Tuesday, 29 April 2014

Baca, Fikir dan Faham (BFF): Catatan Khairiyah - Anak-anak



Tertarik dengan petikan daripada sebuah buku, The Prophet, tulisan Kahlil Gibran. Petikan itu menyebut,

"Your children are not your children. They are the sons and daughters of Life's longing for itself. They come through you but not from you, And though they are with you yet they belong not to you."

Buku ini berharga RM15. Aku beli di KL Sentral bersama satu lagi buku, Tuesdays With Morrie. Kemudian aku jumpa teman, beli pula 3 buah buku daripada dia. Sehari aku sudah habis dekat RM100. Berbelanja lebih sebelum mendapat baucer buku. Ya, kami pelajar Darul Quran belum dapat lagi.

Petikan ini menarik perhatian aku. Petikan ini menjawab permintaan seorang ibu, "Speak to us of Children." Gaya penulisan ini lebih kurang sama dengan yang terdapat dalam buku Manuscript Found in Accra, Paulo Coelho. Seorang Wise Man yang menjawab segala persoalan masyarakatnya. Sebuah gaya penulisan yang bagi aku sangat menarik.

Petikan itu membawa aku pergi meneroka. Mencari maksudnya yang lebih mendalam. Hal apa yang ingin diperkatakan. Aku ingin tahu.

Anak-anak di Khairiyah mungkin ada jawapan terhadap hal itu. Anak-anak ini berdiri dengan latar belakang hidup yang tidak sempurna. Ada yang miskin. Ada yang tidak mempunyai ibu dan bapa. Ada pula yang mempunyai ibu dan bapa, tetapi dibuang keluarga. Latar belakang anak-anak ini kebanyakannya kelam dan gelap.

Ibu bapa mereka tidak mampu menjaga anak-anak ini, ada kerana nakal, ada kerana tiada upaya untuk menyara. Cuma yang menghibakan, bukan tidak mampu, tetapi kerana tidak mahu kerana sudah tidak suka. Daripada sebab itulah mereka, anak anak di hantar ke sini. Minta dijaga dan dipelihara. Tanggungjawab diserahkan kepada pihak lain. Ada yang kerana ingin lepas tangan, ada juga yang kerana terpaksa.

Melihat keadaan semua ini, buat aku terfikirkan sesuatu. Anak-anak ini bukanlah milik sesiapa. Bukan milik ibu yang melahirkan dia, bukan juga milik bapa yang menyumbang benih dalam kelahirannya. Hanya kehidupan dan dunia sahaja yang memilikinya.

Kerana lahirnya dalam pelbagai keadaan, membuat aku tertanya. Mana mungkin seorang anak yang dibuang ibu, anak itu menjadi milik ibunya. Mana mungkin bapa yang selalu memukul anaknya, anak itu menjadi milik bapanya.
Mana mungkin. Mana mungkin mereka yang bergelar 'ibu bapa' bersikap seperti ini.

Tidak. Ini tidak mungkin. Bagiku,

Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada dunia. Dia datang melalui ibu bapa, tetapi ia milik dunia. Maksud sebagai milik dunia adalah, anak-anak adalah milik masyarakat. Anak-anak adalah sebuah citra harapan bagi masa hadapan. Harapan dalam menggapai perubahan dunia ke arah kehidupan yang lebih baik. Ya. Anak-anak menggalas amanah perubahan dunia. Anak-anak adalah mimpi masyarakat yang perlu direalisasikan.

Ibu bapa bagi anak-anak ini adalah kita semua. Setiap individu masyarakat dunia merupakan ibu bapa kepada anak-anak dunia. Yakni kita, menggalas peranan sebagai ibu bapa yang mendidik, mengurus, mengajar, membimbing, menunjuk, membentuk dan membina peribadi anak-anak menjadi seseorang yang bermanfaat kepada seluruh umat manusia. Menjadi pencetus bagi kebangkitan sebuah ummah.

Justeru kita perlu menjadi masyarakat yang baik bagi menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak dunia. Tetapi menjadi masyarakat yang baik tidak cukup sekadar gerakan dan organisasi, tidak cukup sekadar kata-kata semangat dan pembelaan, tidak cukup juga sekadar kritikan yang pedas terhadap penindasan. Menjadi masyarakat yang baik adalah dengan menyumbangkan kebersamaan, tenaga dan masa kepada anak-anak ini. Bukankah begitu hal yang ibu bapa sering lakukan kepada anak-anak mereka?

Seruan kepada ibu bapa dirumah, jangan sibukkan dengan pekerjaan anda hingga anak-anak anda terabai. Seorang anak yatim yang lebih menyedihkan bukan kerana dia tiada ayah, tetapi kerana ayahnya tidak menghiraukannya. Seruan buat masyarakat semua, luangkan masa bersama kanak-kanak, ambillah pengalaman menangani mereka sebelum anda menjadi ibu bapa dalam rumahtangga. Buat masyarakat yang prihatin, lawatlah rumah anak-anak yatim, jadilah ibu bapa, abang dan kakak mereka. Anak-anak ini sangat perlukan kasih sayang anda semua.

Anak-anak adalah tanggungjawab kita. Mereka adalah Khalifah untuk masa hadapan dunia.

Aku berdoa, moga Allah tidak larikan aku daripada menjalankan tanggungjawab ini.

~ Kamal Arif Putera
SUkarelawan TFTN & mahasiswa Darul Qur'an yang telah menjalani latihan industri bersamaTFTN di Khairiyah, Klang

Sunday, 27 April 2014

Baca, Fikir dan Faham (BFF): Obama, Romney Dan Politik Kita


Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Saya mengikuti perkembangan US Presidential Election antara Barack Obama dan Mitt Romney dari awal termasuk siri Presidential Debates yang diadakan sebelum pilihanraya. Saya menjadi tertarik untuk ikuti disebabkan saya gusar jika Mitt Romney menang. Saya bimbang beliau akan menjadi ‘Bush baru’ dari segi pentadbiran, terutamanya dasar luar Amerika. Pendiriannya tentang Israel dan pergolakan Timur Tengah membimbangkan. Di samping beliau sebenarnya adalah bayangan golongan elit kaya Amerika, sementara Barack Obama lebih kepada mewakili golongan pertengahan.
Kurang Bahaya
Saya bimbang jika Romney menang, dunia akan bergolak lagi. Peperangan akan makin membara. Penjualan senjata akan makin pesat. Sementara Obama agak tenang dari segi dasar luarnya. Kuasa besar itu agak kurang mengganas di bawah kepimpinannya dibandingkan zaman Bush dulu. Dalam agama, jika kita mempunyai dua pilihan yang bahaya, kita disuruh memilih yang kurang bahaya yang disebut akhaf ad-dararain iaitu mudarat yang lebih ringan.
Saya pernah menulis hal ini semasa awal Obama menjadi Presiden Amerika pada tahun 2008. Semasa beliau menang ketika itu banyak harapan diletakkan. Walaupun beliau tidak berjaya memenuhi semua impian, namun sekurang-kurangnya beliau tidak menambah gawat krisis keganasan dunia yang sedia ada.
Barack Obama
 Ada orang bertanya, untuk apa saya suka Obama menang? Mereka semua itu bukannya muslim. Obama pula katanya menyokong LGBT! Inilah cara fikir sempit sebahagian orang kita. Apakah kita mahu supaya Obama itu jadi ‘pemimpin soleh’ seperti yang al-Quran dan al-Sunnah nyatakan?!! Lagikan yang muslim dan memerintah negara Islam pun gagal menjadi manusia soleh, penuh dengan korupsi dan penyelewengan, bahkan kezaliman, inikan pula dia yang memerintah Amerika. Cara pemikiran yang sempit seperti itu tidak diajar oleh Islam. Allah dan RasulNYA sentiasa mengajar kita melihat setiap perkara dalam kerangka yang luas.
Dalam al-Quran, terdapat Surah ar-Rum. Surah ini menceritakan kegembiraan umat Islam pada zaman Nabi s.a.w apabila Rome dapat menewaskan Parsi. Sekaligus ia menggambarkan dukacita para sahabat apabila Parsi menang di peringkat awalnya mengalahkan Rome. Kemudian apabila Rome kembali menang, Nabi s.a.w dan para sahabah bergembira. Walaupun Parsi dan Rome, keduanya empayar yang bukan Islam, tetapi Parsi lebih zalim dan kejam dari Rome. Di samping Rome pula Kristian yang termasuk dalam Ahlul Kitab (People of the Book) sementara Parsi adalah Majusi (zoroastrianism) yang menyembah api. Al-Quran menyebut: (maksudnya)
“Alif, Laam, Miim. Rome telah dikalahkan -Di bumi (tempat peperangan) yang paling rendah; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan dapat mengalahkan (menang kembali). Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira”. (Surah ar-Rum 1-4).
Saya pernah sebutkan dalam beberapa tulisan, bahawa minda yang seperti ini diperlukan oleh seorang muslim. Minda yang bukan hanya berfikir dalam kotak tetapi juga di luar kotak. Minda yang tidak jumud seperti golongan literalis sempit yang menganggap semua bukan muslim itu sama. Bahkan kelompok literalis itu menganggap segala kebaikan penguasa bukan muslim tidak diiktiraf dan segala kezaliman pemerintah muslim tetap dihormati dan jangan dipertikaikan. Mereka itu tidak memahami ajaran al-Quran yang sebenarnya.
Puas Hati
Saya juga tertarik dengan sikap Obama dan Romney selepas keputusan pilihanraya diperolehi. Setelah Barack Obama diisytiharkan kembali dipilih sebagai Presiden Amerika, beliau antaranya menyebut dalam ucapannya:
“I just spoke with Governor Romney and I congratulated him and Paul Ryan on a hard-fought campaign… we may have battled fiercely, but it’s only because we love this country deeply and we care so strongly about its future.”
Saya rasa ini satu ucapan yang baik. Ucapan ini patut ditiru oleh para pemimpin yang menang, menghormati pihak yang kalah. Tidak menggambarkan kesombongan tetapi hormat kepada pesaing yang juga ingin menyumbang kepada negara. Bukan bersorak ‘padan muka’ macam budak-budak kepada pihak yang tewas. Sebaliknya hormat dan cuba bersikap baik.
Begitu juga Mitt Romney dalam ucapannya dengan penghormatan menyebut:
“This is a time of great challenges for America and I pray that the president will be successful in guiding our nation.. his supporters and his campaign also deserve congratulations.. I wish all of them well but particularly the president, the first lady and their daughters.. I believe in America. I believe in the people of America. And I ran for office because I’m concerned about America. This election is over but our principles endure and I believe that the principles upon which this nation was founded are the only sure guide to a resurgent economy and renewed greatness.. I so wish that I had been able to fulfill your hopes to lead the country in another direction, but the nation chose another leader and so Ann and I join with you to earnestly pray for him and for this great nation.”
Mitt Romney
Beliau bukan sahaja menerima kekalahan, tetapi mengucap tahniah dan mendoakan lawannya yang menang. Lebih dari itu beliau menghormati pilihan rakyat serta bersama mereka menerima kepimpinan Obama seperti dalam katanya di atas
“I so wish that I had been able to fulfill your hopes to lead the country in another direction, but the nation chose another leader and so Ann and I join with you to earnestly pray for him and for this great nation”.
Nilai
Saya bertanya para pelajar peringkat ijazah tinggi saya, mengapa nilai seperti itu ada pada mereka, walaupun kita sering tidak puas hati dengan dasar luar mereka, tetapi tinggi nilai dalaman negara mereka? Mereka diam. Saya beritahu mereka sebab proses pilihanraya mereka berlaku dengan adil. Semua pihak terima kekalahan dengan hati yang puas bahawa mereka memang kalah. Tiada penipuan, tiada berat sebelah dan tiada ruang yang tidak adil yang diberikan kepada setiap calon. Presiden dan calon presiden berdebat terbuka di hadapan rakyat. Ruang media diberikan kebebasan. Tiada gula-gula politik yang menggunakan harta negara, tiada ugutan dan pelbagai nilai buruk yang berlaku dalam pilihanraya negara-negara yang tidak adil.
Maka tidak hairan jika sahabat Nabi, ‘Amr bin al-‘As memuji bangsa Rome ataupun Eropah ini dalam riwayat Muslim yang pernah saya nukil sebelum ini. Kata ‘Amr:
“Sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.
Ertinya, mereka begitu pentingkan keadilan dan kebaikan untuk masyarakat mereka, walaupun Amerika seringkali menindas dan mengabaikan hak pihak yang dimusuhinya.
Apabila saya memuji beberapa perkara yang ada pada mereka, bukan bererti kita menjadi pengikut mereka seperti yang difahami oleh kelompok jumud. Islam mengiktiraf yang baik dan mengenali serta menentang yang buruk dan zalim. Maka kita mengiktiraf kelebihan pihak lain sekalipun kita berbeza dengan mereka. Kita juga mengakui kelemahan pihak kita sekali pun kita bersahabat.

Saturday, 26 April 2014

Baca, Fikir dan Faham (BFF): Artikel Dr. M Punca Website di serang

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370]
MH 370
1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.
2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.
3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.
4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga)?
5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.
6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.
7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)
8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.
9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.
10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?
11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?
12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)
13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.
14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah ‘dilumpuhkan’ sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)
15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.
16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation
[Tun Mahathir bercakap benar, sesuatu yang kita memang fikirkan selama ini. Kami bersama Tun Mahathir!]

Friday, 25 April 2014

Baca,Fikir dan Faham (BFF): Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu



Obomba, Selamat Datang Ke Tanah Melayu

*Baca artikel ini dan ini sebelum anda menyambung pembacaan disini...
*Sila hentikan pembacaan anda jika anda tidak dapat menerima info yang diluar jangkaan.
*Jangan baca artikel ini jika anda belum bersedia.
*Teruskan pembacaan disini sekiranya anda sudi berlapang dada.

----
1. Obomba akan dijangka tiba pada esok pagi sekitar jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Mungkin penerbangannya lebih awal jika tiada sebarang masalah.

2. Ketibaannya akan disambut oleh Dato Seri Najib dan ramai dif-dif kehormat disamping pengawal keselamatan, pegawai peribadi dan sebagainya.

3. Air Force One iaitu sebuah pesawat rasmi dan khas membawa Presiden US, Barrack Hussein Obama a.k.a Obomba dijangka mendarat di Subang pada 26 April 2014 sekitar jam 8.30 pagi.

4. Kehadirannya bagi merasmikan beberapa acara di Malaysia disamping merasmikan tabung dana serta berjumpa dengan tetamu kehormat dalam Malaysia serta menghadap YDP Agong.

5. Obomba akan disambut dengan meriahnya serta dibawa bersiar-siar ke Putrajaya dan banyak tempat menarik di Malaysia menaiki kenderaan rasminya The Beast.

6. The Beast telahpun tiba di Malaysia semalam (24 April 2014). Dua hari lebih awal bersama-sama banyak kenderaan rasmi mereka yang lain.

7. The Beast adalah sebuah kenderaan rasmi tunggangan Presiden US yang kalis peluru dan anti-terbakar.

8. Obomba dijangka akan hadir ke Putrajaya pada hari yang sama bagi bertemu dengan Dato Seri Najib dan dif-dif kehormat untuk membincangkan tujuan-tujuan dan hala tuju Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA a.k.a TPP).

9. Obomba akan ke Istana Negara pada malamnya untuk menghadiri jamuan makan malam di Istana bersama beberapa dif-dif kehormat lain dan Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan dana akhir zaman.

10. Kesemua dana ini sangat berkait rapat dengan jatuh bangunnya US, Federal Reserve, Bank Dunia, Empayar Rothschild dan juga kebangkitan Islam akhir zaman.

11. Kebangkitan Islam akhir zaman amat kompleks untuk dibicarakan dalam ruang yang amat terhad ini. Sekiranya saya dipanggil bersyarah sekalipun, ia akan memakan masa berjam-jam untuk menyelesaikannya.

12. Selain Majlis Raja-Raja, dif kehormat yang akan turut dijangka hadir adalah pemilik hak-hak intelek Khazanah Alam Nusantara yang terdiri dari beberapa individu.

13. Mereka ini adalah pemilik nama-nama khas yang telah diteliti sebagai pemegang amanah harta Khazanah Nusantara.

14. Pembahasan mengenai hal ini insyaALLAH akan saya tuliskan dalam artikel pada minggu hadapan setelah Obomba tiba nanti.

15. Saya akan ke satu lokasi untuk mengorek beberapa rahsia yang tersimpan, apa dan mengapa perkara mengenai Khazanah ini dibangkitkan sekarang?

16. Obomba juga dijangka menghadiri sebuah upacara di Masjid Negara (mungkin bukan dalam Masjid, tetapi di lokasi berdekatan) bagi acara untuk bertemu para Imam-imam Masjid dan juga beberapa individu pemegang hak intelek harta dan khazanah Islam Nusantara.

17. Selain itu, Obomba juga kelihatan mencari-cari sebuah buku yang terkandung mengenai nama-nama pemegang khazanah akhir zaman yang berada di Malaysia. Buku itu akan menemukan Obomba dengan nama-nama penting bagi pemegang harta-harta yang timbul dari perut muka bumi.

18. Untuk makluman semua, naga yang mengawal harta ini telah mula bangkit dari tidur. Harta-harta tersebut sedang mula digerakkan. Data-data sulit sudahpun sampai ke tangan saya. InsyaALLAH ada beberapa perkara yang akan didedahkan pada minggu hadapan.

19. Pada 27 April 2014 pula Obomba dijangka hadir ke Universiti Malaya atas beberapa tujuan antaranya merasmikan satu pertubuhan dana bagi anak muda atau Youth. Perkara ini dilihat dari segi luarannya adalah baik, namun ia akan menjadi buruk sekiranya kita tidak bijak memanipulasi.

20. Seluruh kampus UM di Pantai Dalam itu sudahpun diseal dan kesemua akses masuk sudah dikawal ketat oleh para petugas keselamatan daripada pihak Federal Inteligence.

21. Kesemua laluan masuk, akses ke UM, nama-nama pekerja, emel pekerja, nombor telefon dan semua kelengkapan elektronik di UM telahpun dikawal ketat dan sentiasa dibawah pantauan mereka.

22. Seterusnya, Obomba dijangka akan ke beberapa lagi lokasi rahsia.

23. Obomba juga akan melawat segi tiga emas di Bukit Bintang. Dijangka MUNGKIN dia akan menginap di JW Marriot di Jalan Bukit Bintang, berhadapan The Pavillion.

24. Kesemua jalan di seluruh segitiga emas termasuk Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan beberapa lagi jalan telah pun diseal dan dikawal ketat. Para penembak tepat telahpun berjaga disekitar lokasi ini.

25. Kepada rakyat Malaysia, saya sarankan anda agar tidak keluar ke mana-mana pada hujung minggu ini terutama yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.

26. Ini kerana ia akan membantutkan perjalanan anda kerana hampir semua lokasi telah ditutup dan dikawal ketat.

27. Lihatlah, betapa penakutnya Presiden US ini.

28. Dia takut kalau-kalau ada ancaman parang terbang menyerang datang dari jauh agaknya......

29. Baru dia tahu keramat juga bumi Malaysia ini.

30. Selain itu, Obomba juga akan dijangka hadir ke Cyberjaya pada hari yang sama bagi merasmikan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC). Rujuk sini.

31. Ada beberapa lagi lokasi lawatan rasmi Obomba yang saya tak dapat dedahkan atas beberapa sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

32. Apa yang saya pasti, kehadiran Obomba sudahpun dirancang awal sejak tahun 2013 lagi. Namun kedatangannya pada tahun lalu dikira sebagai gagal kerana pada ketika itu negara kita tidak mahu menandatangani TPP dan mahu menjalankan bisnes terbuka dengan pihak China.

33. Maka ketika hilangnya MH370 yang dihijack oleh 3 orang perisik CIA dan ditentang oleh beberapa orang perisik KGB dan China, Obomba telah melihat ini sebagai satu plan terbaik untuk menjayakan rancangannya di Malaysia.

34. Sebelum MH370 hilang, banyak kerangka pemindahan dana telahpun dilakukan dari British untuk dibawa masuk ke Malaysia.

35. Ramai individu-individu yang ada rasa cintakan kepada Islam dan mahu melihat agama yang dibawa Rasulullah SAWAW kembali bangkit di akhir zaman ini mula menonjolkan diri satu demi satu walaupun nama mereka hanya dipandang enteng oleh masyarakat semasa.

36. Kerana, hakikatnya masyarakat masih terpukau dengan cerita-cerita angan-angan yang disebarkan dalam kelompok majoriti. Kita masih fokus kepada perkara-perkara kecil yang tiada asas seperti mahu melaksanakan Hudud di negara ini, mahu menolak GST, mahu menegur kerajaan dan sebagainya. Sedangkan semua itu LANGSUNG TAK MEMBERI KESAN kepada perjanjian yang termetrai antara US dan Malaysia. Seandainya Hudud dilaksanakan di negara kita, ia haruslah selaras dengan perjanjian dengan pihak British dan juga keturunan Lord Reid sebagai pemegang pajakan Tanah Melayu dan ia harus dipersetujui oleh para Bankster daripada US, empayar Rothschild, Federal Reserve dan juga pihak Majlis Ulamak Saudi dan negara bersekutu. Sekiranya tidak, maka negara ini langsung TIDAK akan dibenarkan melaksanakan Hudud. Itu bererti, sekiranya Hudud mahu dilaksanakan pada ketika sekarang ini, kita telahpun selangkah masuk ke dalam jurang fitnah Dajjal. Sedangkan datangnya Imam Mahdi itu TIDAK akan membawa perjuangan mengenai Hudud semata-mata bahkan dia membawa perjuangan untuk menghapuskan sistem yang sedia ada yakni sistem yang dikawal mengikut telunjuk NWO, bukan semata-mata menghapuskan demokrasi waima kapitalisme. Kini fahamlah saya mengapa satu ketika dahulu Tun Dr Mahatir mengatakan, Malaysia tidak sesuai untuk melaksanakan Hudud kerana kita akan tertutup dalam kelompok jumudnya fahaman terhadap Islam yang telah diserapi Wahabiah ejen As-Sufyaniah yakni penentang Imam Mahdi dan TDM sendiri pasti takut melanggar hukum Hudud yang hendak dilaksanakan kerana banyaknya salah laku yang akan dibongkar. TIDAK akan ada Hudud seperti disyariatkan di dalam Al-Quran akan tertegak di tanah ini selagi tidak ada kepimpinan yang boleh melaksanakannya. Saya amat yakin sekiranya Hudud dilaksanakan, maka yang paling utama harus dikenakan hukuman adalah para pemimpin kita semua termasuk pemimpin UMNO, PKR, PR dan PAS kerana banyaknya salah laku yang telah mereka semua lakukan. Ketirisan demi ketirisan yang langsung rakyat jelata tidak ketahui. Pengkhianatan demi pengkhianatan yang langsung tak didedahkan. Amat beratlah kebenaran di akhir zaman ini kerana ia teramat pahit untuk ditelan. Maka, berjuanglah untuk membina tapak kepada kebangkitan Islam, bukannya berjuang mahu menegakkan hudud semata-mata sedangkan kita masih tiada tapak untuk bersedia dengan kebangkitan yang Rasulullah SAWAW janjikan.

37. Pada awal kehilangan MH370 dahulu saya telah menjangkakan yang MH370 akan dinaikkan sekiranya perjanjian antara Malaysia dan US berjaya. Namun setelah saya meneliti, saya lihat MH370 TIDAK akan dinaikkan sekiranya perjanjian itu berjaya.

38. Mengapa saya berubah fikiran dalam menulis artikel saya?

39. Mudah sahaja, kerana MH370 sekiranya ditimbulkan dan dinaikkan di media maka ia akan menimbulkan lebih banyak masalah dari segi kerugian, tanggungan risiko insurans, tanggungan kepada kerajaan Malaysia dan US, kerugian Rolls-Royce, Saham MAS yang ditutup, kerugian Boeing, kerugian di pihak Obomba, kerugian di pihak Dato Seri Najib dan banyak lagi.

40. Kerugian ini satu demi satu akan dipersoalkan oleh badan-badan NGO yang mempunyai kuasa bersuara dalam masyarakat.

41. Apapun, sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia berjaya dan mereka mahu MH370 dinaikkan juga, ia tidak akan ditimbulkan kepada masyarakat. Yang dinaikkan, hanyalah harta yang ada di dalamnya dan biasanya, kerja-kerja mengangkut khazanah ini hanya akan dibuat oleh syarikat swasta yang diupah. Inilah maksud saya yang telah saya ceritakan dalam artikel sebelum ini disini (rujuk point 8).

42. Kesannya, ramai yang akan terbunuh sekiranya khazanah itu diangkut naik dari Laut China Selatan dan ditimbulkan kepada umum.

43. Seperti yang pernah saya ingatkan dahulu.... "Bila tenggelam tak ramai yang mati. Bila timbul, ramai yang mati...."

44. Maksud kata-kata itu amat mendalam dan ia adalah prinsip dalam apa jua misi khas.

45. Sebagai kesimpulan ringkas, dana-dana daripada bank dunia yang dikawal oleh keluarga besar Queen Elizabeth dan juga British telahpun kembali dibawa masuk ke negara kita.

46. Kesemua dana ini harus dipulangkan kerana tempoh pajakan 100 tahun sudah hampir tamat.

47. Sedikit demi sedikit, perubahan demi perubahan sedang berlaku dalam sosio ekonomi negara kita.

48. Cerita tentang pengurusan khazanah alam Nusantara ini amat sukar hendak didedahkan kerana banyaknya tangan-tangan yang memerhatikannya.

49. Kerana adanya banyak agensi yang akan cuba mengambil kesempatan dari segi mencuri khazanah yang ada, memanipulasi informasi, menipu rakyat yang hendak mengetahui kebenaran dan pelbagai lagi.

50. Ada satu gerakan yang mendapat dana daripada seorang yahudi yang berpusat di Jalan Ampang, mereka sering mencari orang-orang yang berminat dengan khazanah akhir zaman ini untuk dimanipulasi. Merekalah yang memberi dana kepada ramai individu seperti Raja Nusantara, Raja Noor Jan, Almarhum Sultan Kiram III dan ramai lagi.

51. Kesemua mereka ini diberi dana khas datang daripada Hong Kong dan juga beberapa bank luar yang mana duit-duit tersebut datang dari hasil kotor dan dibersihkan di beberapa offshore bank seperti di Hong Kong, Labuan, Swiss dan lain-lain.

52. Dana ini bertujuan memberi kekuatan kepada individu-individu tersebut bagi mengumpulkan seramai yang boleh ahli-ahli mereka bertujuan mencari pemegang kunci khazanah sebenar pintu alam Nusantara.

53. Banyak siri penipuan terancang sedang dijalankan dan ia akan dilaksanakan satu demi satu.

54. Seperti yang pernah saya ingatkan sebelum ini, tidak lama selepas MH370 hilang akan terjadinya satu perkara besar dan ia benar-benar sedang terjadi di negara kita tanpa kita semua sedari.

55. Rasulullah SAWAW pernah bersabda yang mafhumnya dapat kita fahami sebagai; "Kelak akan kering sungai Furat dan akan timbul segunung emas. Akan datang 99 pasukan merebutkannya dan hanya satu pasukan sahaja yang berjaya. Wahai orang-orang mukmin, janganlah kamu berebut hendak mengambilnya..."

56. Daripada hadis itu, maka jelas sekali ia sedang berlaku di rantau kita. Sungai Furat telah lama kering dan benar-benar bergunung-gunung emas sedang mula timbul di alam Nusantara.

57. InsyaALLAH, jika tidak ada aral melintang, perubahan kuasa dalam tampuk pemerintahan di negara kita tetap akan berlaku namun bagaimana ia berubah, saya tidak tahu.

58. Dato Seri Najib sudah benar-benar berada di kemuncak pemerintahannya. Dia boleh step down bila-bila masa sahaja walaupun dia sudah mempersetujui banyak perjanjian dengan pihak US dan Obomba.

59. Ini bertujuan bagi survival negara Malaysia dan juga kelansungan hidup DSN dan juga sekeluarga.

60. Sekarang, terlalu banyak orang di dalam kerajaan kita yang melakukan manipulasi wang dan mereka sedang cuba mengkayakan perut mereka dan kroni mereka sendiri bagi kelansungan hidup mereka di akhir zaman ini.

61. Tujuan mereka berebutkan khazanah itu pun tak lain tak bukan untuk survival mereka sendiri bukannya mahu membangkitkan Islam.

62. Hanya sekelompok kecil sahaja yang benar-benar mahu melihat Islam kembali tertegak dengan tidak melakukan apa-apa ketirisan.

63. Dato Seri Anwar Ibrahim tahu cerita tentang khazanah alam Nusantara.

64. Kerana itu dia pernah berjanji dengan janji gila kepada rakyat Malaysia dalam kempen PRU-13 yang lalu.

65. Kerana hubung kaitnya amat rapat dengan George Soros, Federal Reserve, Bank Dunia dan juga US selain dia tahu tentang kewujudan dana-dana akhir zaman ini dan bagaimana cara hendak memanipulasinya.

66. Semua ini berlaku tanpa kita sedari.

67. Bermula dengan kes di Lahad Datu, berakhir dengan hilangnya MH370. Ada satu lagi episod lebih besar akan dipentaskan tidak lama lagi.

68. Mereka harus cari isu untuk bangkitkan kesedaran rakyat menyokong segala usaha mereka.

69. Telah menjadi kemusykilan besar dalam diri saya apabila Obomba menuntut 8 perkara rahsia yang tersimpan di KLIA, 8 perkara rahsia dalam militeri dan juga sekuriti negara disamping dia juga ingin bertemu dengan 3 individu pemegang nama-nama waris khazanah alam Nusantara serta ingin berjumpa Imam masjid.

70. Nak kata Obomba masuk Islam, saya rasa jauh sekali...... dia orang kuat dalam NWO. Islamnya pun tetap menentang ugama yang ditegakkan Muhammad.

71. Nak kata Obomba nak cari Imam Mahdi?? Dia kenal ke????

72. Nak kata Obomba nak beli khazanah-khazanah tu? Dia nak buat apa kan???? Dia pun dah kaya....

73. Jadi, korang fikirlah sendiri sementara menunggu artikel akan datang yang lebih kompleks dan memeningkan kepala. Bersiap sedialah dengan sesuatu yang diluar jangkaan. InsyaALLAH jika ada kelapangan waktu dan direhatkan usia, saya akan terus berkarya memberi ruang input alternatif kepada para pembaca di negara ini. Ketahuilah, dalam 73 golongan yang mengejar akhirat, hanya 1 golongan yang selamat... iaitu golongan yang ada sifat Ikhwan dalam diri mereka serta tidak cintakan dunia dan tidak takutkan mati.

Apapun, saya dengan sukacitanya mengucapkan, "SELAMAT DATANG KE TANAH MELAYU kepada Obomba dan semua yang hadir. Terima kasih sudi menjejakkan kaki ke Tanah Melayu. Mahu ambil tanah kami, silakan angkut dengan kapal korek. Tetapi jika mahu rampas hak kami, JANGAN harap kalian berjaya!"

Sekian.

Wassalam.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

----------------------------------------------------------------------------------------

Sama2 kita nantikan. Fikir2 kan.

Benarlah, jika ingin berjaya di dunia, perlukan ILMU, jika mahu berjaya akhirat, perlukan ilmu, Jika mahukan kedua-duanya perlukan ILMU. berbeza setiap ilmu itu. tidak sama ilmu yang pertama itu dengan kedua, dan tidak sama ilmu ketiga itu dengan yang pertama dan kedua. 

Hakikatnya, hak kita berusaha menambahkan ilmu. Allah yang berhak memberikan apa yang setimpal dengan usaha kita.

Baca, Fikir dan Faham (BFF): Bom Jangka!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dan Syukur kepada Hadrat Ilahi atas limpah kurniaNYA memberikan kesihatan kepada saya untuk terus berkarya demi memberi pendedahan kepada anak bangsa. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad, para Itrah Ahli Baitnya dan seluruh warisnya. Semoga kita semua beroleh manfaat....

Sedikit update dalam kesempatan yang sempit ini buat tatapan semua pembaca setia disini...

Bom Jangka!

*Baca artikel ini sebelum meneruskan pembacaan disini...
*Jangan baca jika kita tidak bersedia menerima sesuatu diluar jangkaan.
*Jangan lupa sampaikan kepada keluarga terdekat kita tentang perkara ini. Talian hayat terakhir kita.

1. Kenderaan rasmi POTUS iaitu The Beast telahpun tiba ke negara kita pada hari ini (24 April 2014).

2. Ia diiringi oleh beberapa rombongan bersama seperti sebuah Chopper, beberapa buah kereta pengiring rasmi dan askar pengiring.

3. USS Kidd telah lama berlabuh di Pelabuhan Klang.

4. Tinggal lebih kurang 48 jam sahaja lagi dari sekarang sebelum US Air Force One tiba di Subang membawa sekujur jasad bernama Obama atau lebih dikenali sebagai Obomba dan saya suka memanggilnya Obomba. Lucu bila ada orang kata saya tak tahu mengeja nama Obama. Sedangkan kalau kita sebut Obomba, orang-orang di Russia dan Iran sudah faham apa maksud kita.

5. Obomba sudah rasmi mahu datang ke Malaysia pada 26 April 2014 ini. Tak lama lagi, Malaysia akan menjadi sebuah bom jangka.

6. Obomba sudah pun mengkomfemkan dirinya untuk masuk ke Universiti Malaya pada tarikh 27 April 2014 dan ke MAGIC pada hari yang sama di Cyberjaya. Di UM, Obomba akan merasmikan satu dana pemuda a.k.a Youth. Pada 26 April 2014 akan berlangsungnya makan malam rasmi bersama Raja-raja di Istana Negara. Dif-dif kehormat akan tiba di sana dan dikawal rapi. Pada siang harinya 27 April 2014, Obomba akan ke Masjid Negara untuk bertemu para Imam-imam masjid seluruh negara kita.

Persoalannya...... Obomba nak jumpa pak imam ni nak buat apa??? Cari Imam Mahdi kaaaa???

7. Pada tarikh 26 hingga 28, saya sarankan kepada rakyat agar tidak keluar ke Kuala Lumpur hinggalah ke Putrajaya. Kerana akan ada seal yang dibuat sepanjang hari tersebut meliputi segi tiga emas Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Jalan Imbi, Bulatan Cheras dan beberapa lokasi lagi sehingga ke Putrajaya dan Jalan Duta. Rujuk gambar di bahagian bawah atau klik sini untuk pembacaan.

8. Oh ya, saya baru mendapat info, sebenarnya kepulauan Spratly telahpun dijual kepada China. Harta khazanah dalam MH370 telahpun terkubur di lautan dalam. Kemungkinan amat tinggi, bahawa MH370 tidak akan dinaikkan sekiranya perjanjian dengan US berjaya. Ini kerana, MH370 akan merugikan pihak yang menaikkannya kelak sekiranya perjanjian mereka berjaya. Namun sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia gagal, maka barulah MH370 dinaikkan demi kepentingan-kepentingan tertentu bagi mengugut kita.

9. Kesemua tuntutan Obomba dalam Trans Pacific Partnership telahpun dipersetujui pihak Malaysia dan hanya menanti masa untuk ditandatangani oleh Dato Seri Najib. Berdoalah agar perjanjian ini digagalkan...

10. Selain TPP, terdapat 8 perkara lagi yang dituntut oleh Obomba yang masih disembunyikan oleh pihak kerajaan dan pihak US iaitu berkisar tentang sekuriti, militer dan juga khazanah negara.

11. Ada banyak lokasi khazanah alam Melayu yang tersimpan kemas di atas muka bumi ini Semenanjung ini.

12. Kesemua itu akan digunakan bagi dua tujuan. Bergantung kepada siapa yang mengeluarkannya.

13. Sama ada tujuannya mahu menegakkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW atau untuk menegakkan Islam palsu yang bakal dibawa Dajjal.

14. Dajjal akan datang dengan pakaian Islam. Dia akan menyamar sebagai pak Imam yang akan diikuti ramai orang.

15. Sekarang, sejak kebelakangan ini ramai yang bercerita tentag Hudud.

16. Saya gusar sekiranya Dajjal datang membawa Hudud dan sistem Khilafah kelak. Betapa ramainya umat Islam termasuk para Ulamak yang akan mengikutinya.

17. Semoga kita semua diberi peluang kelak untuk membuka mata tatkala fitnah Maha Dahsyat itu telah tiba di negara kita.

18. Masanya dah tak lama. Lambat laun akan tiba. Masa di mana fitnah Dajjal yang terbesar sampai ke tanah air kita. Mungkin dua tiga tahun lagi. Itupun setelah isu khazanah di alam Nusantara ini selesai dan isu genocide di Syam berakhir.

19. Semua ini akan berlaku selaras dan seiiring dengan apa yang Rasulullah SAWAW pernah sabdakan satu masa dahulu.

20. Akan bangkit Islam itu daripada arah Timur. Mereka akan diiringi oleh para pemuda yang hati mereka bagaikan kepingan besi.

21. Kalau kita baca sekali faham dan sekali imbas, maka jika adanya kebangkitan Islam daripada Timur berlaku dan berpaksikan pemuda, pasti kita akan ikut dan follow.

22. Tapi pernahkah kita terfikir? Bahawa, Dajjal itu akan datang dengan membawa penipuan????? Dan Dajjal itu juga akan menipu kita selaras dengan apa yang Rasulullah SAWAW sabdakan????

23. Pernahkah kita terfikir, kelak Dajjal juga akan datang dengan membawa Islam dari arah Timur dan dia akan menggunakan Islam itu sendiri untuk menipu daya umat Islam????

24. Pernahkah kita terfikir, bahawa Dajjal itu sendiri adalah seorang manusia biasa yang mana sangat cantik paras rupanya. Tidak seperti yang digambarkan di dalam Hadis, yakni bermata buta sebelah kiri, berdahi tertulis Kaf Fa Ra, berbadan pendek, rambut kerinting dan sebagainya....

25. Alangkah kepalangnya tatkala kita mendapati bahawa hakikat Dajjal itu tidak sama dengan apa yang kita faham daripada Al-Hadis.

26. Kerana itulah, kita harus berpandukan dengan penjelasan daripada Itrah dalam apa jua ilmu Islam agar kita tidak terkeluar daripada landasan ilmu yang telah digariskan oleh Rasulullah SAWAW kepada kita melalui para Itrah Ahli Baitnya.

27. Akhir zaman ini ramai orang akan tercari-cari khazanah.

28. Mengenai khazanah akan saya bahaskan kelak dalam satu artikel yang akan ditulis pada awal minggu hadapan InsyaALLAH.

29. Artikel itu akan membicarakan apakah kaitan para Itrah Ahlul Bait dengan khazanah-khazanah yang ada ini semua.

30. InsyaALLAH saya akan membahaskannya sedikit demi sedikit. Tetapi sebagai permulaan, ada baiknya tuan-tuan puan-puan bacalah artikel ini dahulu sebagai pembukaan. "Duka Sultan Tidak Bertakhta".

