Thursday, 13 February 2014

Fenomena Agus Salim


Sekarang ramai orang memberi nama Agus pada anaknya.


Antara Agus yang terkenal di negara kita ialah Prof Agus Yusuf, ahli  akademik muda UKM yang tidak termasuk dalam kumpulan profesor kangkung.

Dari mana Pak Yusuf dapat nama Agus itu?

Tentunya dia seorang peminat Haji Agus Salim yang dapat jolokan sebagai Orang Tua Agung di kalangan orang yang mengikuti perjuangan kemerdekaan Indonesia.

Haji Agus Salim adalah orang penting menggerakkan gerakan  Islam dan perjuangan kemerdekaan Indonesia. Anak kelahiran Minangkabau ini adalah orang melahirkan ramai pejuang kemerdekakan beraliran  Islam, antaranya Mohamad Natsir yang memimpin Masjumi dan Dr Mohamad Roem, seorang anggota kabinet dari Masjumi pada awal kemerdekaan Indonesia. Bahkan Dr Hatta, Naib Presiden Indonsia yang pertama adalah antara pemuda yang mendapat didikan perjuangan bersama  Mohammad Natsir dan Mohamad Roem dari Haji Agus Salim.

Dia dianugerah Allah boleh menguasai banyak bahasa seperi Arab, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Turki termasuk beberapa bahasa suku Indonesia.

Maka dari mana atau dari bahasa apa dan apa ertinya Agus itu.

Masyarakat Minangkabau pada zaman datuk neneknya adalah kuat beragama, malah bapa saudara Agus Salim sendiri adalah ulama yang mengajar di Mekah bahkan antara pemberi kuliah di Masjidil Haram

Dalam Arab tidak ada huruf G atau Ga. Maka tentunya nama itu bukan dari bahasa Arab.
     
Nama Agus itu bukan nama yang diberi oleh bapanya atau ibunya. Bapanya Sultan Mohammad Salim memberinya nama Masyhusul Haq yang bererti  pembela kebenaran.
    
Tetapi tiada yang memanggilnya Masyhudul Haq baik di mana-mana peringkat antarabangsa, bahkan tidak digula oleh keluarga terdekatnya. Yang mereka panggil ialah Agus.
    
Pembantu rumah yang mengasuh Masyhudul Haq sejak bayi memanggilnya Den Bagus, istilah Bahasa Jawa untuk anak laki-laki dari keluarga ningrat atau orang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
     
Akhirnya mereka tidak memanggilnya Den Bagus tetapi disingkatkan dengan Gus  saja. Dalam keluarga itu pun memanggil Gus. Dari situlah akhirnya dia dipanggil Agus. Di rumah, di sekolah  dan di alam pekerjaan orang kenal dia adalah Agus dari keturunan Salim.
      
Dia dikenali oleh semua orang. Di sekolahnya yang penuh dengan anak Belanda tiada yang dapat mengatasinya dalam semua mata pelajaran. Bahasa Belandanya lebih baik dari orang Belanda sendiri.
     
Maka masyarakat penjajah Belanda di kepulauan Hindia Belanda itu mengenalinya sebagai orang pintar hingga orentalis yang dibenci oleh seluruh Bangsa Indonsia, Snouck Hurgronje menasihatkan Konselat Belanda di Jeddah mengambil Agus menjadi jurubahasa dan akhirnya dia menjadi orang penting dalam pejabat  konslat. 
      
Snouck Hurgronje menjadikan tali barut Belanda kerana kesempatannya berada lama di Arab Saudi dan dia belajar dari ramai ulama hingga menjadikannya seorang yang menguasai ilmu  Islam.
    
Sukarno memberi jolokan gelaran The Grand Old Man kepada Agus dan dia dikenal di dunia dengan gelaran itu iaitu Orang Tua Yang Agung.

Dari nama orang yang agung ini orang menamakan anaknya Agus yang asalnya diambil dari kalimah Bagus. Dari situlah Prof Agus Yusuf dapat namanya.


kredit: Harakah Daily

No comments:

Post a Comment