Sunday, 6 April 2014
ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 10.0
1. Selepas berehat seketika Puan Guru menyambung kuliah. Kata beliau, Muhammad Muda menunjukkan bahawa dalam bisnes trading B-to-B, dan strategi open-partnership adalah strategi yang ideal.
2. Muhammad Muda, Beliau berpartner dengan Khadijah. Beliau yang menjalankan trading, Khadijah yang menyediakan modalnya.
Dengan mengaplikasi strategi partnership, meskipun modal yang diperlukan adalah besar, namun semua orang bisnes berpeluang menjalankan bisnes trading B-to-B.
3. Secara jujur saya pening pening lalat. Ini diluar dari kebiasaan kita berbisnes. Berkata lagi Puan Guru dengan penuh kebijaksanaannya, Kemahiran bekerja dengan partner adalah skill kritikal. Ertinya, ini skill yang mesti kita perlu kuasai.
4. Puan Guru mengulang semula, SKILL BEKERJA DENGAN PARTNER adalah berasaskan beberapa prinsip:
Pertama, Berbahagi-bahagi kuasa
Kedua, Berbahagi-bahagi kerja
Ketiga, Berbahagi-bahagi laba
Keempat, Tidak berkata bohong kepada partner,
meskipun dalam keadaan sedang bergurau-senda.
Kelima, Kita boleh menjalankan bisnes trading seorang diri, tanpa berpartner dengan sesiapa. Kita berniaga dengan gaya-towkay. Semua kuasa ada pada kita.
Bisnes trading gaya-towkay menyebabkan bisnes kita tidak mampu berkembang dan membesar.
5. Saya dan teman teman saling pandang memandang sesama sendiri apabila Puan Guru kuat menegaskan, bahawa Muhammad Muda itu berpartner.
Bisnes trading beliau adalah multi-point. Kalau dalam zaman sekarang, bisnes trading Muhammad Muda adalah import-eksport dengan banyak negara.
6. Cepat cepat saya mencatat perkataan MULTI POINT dan menggarisbawahinya dengan sejelas mungkin. Ini perkataan baharu yang memerlukan penekunan berulang oleh saya.
7. Kata Puan Guru, tatkala menurunkan ilmunya, dalam trading B-to-B, disebabkan kita menjadi orang tengah, kewujudan kita menambahkan kos kepada trader yang menjadi pelanggan kita.
8. Ambil contoh mudah, faktor ini mendorong trader-trader pelanggan kita membeli secara direct keropok lekor itu dari pengeluar. Lalu kita diketepikan.
9. Kini sampai saat yang saya nanti. Puan Guru menghurai konsep jelas tentang orang tengah dan implikasinya. Kata beliau, kewujudan kita sebagai orang tengah akan disisihkan dalam situasi berikut:
1. Apabila produk kita itu dikeluarkan oleh pengeluar tempatan.
Keropok lekor dikeluarkan oleh kilang tempatan. Jadi, sangat mudah pelanggan kita mencari kilang keropok lekor itu dan membeli terus darinya.
2. Apabila trader pelanggan kita membeli dalam kuantiti yang banyak.
Disebabkan pembeliannya banyak, maka isu penjimatan kos menjadi sangat penting. Jika pembeliannya kecil, memang tidak berbaloi bagi mereka hendak membeli direct dari pengeluar.
3. Apabila trader pelanggan kita pandai menguruskan pembelian barang import.
Jika produk yang kita tawarkan itu barang import, kedudukan kita sebagai orang tengah masih dapat disisihkan apabila trader pelanggan kita tahu hal-ehwal mengimport produk luar.
10. Ehem. Nota ditutup. Sambil rasa sungguh senang hati. Sepenuh hati terbuka segala pintu pintu rezeki. Ianya masa yang saya nanti. Ilmu bisnes berguna untuk memandaikan bangsa dalam bidang penuh cabaran. Bisnes dilapangan terbuka.
via Dato' Roslan Abd Hamid
Labels:
bisnes,
Dato' Roslan,
ilmu,
Kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment