Sunday, 6 April 2014
NOTA KEUSAHAWANAN JUTAWAN PERKATAAN 5.0
1. Tuan Roslan kelihatan selalu mengikuti pelbagai seminar, program dan majlis ilmu? Apakah yang tuan cari? Itu pertanyaan beberapa orang anak muda dan tuan menolak tawaran bersama YB Tan Sri Annuar Musa untuk melawat Eropah dari 14 hingga 27 April hanya kerana PULAU JUTAWAN.
2. Ianya DERUAN KEISTIMEWAAN. Saya mencari tempat untuk membina rangkaian sokongan. Minda yang tidak diasuh biasa mendengar tidak mungkin dapat membuka mulut untuk didengari. Minda yang tidak punya teman teman sejiwa tidak mungkin segar secara sendiri.
3. Hidup seharian ini bagaikan berkafilah merentasi Gurun Sahara. Panas disiang hari, sunyi sekali di malam hari. Hidup seharian ini seumpama melalui Laut Andaman. Ombak bergulung tinggi tidak terpandang sewaktu ombak pasang dan sunyi sesunyi sunyinya hingga kita boleh berhalusinasi dengan pelbagai gambaran tidak keruan pasti apabila laut tenang seketika.
4. Kejayaan adalah bangun sekali lagi selepas jatuh. Berapa kali jatuh tidak perlu dihitung hitung. Apa yang utama, bangun segera selepas jatuh. BANGKIT.
5. Berapa banyak kegagalan dalam hidup ini lantaran kita tidak dapat bangun semula. Kita sukar untuk bangun semula apabila kita tidak ada pasukan penyokong. Pasukan sorak yang ultra. Pasukan Sorak Ultra inilah yang mahu dibina di Pulau Jutawan.
6. Terpinggir adalah punca perosak dalam laluan kehidupan sekarang. Kita mesti berada dalam lingkungan manusia yang membarakan semangat kejayaan. Kita mesti sentiasa dalam puak kaya dan berjaya.
7. Pasukan Impian mesti ada tiga ciri utama yang boleh membantu kita maju ke muka dan bergelar juara. Pertama, Pasukan Impian mestilah ada Jurulatih berwibawa. Jurulatih yang mendengar, membantu kita berfikir dan sentiasa menaikkan semangat pasukan.
8. Pasukan Impian, keduanya, mesti ada PAKAR yang dapat menasihati kita dalam topik khusus. Pakar yang telah terbukti berjaya. Pakar yang hebat dan mempunyai lebih pengalaman dalam bidang mereka berbanding kita.
9. Pasukan Impian , ketiganya adalah Sumber Inspirasi. Ianya bukan punca depresi. Saling menyokong untuk meneruskan usaha kita.
Inilah asas PULAU JUTAWAN.
5 Jurulatih. 5 Pakar. 33 orang peserta.
Kita mulakan penerokaan.
Labels:
bisnes,
Dato' Roslan,
Education,
ilmu,
Ilmu Bisnes,
Nota Untuk Usahawan,
Pemikiran,
Prinsip,
usahawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment