beban tersebut ada kalanya lebih tua dari umur anak sendiri atau umur sesuatu perkahwinan dan ada sehingga berikan nama pada beban tersebut seperti haiwan peliharaan.

Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan orang adalah bayaran bulanan kenderaan , pinjaman peribadi , kad kredit dan rumah sendiri yang mana jika tiada pun boleh hidup tidak seperti sara hidup yang di perlukan untuk hidup dalam keadaan selesa seperti makanan , tempat tinggal dan pakaian.

Saya secara peribadi menggunakan kenderaan yang telah berusia 10 tahun tanpa ada sebarang bayaran bulanan dan dibeli secara tunai yang masih berkeadaan elok dan masih selesa untuk digunakan , begitu juga yang lainnya. Hidup merupakan satu pilihan dan pilihan tersebut di buat oleh diri kita sendiri , janganlah diri kita di kotak-katik dan pergunakan oleh orang lain demi kepentingan mereka sendiri.

Dari pengalaman saya mengendalikan ribuan kes kewangan 99% darinya mempunyai cukup pendapatan untuk menyimpan dan sara hidup , akan tetapi lebih 85% tidak cukup pendapatan untuk menanggung beban kewangan yang dicari sendiri. Waallahualam.


Artikel dipetik dari Zaidi Ismail

Thursday, 1 May 2014

Baca, Fikir dan Faham (BFF): HUDUD : SATU PENDIDIKAN & PENCEGAHAN YANG MURNI - BAHAGIAN 1


Alhamdulillah pengumuman telah dibuat oleh Kerajaan Brunei untuk meneruskan Hudud hari ini. Timbalan Perdana Menteri juga sudah buka ruang untuk bersama-sama mengkaji Hudud dengan PAS. Pemuda UMNO juga mahu menwujudkan jawatankuasa Ulamak untuk mengkaji Hudud, walaupun ada yang ditempelak dengan gambar aib individu Pemuda UMNO dengan dua wanita seksi. Yang menempelak dan yang ditempelak kedua-duanya juga perlu dididik dengan falsafah hudud.
Secepat itu juga masing-masing sibuk membuat kenyataan yang berbagai-bagai. Yang bukan Islam dan tidak faham hudud pun sibuk membuat pelbagai ungkapan yang tambah mengeruhkan suasana, rata-rata menolak perlaksanaan Hudud. Di kalangan umat Islam juga ada yang ‘belum bersetuju’ namun majoritinya menyokong.
Di RPWP, hampir setiap tetamu yang datang, termasuk dari kalangan yang bukan Islam, terutamanya pengamal undang-undang turut menyentuh soal hudud. Email dan inbox juga bertanyakan pendapat kami tentang hudud. Semua meminta agar kami kongsikan kefahaman dan pengalaman kami tentang hudud.
FALSAFAH HUDUD BERBANDING QISAS, DIYAT & TA’ZIR
HUDUD ialah salah satu dari bentuk hukuman di bawah undang-undang syariah. Hukuman itu ialah dari Allah dan tidak boleh dipinda-pinda. Ia juga tidak boleh ditebus atau dimaafkan oleh teori siapa sahaja di dunia. Itulah hukum hudud yang meliputi kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina, minum arak, menuduh orang berzina, murtad dan menderhakai Daulatulislamiyah.
Ia tidak seperti hukum QISAS yang juga di bawah undang-undang syariah Islam yang menuntut pembalasan setara. Ia meliputi jenayah seperti membunuh atau merosak anggota badan. Ini disebut dalam quran “..jiwa dibalas jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka luka pun ada kisasnya.
DIYAT pula adalah hukuman yang membolehkan mangsa atau waris mangsa memberi keampunan kepada pesalah atau melalui denda. TA’ZIR pula adalah hukuman yang tidak ditetapkan dalam ketiga-tiga kumpulan hukum yang di atas. Ia mengikut pertimbangan hakim dan kesan moral jenayah yang berlaku.
Demikian tertibnya Allah melakarkan manual hukum untuk kita gunakan dengan selamat. Tidaklah seperti apa yang kita amalkan sekarang. Zina jenayah yang harus dimusnahkan sebelum ia memusnah generasi, hanya didenda dengan RM500 sahaja oleh hakim. Bagi waris yang tidak puashati, rogol dibalas dengan rogol, bahkan ada yang menyimpan dendam sehingga membalas dengan bunuh bersambung keturunan bagi kesalahan yang lebih kecil dari itu.
PENERIMAAN NON-MUSLIM
Mungkin ramai yang bukan Islam akan rasa gerun apabila membaca penerangan tentang hudud dan qisas ini di perenggan di atas. Itu kerana ia hanya menceritakan tentang hukuman-hukuman yang mengerikan. Ingin kami tunjukkan kepada anda tentang konsep hudud menurut Islam sehingga jika ia difahami, tiada siapa yang akan menolak sekalipun mereka bukan Islam.
Piagam Madinah yang dirintis oleh Nabi Muhammad SAW meliputi semua masyarakat di Madinah pada ketika itu sebagai sebuah Daulatulislamiyah (negara Islam dengan masyarakat majmuk). Perlembagaan Madinah ketika itu ialah Al-Quran. Ternyata ia mampu untuk mendamai dan mentadbir secara adil masyarakat Ansar & Muhajjirin (Islam) serta golongan Yahudi dan Nasrani.
Madinah menjadi aman dan tidak porak peranda. Hukum Syariah Islam yang dilaksanakan oleh nabi itu bukan sahaja tidak ditentang oleh yang bukan Islam, bahkan mereka sanggup membayar jizyah kerana orang Islam membayar zakat.
Kita yang Muslim harus terima hakikat apabila DAP & MCA juga kaum yang mereka wakili memberontak tentang perlaksanaan hudud. Itu bukan salah mereka tetapi adalah kelemahan kita dalam menjelaskan falsafah dan perlaksanaan sebenar hudud itu sendiri.
Kami telah laksanakan hudud di RPWP semenjak hari pertama ditubuhkan kira-kira sedekad lalu. Tiada pula yang dipotong tangannya atau mati direjam. Mengapa? Kerana hudud yang sebenarnya ialah satu pendidikan. HUDUD itu sendiri satu istilah dari bahasa Arab yang berasal dari perkataan HAD (Batas/Had/Limit). Apabila dijamakkan lalu ia menjadi HUDUD (batasan/had-had/limitations). Sudah nampak apa sebenarnya hudud?
Islam itu mudah dan ia tidak mungkin menyusahkan sesiapa termasuk yang bukan Islam. Malangnya, hari ini ramai yang bertempik tentang hudud juga tidak jelas tentang hudud. Yang mereka fikir ialah pencuri mesti kena potong tangannya. Pecahan kanun jenayah melalui katagori hukuman di bawah HUDUD, QISAS, DIYAT & TA’ZIR itu sendiri adalah satu bentuk pembatasan agar hukuman itu adil dan tidak berlebih lebihan.
Islam itu jauh lebih adil dalam menimbang sehingga kes curi juga perlu tahu mengapa mereka mencuri. Adilkah Islam jika menghudud pencuri yang mencuri kerana anak di rumah kelaparan tiada susu. Adilkah jika menghukum penzina yang berzina disebabkan urusan pernikahan terlalu dipersulitkan dengan kos pelamin, hotel, kereta pengantin, hantaran berupa smartphone mahal dan ipad (contohnya) dan banyak lagi?
Hudud bukan sekadar potong tangan, sebat dan rejam. Islam lebih cenderung mencegah bukan menghukum walaupun hari ini operasi Jabatan Agama lebih kepada menangkap orang BERZINA berbanding membendung gejala yang mampu mencambahkan zina. Ia satu pembatasan yang berlaku dalam undang-undang syariah. Polis negeri Perak yang tahan kereta salah masuk jalan sehala pun masih ada budi bicara bila dilihat nombor pendaftaran dari Singapura. Hukuman hudud ialah milik Allah dan tidak boleh dipinda. Tidaklah sebat 100 rotan boleh ditukar jadi denda RM500.
Kepada masyarakat bukan Islam, seruan kami agar anda baca baik-baik dan bersangka baik. Sistem undang-undang syariah ini akan memberi kebaikan dan keadilan. Anda juga mahukan hidup aman di bumi ini. Tertinggal duit di meja food court pun ada orang kembalikan semula. Tinggalkan anak gadis di rumah bersendirian pun kita tak risau esok masuk front page akhbar kes rogol dan bunuh.
Walaupun berat kenyataan ini namun ingin kami katakan juga… Dahulu, kebanyakan kes pembunuhan bersenjata api, rompakan ganas dan besar besaran kita dengar dari penjenayah berbangsa Cina atau India. Hari ini kami pun malu apabila semua video dan berita yang terpapar di dada akhbar dan media sosial menunjukkan penjenayah sebegitu ialah anak Melayu sendiri.
Kita seharusnya kasihan dengan nasib mangsa, khususnya golongan yang lemah seperti kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak mengira bangsa dan agama yang sering teraniaya. Teruknya keadaan kita sekarang sehingga penyamun, peragut, perompak dan pembunuh ini berani melakukannya di tempat awam, di hadapan orang ramai. Begitu ramai yang menonton jenayah itu berlaku di depan mata, namun mereka lebih sibuk merakam video daripada memanggil polis atau menolong mangsa yang teraniaya. Sedih dan mengerikan bukan?
Mereka ini harus dididik dan dihududkan semula. Yakinlah… kita perlukan hudud. Mereka harus diislamkan semula untuk menyelamatkan yang lain. Oleh kerana itu, kami rayu agar jangan sampai anda menghina Islam, satu-satunya agama yang akan mampu menyelamatkan hidup anda dan keluarga sampai bila-bila, biarpun anda tetap memilih untuk kekal menjadi ‘Non Muslim’.
Ingatlah, menyetujui perlaksanaan HUDUD yang murni dan sempurna akan turut memberi jaminan kepada keselamatan keluarga anda juga.
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)
PENGENALAN HAD-HAD (HUDUD) MELALUI PENDIDIKAN
Hudud (batas) itu harus dilaksanakan secara pendidikan terlebih dahulu. Tidaklah adil menghukum mengikut hudud jika pesalahnya tidak pernah tahu tentang had-had yang ditetapkan. Didik dahulu had (hudud), iaitu “rules and regulation, boundary and limitation”nya secara meluas, barulah boleh dijatuhkan hukuman terhadap perlanggarannya.
Hukuman tidak tertakluk kepada mereka yang melakukan lantaran kejahilan. ALLAH JUGA PENERIMA TAUBAT bagi mereka yang melakukan perlanggaran kerana kejahilan. Bukannya asal buat sahaja Allah terima taubatnya (QS:4/17,18). Hari ini, taubat boleh dimain-mainkan pula. Malam berzina, paginya mandi junub dan bertaubat atas tikar solat? Malam berikutnya diulangi lagi.
Jika Allah mengampunkan orang yang bersalah disebabkan kejahilan mereka, itu bermakna proses seterusnya dalam menghukum ialah PENDIDIKAN. Kenalkan batas-batasan itu dan itulah juga yang kami lakukan di RPWP.
Apa masalahnya untuk laksana hudud di kalangan bukan Islam? Betul juga kata Dr. Mahathir, tidak adil jika hudud untuk orang Islam dan sivil untuk bukan Islam. Hudud yang dilaksanakan dalam undang-undang syariah semasa Madinah dahulu meliputi kesemua masyarakat tidak mengira agama. Tetapi ia mampu dilakukan dengan adil.

CONTOH AMALAN HUDUD RPWP
Dari kecil lagi, anak-anak diberikan hudud. Pelbagai batas pergaulan rijal dan nisak kami hududkan. Pulang sekolah dan terus ke rumah, tidak menyinggah mana-mana itu juga HAD. Menonton TV ada hadnya. Berhibur juga ada hadnya, bahkan dalam urusan agama juga ada hadnya kerana Allah tidak menyukai orang berlebih-lebihan, sekalipun dalam urusan agama.
Hari ini Umat Islam terlalu ekstrim dalam urusan agama. Kita sibuk nak rejam orang lain berzina kerana orang itu bukan anak atau saudara kandung kita. Jika kena pada diri sendiri, mulalah kita rasa berbelah bahagi. Mulalah kita ikut menentang hudud itu. Jika dari awal lagi tidak mahu itu berlaku, langkah pencegahan perlulah dilakukan. Pencegahan terbaik ialah pendidikan.
Allah berfirman “Jangan menghampiri Zina”. Dalami ayat itu MENGHAMPIRI sahaja telah Allah larang apalagi melakukannya. Firman itu jelas bahawa Allah lebih mahukan kita MENCEGAH berbanding MENGHUKUM. Apabila kerosakan sudah berlaku, tiada guna lagi nak menghukum kerana ia telahpun rosak. Yang dara sudah hilang daranya, yang hidup sudah mati terbunuh, anggota yang normal sudah ada yang kudung, bahkan bayi yang lahir pun sudah mati dibuang sana sini.
Telah diriwayatkan bahawa, Nabi SAW berdolak dalik untuk menghukum seorang hamba Allah yang datang dan mengaku telah berzina. Berbagai bukti diminta untuk mengesahkan pengakuan itu, bahkan yang mengaku hamil pun diminta menunggu lahir bayi zina itu dahulu, sudah lahir pun diminta tunggu cerai susu dahulu. Itu satu tanda yang Nabi juga tidak berminat menghukum selain lebih berminat untuk mendidik sebagai cara pencegahan.
Dapat kita rumus bahawa Nabi SAW telah berjaya meletakkan nilaian “istighfar” (confession / mengakui kesalahan) kepada kita. Jika kita pandai beristighfar dengan pengatur kita dengan istigfar yang ikhlas tanpa tipu-tipu, ini juga mampu meletakkan had-had kepada kita semua. Contohnya bagi seorang anak, pengaturnya ialah ibu bapa, bagi menteri pengaturnya ialah PM, bagi ahli qariah...carilah imamnya. Beristighfarlah..
Nabi seru kita ajar anak solat ketika umur 7 tahun dan rotan jika anak ingkar pada umur 10 tahun. Itu juga hudud dan pencegahan kerana solat itu sendiri adalah satu tarbiah disiplin insaniah yang paling berkesan jika kita tahu bagaimana menerapkannya dalam kehidupan harian. Dalam solat diajar erti hidup tertib dan berprinsip, erti tegak berdiri, erti tunduk patuh, erti sujud mengabdi kepada Allah, Rasul, murobbi, ulilamri dan sebagainya.
Menghampiri zina pun telah Allah larang. Jelaslah Allah mahukan kita mencegah. Kami di RPWP membariskan tanda-tanda awal zina seawal anak berumur 3-5 tahun. Cara berjalan, cara bercakap, adab semasa duduk, sehinggalah apa yang mereka baca dan dengar, siapa kawan mereka dan banyak lagi.
Hatta, penggunaan tablet dan telefon pintar berinternet juga kami kawalnya agar ia tidak menjadi satu wasilah komunikasi yang akhirnya menjurus kepada zina. Itulah hudud awal kami. Dengan menghudud secara pendidikan, Alhamdulillah setelah hampir satu dekad kami berjalan tiadalah kiranya sesiapapun yang layak dihudud dengan rejam dan potong tangan sekiranya hukum hudud sudah terlaksana hari ini.
CEMBURU PENGATUR KELUARGA JUGA FALSAFAH HUDUD
Hari ini, ibu bapa tidak kisah anak berpeleseran. Tidak kisah anak meminta wang untuk belanja selepas waktu sekolah. Bapa tidak cemburu dengan anak dan isteri yang balik sehingga tengah malam. Tablet dan telefon pintar siap dibelikan yang teknologi terkini. Kononnya, atas dasar sayang. Dengan instrumen itu juga anak-anak kita berselingkuh berjumpa jantan lapar di air terjun dan di hotel-hotel murah. Ibu bapa langsung tak hudud kan mereka dari mendekati zina.
Sebelum anak didera 100 kali rotan kerana berzina, mulakanlah pendidikan dan DERA NAFSU anak untuk mematikannya dari MENGHAMPIRI zina. Jika MENTAL mereka tidak didera untuk semua langkah menghampiri zina, pasti nanti zina itu didekati dan akhirnya sampai juga kepadanya. Ketika itu, hudud yang wajar barulah rotan 100 kali. Namun itu sudah terlambat dan kerosakan tidak mampu diperbaiki lagi.
Sebelum isteri kita berselingkuh dan dihukum rejam sampai MATI, didiklah dahulu isteri kita. REJAMLAH NAFSU mendekati zina itu sehingga mati nafsunya untuk berselingkuh. Hari ini berapa ramai suami yang dayus, atau dengan bahasa modennya “sporting”, membenarkan isteri menumpang kereta rakan pejabatnya yang lelaki. Kami dah muak dengan aduan suami isteri jenis ini yang terlanjur dan melunjur berselingkuh dengan sengaja.
Bayangkan sejak gelap subuh isteri sudah keluar rumah bersama lelaki lain. Suami pula keluar membawa perempuan lain. Setengahnya tanpa rasa cemburu dalam gelap pagi meninggalkan anak di tepi pagar sekolah yang masih berkunci sampai trauma ketakutan. Pulang kerja pula sudah malam.
Berapa ramai suami yang dengan “percayanya” mengizinkan isteri berpakaian seksi seksa, bersolek tebal-tebal untuk bekerja? Sebagai pramugari penerbangan, artis atau model butik pengantin contohnya. Atau mungkinkah tubuhnya dijadikan umpan memikat pelanggan atau halwa mata bosnya?
Bila isteri dah terjerumus ke kancah zina, ketika itu sudah tidak perlu menangisi kesalahan diri apabila isteri direjam sampai mati. Yang direjam dah tentulah mati, yang jadi suami dayus itu juga yang masih terbayang-bayang visual isterinya sedang berselingkuh. Lebih parah jika ada gambar dan video. Itulah balasan orang dayus, di dalam dunia pun sudah rasa nerakanya.
Itu konsep hudud yang lebih kepada pencegahan melalui pendidikan. Jangan harap sekolah sahaja yang nak mengajar jika ibu bapa sendiri tidak pernah menjalankan hudud ke atas anak-anak mereka. Untuk menghudud anak, yang menghudud itu dahulu perlu menghudud diri sendiri. Bagaimana mahu dilukis garisan lurus sekiranya pembarisnya sendiripun bengkok.
KESIMPULAN
Sewajarnya hudud itu dimulakan sehingga benar-benar pendidikan tentang hudud (batas-had) dalam kehidupan mampu difahami dan dilaksanakan. Adalah zalim menghukum orang jahil yang tidak pernah dididik.
Pastikan juga pengurusan zakat, jizyah dan baitulmal semuanya efisyen dan adil. Semua rakyat miskin dibela. Hukuman harus juga mengambil kira ‘asbab’ mengapa kesalahan itu dilakukan. Saksi harus jelas dan sanggup menerima hukuman jika didapati memalsukan penyaksian.
Lebih baik melepaskan orang yang bersalah daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Pastikan sebelum hukuman dijatuhkan, mereka telah ternyata melakukan atas dasar kefahaman dan kedegilan, bukan atas kejahilan atau desakan hidup.
Dengan itu, barulah Islam dipandang tinggi dan dihormati undang-undangnya oleh Non-Muslim. Pasti mereka juga setuju dengan hudud. Jika PENCEGAHAN MELALUI PENDIDIKAN itu dapat dilaksanakan, kami yakin tiadalah yang akan dipotong tangannya, tiada yang akan direjam sampai mati, malah kurang juga yang bakal menerima hukuman Qisas, Diyat dan Ta’zir.
Jika pun ada yang degil dan sempat tertangkap lalu hukuman ke atas jenayat berlaku, ia cukup sekadar memberi pelajaran kepada yang lain. Zaman Abasiyah dahulu, penjaranya besar tapi tiada penghuni. Sekalipun tiada yang dijatuhkan hukuman kerana berkesannya hudud pencegahan melalui pendidikan, persekitaran lebih aman berbanding apa yang berlaku sekarang.
Hari ini, hukum hudud potong tangan itu kita jaja sampai ke tahap boleh menghina agama milik Allah yang mencipta dan mendidik kita. Bila hudud tidak diamalkan, setiap hari ada sahaja pembunuhan, walaupun dengan sebab kecil. Ramai anak kecil, warga emas, wanita yang tidak berdosa terpotong tangan bahkan terbunuh akibat ragut, rompak dan culik. Tidakkah itu lebih zalim daripada memotong tangan orang yang mencuri?
Kami yakin dengan hudud yang murni, akan semakin aman dan sejahtera hidup kita semua TANPA MENGIRA AGAMA. Kami yakin bilangan yang terbunuh atau terpotong tangan kerana hudud akan berganda-ganda lebih kecil berbanding dengan akibat kejahatan manusia.
Bukankah hudud lebih adil dari undang-undang sivil? Mencuri pun akan disiasat sebab mencurinya. Jika kerana kejahilan MEREKA AKAN DIDIDIK, jika kerana kesempitan, MEREKA AKAN DITOLONG, bukan dipotong tangannya.
SETELAH dididik, dibantu kesempitannya tetapi tertangkap mencuri juga buat kali kedua, wajarlah jika tangan dipotong untuk mencegah (HUDUD) dari merosak orang lain. Ini lebih baik daripada ia terus menerus menjadi ancaman kepada kesejahteraan insan lain. Adil bukan? Mahukah tangan anda dipotong oleh peragut yang anda tidak mahu dipotong tangannya?
Kami juga ingin membuat tawaran kepada sahabat Non-Muslim jika ada sebarang pertanyaan supaya kekeliruan dan kekusutan dapat dirungkai. Kami yakin, jika ia dijelaskan dengan baik, bukan sahaja anda, bahkan sekiranya Mendiang Karpal Singh masih hidup, beliau juga pasti akan bersetuju dengan perlaksanaan Hudud ini.
WARGA PRIHATIN

Terima Kasih WARGA PRIHATIN