Hendaklah Berfikiran Positif
Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawasanya dia telah mendengar nabi SAW bersabda tiga hari sebelum baginda wafat, “Janganlah mati seseorang daripada kamu melainkan hendaklah dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla.”
Huraian Hadith:
- Umat Islam dikehendaki supaya sentiasa baik sangka kepada Allah ketika hidup di dunia terutama ketika hampir mati
- Umat Islam hendaklah sentiasa mengharapkan rahmat dan keampunan daripada Allah Taala
- Orang-orang Islam adalah sentiasa dikehendaki melakukan amalan-amalan soleh sebagai bekalan untuk menghadapi mati
- Orang yang beriman dilarang berputus asa, malah hendaklah sentiasa mengharapkan rahmat dan keampunan Allah lebih-lebih lagi di waktu hampir ajal
- Pada waktu sihat seseorang muslim hendaklah melebihkan takut harapan, kerana takut akan mendorongnya menunaikan ibadah dan meninggalkan maksiat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Jangan hanya bersangka baik tanpa melangsungkan ketaatan kepadaNya.
No comments:
Post a Comment