31. Artikel tersebut telah saya tulis pada tahun lalu ketika terjadinya tragedi Lahad Datu. Ini semua berkisar perebutan takhta, kekuasaan dan harta. Begitu juga dengan tragedi hilangnya MH370. Ia sama juga, berkisarkan harta. Yang menjadi mangsa, rakyat tidak bersalah.

32. Itulah apa yang telah Baginda Rasulullah SAWAW sabdakan sebagai Al-Wahn. Yakni takutkan mati dan cintakan dunia.

33. Berbalik kepada topik asal artikel ini. Mengapa saya katakan bom jangka?

34. Kerana negara kita sudah sampai ke satu tahap di mana, anytime jika tersalah petik picu, ia akan meletup dan hancur lebur.

35. Jika kita bijak memutuskan suis atau fius, maka selesai masalah. Namun ada halangan lain sedang menanti.

36. Di dalam kerajaan kita telah lama berlaku ketirisan. Ketirisan demi ketirisan ini telah menular sangat dalam. Asal ada dana masuk sahaja mau di paw nya.

37. Sejak bermulanya pemeritnahan Pak Lah, Malaysia telahpun secara rasminya memasuki NWO yang diasaskan oleh Yahudi di US.

38. Ketika itu, banyak perubahan telah berlaku...

39. Bisnes antara Malaysia dan Isreal telah terjalin.

40. Dato Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas arahan burung helang.

41. Pak Lah telah membawa masuk lobi-lobi Isreal dan US.

42. Banyak lagi lah kalau nak diceritakan.... Macam sembang di kedai kopi. Macam tu lah banyaknya.

43. Maka, Dato Seri Najib hanya sekadar meneruskan legasi yang ditinggalkan Pak Lah.

44. Apabila para pemimpin negara gagal memikul amanah dengan jujur dan baik, maka sudah pasti akan ada bala menanti kita dipenghujungnya.

45. Takutlah dengan Janji ALLAH dan RasulNYA kepada kita semua.

46. Seperti contoh, khazanah di Pulau Nangka. Sudah ramai yang kecohkan tentang perkara ini sejak pertengahan April 2014.

47. Sedangkan khazanah itu sebenarnya telahpun diketahui sejak bertahun lamanya.

48. Ada rakan-rakan saya sudah ke sana dan masuk sendiri melihat khazanah yang ada pada 2011 dan 2012.

49. Namun, mengapa hanya pada bulan ini baru mereka nak kecohkan kisah tentang khazanah di Pulau Nangka??

50. Mana pergi cerita khazanah di Palekbang?? Siapa conquer??

51. Ini semua cerita disebalik cerita bagi mengelirukan orang ramai. Kita disuruh fokus kepada Pulau Nangka atas beberapa sebab, sebaliknya kita lupa fokus lain.

52. Tujuan mereka menghebohkan mengenai Pulau Nangka adalah tak lain tak bukan, kerana masih tercari-cari waris empunya harta intelek di Pulau Nangka.

53. Kepada yang masih mencari, kalau nak kenal boleh hubungi saya. Tapi sediakan pengerasnya, wang Ringgit Malaysia sebanyak Dua Juta Lima Ratus Ribu Ringgit Sahaja.

54. Nanti saya beritahu siapa orangnya....

55. Oh ya, Obomba datang Tanah Melayu nak mintak apa selain TPP, 8 perjanjian militer dan merasmikan beberapa acara???

56. Obomba datang nak cari kunci !!!!

57. Dia tertinggal kunci itu disini......... kerana tuan empunya kunci ada disini.

58. Kuncinya harus ada, sebelum masuk ke dalam pintunya.

59. Bak kata P. Ramlee.... "Ini Harta Ahmad Albab" yang punya. InsyaALLAH akan dibahaskan dalam artikel akan datang tentang perkara ini dengan lebih mendalam.

60. Maksud tujuan Obomba datang ke sini adalah bagi menyelesaikan isu dana, khazanah dan juga kekuasaan US - Malaysia yang sedang diperingkat terakhir sebelum boleh dilakukan satu peralihan kuasa besar. Ini bererti, para pemimpin negara kita sedang cuba 'menggadaikan' negara sendiri dan juga menjadikan tanah ini seperti sebuah bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja.

Ingattttttt !!! Tanah Melayu ini ada penjaganya.......... ada tuan tanahnya !! Naga yang sedang tidur, sudahpun mula bangkit. Namun masih dalam mood mamai lagi. Jangan sedarkan sang Naga kalau belum bersedia bertempur !

Berdoalah demi kelangsungan hidup kita semua. Berdoalah agar semua harta khazanah alam Melayu kita tidak disalahgunakan oleh tuan empunya badan dan pihak kerajaan. Berdoalah agar orang-orang yang masih ada Islam di dalam dirinya tidak terjebak melakukan ketirisan itu. Berdoalah agar kelak satu masa nanti, kita akan menjadi salah seorang penegak agama Islam yang dibawa oleh Baginda Muhammad Rahmatan Lil 'Alamiin.

InsyaALLAH, doakan juga kesihatan dan juga keselamatan saya disamping dimurahkan rezeki untuk meneruskan usaha saya memberi pendedahan kepada rakyat sejagat. Doakan juga agar saya diberikan kesempatan dan kelapangan waktu untuk terus berkarya demi pengetahuan anak bangsa kita.



(The Beast isi minyak Caltex dengan Tech RON !)



Sekian dahulu catatan ringkas saya buat tatapan semua...

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Patutlah depa duk berkampung kat sini lama dah. Fuhhhh