Sunday, 6 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 14.0



1. Pagi itu saya sungguh bersemangat. Puan Guru bercakap tentang semangat bisnes. Puan Guru membuka kata. "Kalau anjing menggigit orang, itu bukan bahan berita yang laku. Kalau orang menggigit anjing, pastilah itu berita yang laku"

Prinsipnya, kata Puan Guru, Sesuatu yang jarang berlaku mudah menjadi bahan berita. Berita orang Melayu berjaya dalam bisnesnya banyak keluar dalam media, kerana ia jarang berlaku.

Berita orang Melayu gagal dalam bisnes tidak menjadi berita, kerana ia banyak berlaku.

2. Saya mencatat segera, inilah bangsa kita. Mudah terpesona dengan perkara yang nyata. Apa yang ketara depan mata. Hakikat Nyata, banyak lagi yang perlu difahami dengan mata hati. Melihat melalui pancaindera keenam.

3. Puan Guru, tanpa bertangguh terus meneruskan kata kata, apabila kisah-kisah kejayaan banyak diuar-uarkan, manakala kisah kegagalan didiamkan, ia mencipta gambaran palsu tentang banyaknya jumlah kejayaan.

4. Puan Guru menambah pedas, 2M iaitu Media dan Motivator memberi gambaran palsu seolah-olah di mana-mana sahaja orang Melayu boleh berjaya. Seolah-olah sesiapa sahaja boleh berniaga dan berjaya.

5. Memang pedas sampai berpeluh, apabila Puan Guru terus meletupkan kata kata, seolah-olah modal utama kejayaan dalam bisnes adalah semangat.
Lalu banyaklah yang pergi membeli semangat. Semakin mahal harga semangat yang dibeli itu, semakin yakin si pembeli bahawa dia sudah memiliki modal yang betul bagi menjadi businessman yang berjaya.

6. Puan Guru memperlahankan tempo suara dengan berkata, semangat, sebagaimana halnya dengan segala perkara, mempunyai plus dan minusnya.
Semangat memang diperlukan. Kerja takkan jadi tanpa semangat.

7. Pada tahap ini Puan Guru Ainon Mohd seperti kebiasaan memberikan rumusannya,

"langkah membeli semangat-bisnes,
tanpa membeli ilmu-ilmu bisnes, adalah tinggi risiko kegagalannya"

"Apabila semangat-bisnes kita sudah dihembus-hembus, ditiup-tiup, ia boleh menjadi umpama api, semasa kecil kawan, apabila sudah semarak boleh menjadi lawan".

"Semangat yang berkobar-kobar mudah menjadikan kita tidak lagi dapat berfikir dengan rasional".

8. Beliau menutup kata sambil tersenyum.

"Membeli semangat, lain. Belajar ilmu-ilmu bisnes, lain".

9. Puan Guru seterusnya melanjutkan perkongsian dengan berkata, Tadi tentang Semangat yang memerangkap,
ini pula tentang Terperangkap oleh Kepandaian Teknikal
Ianya tentang fenomena orang bisnes terperangkap dalam bisnesnya yang dibuka berdasarkan kepandaian skill teknikalnya.
Ini adalah fenomena yang banyak berlaku.

10. Kata Puan Guru, contohnya, disebabkan dia pandai membuat kek dan biskut, dia pun membuka bakeri. Disebabkan dia pandai mendesain pakaian, dia pun membuka butik.

11. Sambung Puan Guru lagi, lazimnya, orang yang pandai membuat kerja-kerja teknikal ini akan melakukan semua kerjanya sendiri. Dialah towkay, dialah kuli. Dialah yang duduk di dalam dapur, dialah juga yang keluar menghantar serundingnya ke kedai-kedai.

12. Disebabkan dia pandai melakukan kerja itu, dia tidak percaya kepada orang lain. Dia khuatir jika kerja itu diserahkan kepada orang lain, nanti kualiti akan jatuh. Akibatnya, dia berkuli dalam syarikatnya sendiri.

13. Saya mencatat pada catatan hujung: "Macam biasa ku dengar saja ini. Hehehe. Ini tahap 3. Bisnes sendiri sendiri, Akhirnya jadi kuli dalam syarikata sendiri. Kumpulan profesional, Doktor, Lawyer ramai yang berada pada tahap ini".

14. Puan Guru Ainon Mohd menutup kelas dengan berkata,
Pandai membuat produk, lain.
Pandai berniaga, lain.

Orang yang memiliki bakat teknikal perlu belajar berniaga dengan cara-cara yang betul. Langkah pertama adalah belajar berniaga dengan mempunyai rakan-kongsi yang pandai berniaga.

Alangkah mahal nya BAKAT BISNES. Ia jarang jarang dalam kelompok bangsa kita. Saya menutup buku nota dan mencatat: SEKOLAH BAKAT BISNES.
 

No comments:

Post a Comment