Saturday, 15 February 2014

Valentine's Day: Haram Menyambutnya dan Kenapa?

SUBURKAN STREET DAKWAH MENJELANG HARI KEKASIH
(13 Februari 2014)


Hari Valentine atau Valentine’s Day yang disambut pada 14 Februari setiap tahun. Ia adalah hari ‘memperingati kekasih’ dan setiap pasangan kekasih disarankan meraikannya dengan pelbagai aktiviti dengan tujuan mengeratkan hubungan mereka bersama.

Bagi Islam, tidak ada istilah ‘Hari Kekasih’, kerana kekasih sebenar adalah pasangan yang halal melalui ikatan perkahwinan. Mengingati pasangan sebagai kekasih bukan pada hari tertentu, tetapi sepanjang masa tanda kasih dan cinta sesama insan. Agama Islam tidak menerima konsep Valentine’s Day kerana ia menyumbang pelbagai keburukan serta dosa kepada penyambutnya. Haramnya kerana sambutannya, kaitannya dengan agama lain, kerana sejarahnya dan juga kesannya kepada masyarakat.

Justeru, Hari Kekasih tidak perlu disambut dan tidak wajar juga dijadikan event untuk apa sahaja acara serta aktiviti sama ada melalui media, TV, radio mahupun promosi di hotel, restoran mewah dan ekslusif atau di mana sahaja. Bagi umat Islam, banyak lagi peristiwa hebat dan bersejarah yang perlu diraikan, dikenang dan disambut secara besar-besaran.

Masih ramai umat Islam yang tidak mengetahui bahawa menyambut Hari Kekasih adalah haram. Dakwah secara berterusan dan menyeluruh perlu sampai kepada golongan masyarakat agar tidak ada sambutan Hari Kekasih, lebih dari itu, tidak ada perlakuan tidak senonoh, sumbang, maksiat sehingga kepada perzinaan dan lain-lain lagi pada tarikh tersebut. Kita tidak mengharapkan hasil daripada hubungan romantis dan terlarang semasa sambutan Hari Kekasih, di akhir tahun ini ramai gadis Melayu Islam melahirkan anak luar nikah yang menambahkan statistik anak luar nikah negara.





Oleh yang demikian, Street Dakwah, nama yang sedang dipopuarkan saat ini, perlu diluncurkan ke tengah masyarakat sebagai jalan pencegahan terhadap kegiatan maksiat sempena Hari Kekasih. Kaedahnya umum dan santai, meliputi pelbagai strategi dan pendekatan bagi mendekati anak-anak muda. Dalam keasyikan pasangan mengambil kesempatan di malam sambutan Hari Kekasih ini, Street Dakwah masuk ke celah lorong-lorong gelap dan sunyi, menjejaki premis-premis dicurigai, taman-taman tasik yang sepi, hotel bajet dan mewah, serta rumah-rumah bujang agar tidak ada pasangan bermaksiat di dalamnya.

Saya begitu harapkan, Street Dakwah ini digerakkan oleh PAS di kawasan-kawasan, NGO dan Persatuan yang prihatin serta pihak berkuasa. Biarlah kita berpenat seharian, dibantah dan dihalang oleh pelaku maksiat asalkan dapat menyelamatkan maruah ribuan anak-anak muda Islam daripada hanyut dengan noda dan dosa

DR RIDUAN MOHD NOR
Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



p/s: Tonton bola lagi baik dari sambut Hari Kekasih nie..

No comments:

Post a Comment