1. Kata Puan Guru ini saya ingat.
Ia adalah ulangtayang diri saya sewaktu berhenti kerja korporat.
Hidup rasa merempat. baharu tahu dunia ini ada cerun dalam yang boleh buat kita jatuh bergelimpangan.
2. Sambung Puan Guru, salah satu faktor yang menyebabkan orang yang pernah berjaya buat deal bisnes semasa dia bekerja dalam korporat tetapi kemudian dia gagal teruk apabila membuka bisnesnya sendiri adalah disebabkan faktor BAKAT BISNES.
3. Bakat ini pada awalnya dipecah dua, bakat buat dan bakat bisnes.
Ini adalah penekanan kuat yang pernah saya dengar.
Puan Guru Ainon Mohd menegas jelas, bahawa ada 2 jenis bakat bisnes:
Pertama adalah Bakat intrapreneur -- Intrapreneur pandai menjalankan bisnes dengan duit modal besar yang disediakan oleh lembaga pengarah syarikat.
4. Mereka pandai bekerja dalam budaya birokrasi. Mereka pandai menyediakan pelbagai kertas kerja dan laporan. Mereka juga pandai bermain "business politics".
Mereka juga pandai bekerja di bawah banyak ketua.
Inilah kawan kawan saya dahulu. Bergaya sakan sebagai orang korporat. Hidup bersandarkan nama besar syarikat.
5. Kedua, kata Puan Guru, Bakat entrepreneur -- Entreprenur pandai mencari duit modal sendiri dan pandai menjalankan bisnes dengan duit modal yang sangat sedikit. Entrepreneur sungguh berdaya tahan.
Apabila intrapreneur membuka bisnes sendiri, mereka umpama ikan laut yang melompat masuk ke dalam sungai. Mereka mudah sesak nafas.
6. Puan Guru Ainon Mohd. kemudian membalik kata pula,
dengan bercerita;
"Pada satu hari, ikan ikan di tasik air tawar mendengar motivator bercakap tentang indahnya kehidupan ikan ikan dilautan. Ikan ikan air tawar naik semangat mahu menikmati kehidupan di laut pula.
Lalu mereka beramai ramai melompat ke dalam laut. Al kisah begitulah ibarat orang yang berani berhenti kerja selepas mendengar kata kata dari perunding motivasi tiupan semangat supaya kita berani gagal.
7. Kata Puan Guru Ainon, skrip lazim yang didengungkan dalam program motivasi keusahawanan yang kerap kita dengar adalah supaya kita semua berani gagal. Juga supaya kita berani menanggung rugi.
8. Sambil mengetap bibirnya, Puan Guru meneruskan kelas dengan memberitahu, kita disuruh terima kenyataan kononnya kegagalan dan kerugian dalam bisnes adalah pengalaman yang meninggalkan kesan-kesan baik ke atas diri kita.
9. Beliau merujuk pada sirah, Nabi Muhammad membuka syarikatnya sendiri pada usia 18 tahun. Beliau bersara pada usia 38 tahun.
Sebelum memulakan bisnesnya sendiri Nabi Muhammad berkuli dan bermentor selama 6 tahun dalam sektor yang beliau mahu ceburi.
Selama 20 tahun berniaga, Nabi SAW tidak pernah gagal ataupun menanggung rugi.Ertinya, kegagalan dalam bisnes bukan kecelakaan yang tidak dapat dielakkan.
10. Puan Guru berkata, media suka membesar-besarkan cerita bisnesman yang teruk menanggung kegagalan bisnes sebelum berjaya. Mereka dipotretkan sebagai hero .Kita pun percaya dan yakin kononnya kalau mahu berjaya kita mesti gagal dan rugi besar dahulu.
Walhal terang Puan Guru banyak bisnesman yang tidak pernah gagal.
11. Pada saat ini Puan Guru Ainon Mohd mula melakar peta. Beliau berkata, Langkah pertama sebelum terjun ke dunia bisnes adalah melabur dalam ilmu memulakan bisnes dan menjalankan bisnes.
Jangan sekali-kali berhenti kerja disebabkan pernah mendengar ceramah orang yang pandai meniup-niup semangat menjadi jutawan.
1. Jangan sekali-kali memulakan bisnes dengan duit hutang.
2. Dapatkan ilmu dan kemahiran bisnes dengan berkuli selama 6 tahun.
3. Mulakan bisnes menggunakan pendekatan Lean Startup.
4. Untuk bisnes pertama, pilih bisnes perkhidmatan.
12. Akhir kata Puan Guru berkongsi bahawa satu isu dalam kalangan mereka yang baru berfikir mahu memulakan bisnes sendiri adalah persoalan 'nak jual apa'?
Puan Guru menasihatkan jangan fikirkan 'nak jual apa'. Semua benda orang orang mahukan, semuanya sudah ada di dalam gerai, kedai, dan hipermarket.
Orang bukan mencari benda baru. Orang mencari NILAI BARU.
13. Kami tutup nota untuk sambungan kelas berikutnya tentang NILAI.
via Dato' Roslan Abd Hamid
No comments:
Post a Comment