Sunday, 6 April 2014
NOTA KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN 8.0
1. Adalah wajar saya lebarkan pengetahuan ini. Dalam dunia kekayaan yang melimpah ruah ada 4 sektor utama. Pertama, Dunia Pelaburan. Kekayaan ada dalam Bursa. Pelaburan menurut Guru Saham, Hj Mohd Asri adalah 90 % pengetahuan tentang diri dan 10% pengetahuan teknikal.
2. Dunia kedua, adalah dunia Hartanah. Pemilikan harta. Bangunan, rumah, kedai dan seumpamanya. Ianya boleh dipelajari dengan teliti secara menekuni.
3. Pada bahagian ketiga, Dunia Bisnes. Pemasaran produk, khidmat dan idea. Dan keempat, Dunia Internet. Hari ini 30% penduduk dunia ada akses kepada internet dan dijangka 10 tahun lagi, 50% penduduk dunia akan ada akses kepada internet. Dunia Internet adalah dunia tanpa batasan.
4. Memahami duduk perkara ini, kita bayangkan berada di Universiti Wang. Pilih mana mana antara 4 subjek ini untuk jadi major dan jadi minor. Dua major dan dua minor sudah cukup baik. Ataupun ambil 3 subjek dan tinggalkan satu.
5. Ianya rezeki. Rezeki halal. Rezeki yang diberkati apabila kita berkongsi. Berkongsi tanpa nanti, memberi tanpa tapi.
6. Ada 4 langkah untuk jadi Jutawan:
Langkah 1. Katakan tidak salah, tidak berdosa untuk jadi kaya.
Langah 2. Visualisasikan kita berada dalam dunia yang melimpah ruah. Bayangkan keindahan ini dalam getar kesyukuran tatakala masih berada diatas sejadah selepas solat suboh. 5 minit getaran kesyukuran untuk kejayaan 5 tahun di depan. InsyaAllah.
Langkah 3. Belanja kurang dari apa yang kita dapat. Hidup sederhana, walaupun pendapatan berganda.
Langkah 4. Laburkan kembali, apa yang dapat disimpan dan dijimatkan. Mulakan pelaburan dengan ILMU BISNES. Ilmu dapat menjaga harta di hari muka.
Labels:
bisnes,
Dato' Roslan,
Education,
ilmu,
Ilmu Bisnes,
Nota Untuk Usahawan,
Pemikiran,
Prinsip,
usahawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment