Usaha paling tidak, bantu orang makan untung supaya kita boleh belajar dan esok lusa, kita pula cuba cari untung.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tadi Tan Sri Annuar Musa menyebut jelas tentang Groom Big.
Saya teringat nota Puan Guru tentang
Ciri-Ciri Bisnes yang Dapat Berkembang Besar
JENIS BISNES yang kita jalankan menentukan sama ada kita boleh menjadi pemilik bisnes yang berpotensi berkembang besar,
ataupun bisnes yang serupa sahaja.
Tidak semua bisnes dapat dikembangkan.
Bisnes yang modal utamanya melekat pada diri kita sukar dikembangkan.
Contoh:
+ Bisnes yang berdasarkan bakat semulajadi si pemilik bisnes adalah contoh bisnes yang sukar dikembangkan.
Kalau pemiliknya tidak ada, bisnesnya terpaksa ditutup.
+ Bisnes yang berdasarkan hubungan baik peribadi antara pemilik dengan orang-orang politik dan pegawai-pegawai kerajaan. Bisnes kontrak kerajaan adalah contoh bisnes yang hanya dapat berkembang selagi pemiliknya masih sihat.
Bisnes yang mudah dikembangkan mempunyai DUA CIRI:
1. Ciri SCALABLE = Dapat diturunkan
Bisnes kita tidak scalable apabila skill bisnes itu melekat pada diri kita. Bakat semulajadi melekat pada pemiliknya. Bakat individu adalah unik. Ia adalah modal bisnes yang tidak dapat diturunkan kepada staff.
Bisnes yang scalable adalah yang bisnes yang kerja-kerjanya dapat dipindahkan kepada staff, kepada mesin, robot, ataupun sistem komputer.
Bagi tiap-tiap jenis kerja, SOP-SOPnya dapat dicipta. Menggunakan SOP-SOP itu kita dapat melatih staff melakukan kerja-kerja tersebut.
2. Ciri REPEATABLE= Dapat diulang-ulang
Ini bermakna, kejayaan bisnes kita itu dapat diulang-ulang.
Di mana-mana pun, bila-bila pun, kita dapat membuka banyak cawangan baru. Tiap-tiap cawangan dapat menghasilkan produk ataupun servis yang sama baik kualitinya.
Dalam ucapan aluan tadi saya menyebut tentang
Bisnes Abu Talib mempunyai ciri scalable dan repeatable.
Abu Talib adalah seorang trader B-to-B eksport-import.
Trading adalah aktiviti yang scalable dan repeatable.
Trading adalah bisnes yang ideal.
Ia mempunyai ciri-ciri yang diperlukan bagi perkembangan tanpa had.
Abu Talib telah menurunkan skill bisnesnya kepada Muhammad Muda. Beliau melatih Muhammad Muda ilmu dan skill trading B-to-B dalam tempoh 6 tahun. Terbukti Muhammad Muda yang "berkuli" dalam usia 13 hingga 18 tahun berjaya menjadi trader seperti Abu Talib.
Kejayaan Abu Talib dalam bisnes trading juga dapat diulang-ulang. Muhammad Muda berjaya membina bisnesnya betul-betul macam acuan bisnes Abu Talib.
Bagi sesetengah orang bisnes, meskipun mereka menjalankan jenis bisnes yang scalable dan repeatble, tetapi mereka tidak dapat mengembangkan bisnes mereka pada kadar yang sepatutnya.
Umpamanya, dalam tempoh 3 tahun, sepatutnya jualan bisnes mereka sudah melebihi RM300k sebulan. Namun mereka masih tidak dapat mencapai target itu.
Faktor utama yang menghalang syarikat mereka berkembang pesat adalah GAYA KEPIMPINAN si businessman.
Mereka mengurus bisnes dengan gaya-towkay. Semua SOP disimpan di dalam peti memorinya. Akibatnya, tidak berlaku penurunan kuasa dan penyerahan tugas yang efektif.
Semua perkara terpaksa dirujukkan kepadanya. Dia menjadi bottle-neck kepada kelancaran perjalanan bisnesnya sendiri.
INI lah yang disambut oleh Tan Sri Annuar Musa dalam ucap utamanya.
"BERHENTI BERFIKIR UNTUK MAKAN GAJI. Orang Cina tidak berfikir untuk makan gaji. Orang Cina berbisnes. Berhentilah dari memanggil orang lain taukeh. Masanya telah tiba untuk kita berUSAHA bagi dapat WANG. Itulah USAHAWAN".
"Bisnes bermaksud: Kemahiran mengeluarkan duit dari poket orang lain masuk ke poket kita iaitu syarikat kita".
via Dato' Roslan Ab Hamid
No comments:
Post a Comment