1. Saya sedang merancang untuk terlibat dalam produk kecantikan dan kesihatan. Pasarannya sungguh besar. Saya tidak berminat untuk buat produk sendiri. Pada hemat saya itu mengarut.
2. Saya bercadang mahu memanfaatkan dunia internet marketing dengan produk antarabangsa yang telah terbukti berjaya di pasaran dunia. Tentulah sahabat saya Tuan Faisal Abdullah mampu mengupayakan laluan ini.
3. Dalam pada itu saya membuka nota nota Puan Guru Ainon Mohd. Terbayang muka guru pada nota tertulis kata,
Sangat sedikit syarikat pengeluar produk konsumer, seperti produk kesihatan, kosmetik dan seumpamanya yang dapat bertahan dalam pasaran.
4. Puan Guru menjelas kata, secara kasarnya ada 2 jenis produk yang peniaga Melayu banyak keluarkan:
Pertama, Produk makanan ruji, seperti roti, mi kuning, mihun, sos, tauhu, rempah siap giling, bebola ikan, dan seumpamanya.
Produk jenis ini adalah dalam senarai keperluan harian, oleh itu dibeli berkali-kali, sepanjang masa.
5. Produk jenis ini juga boleh mencipta 'kesukaan' oleh itu berpeluang mendapatkan pengguna yang 'setia'. Sebagai contoh, orang yang biasa makan kicap cap kipas udang sanggup tidak mahu membeli kicap cap lain.
Banyak peniaga Melayu yang mengeluarkan produk jenis ini berjaya survive dan bertahan lama.
6. Kedua, Produk bukan ruji, seperti kosmetik, makanan kesihatan, ubat-ubat herba, pes kuah masakan, dan seumpamanya.
Produk jenis ini bukan keperluan harian.
Produk ini paling banyak melahirkan peniaga yang rugi teruk.
Sedikit yang berjaya, majoriti terbakar tangan.
7. Saya baca berkali kali, sedikit yang berjaya, majoriti terbakar tangan. Saya ambil pensil 2B dan pemadam, terus saya lakarkan peta. Ianya peta ditangan. Produk antarabangsa berkualiti tinggi dengan kaedah online marketing. Tiada kos buat produk. Tiada sisa tidak habis dalam stor. Modal kecil. Channelnya besar.
8. Saya belek nota Puan Guru Ainon Mohd yang saya catat pada lembaran sebelah. Kata beliau, Bisnes pertama Muhammad SAW masa muda adalah bisnes servis dengan modal kemahiran yang baginda miliki.
9. Bisnes ini baginda lakukan selama 4 tahun. Kemudian baginda belajar bisnes trading, atau jual-beli, produk-produk milik pihak ketiga. Berdasarkan model bisnes Muhammad SAW semasa muda itu, bermakna kemahiran servis dan trading adalah kemahiran yang semua peniaga perlu perolehi terlebih dahulu sebelum menceburi sektor manufacturing dan contracting.
10. Saya buat catatan tepi. InsyaAllah saya miliki kemahiran pengalaman dalam bidang pengedaran dan peruncitan lebih dari 15 tahun. Saya sama sekali tidak terus terjun ke dalam bisnes manufacturing. Saya tidak akan terjun pun. Itu jurang dalam bagi saya.
11. Puan Guru Ainon Mohd jelas sekali menekankan bahawa kemahiran memberi servis dan kemahiran jual-beli adalah dua kemahiran paling awal mesti dipelajari dan dikuasai oleh peniaga.
Tanpa dua kemahiran ini menyebabkan banyak kontraktor pembekal barangan terduduk apabila mereka kehilangan sumber kontrak. Mereka tidak berupaya masuk ke dalam pasaran terbuka.
12. Apa yang saya buat adalah memasuki pasaran terbuka. Kita bukan usahawan berpaut pada kabel wayar keluli tahan lasak. Apabila kabel rosak atau jatuh, balik kampong menoreh getah. Tentu sekali saya tidak begitu.
13. Saya terus mengulang baca nota Puan Guru. Kata beliau lagi dalam kelas, Apabila memulakan bisnes trading, sebaiknya:
1. Pilih produk yang sudah terbukti laku sahaja.
2. Dapatkan produk itu dari pembekal yang mahu memberi barangnya secara kredit dengan sistem SOR.
Sistem S-O-R itu sale or return. Dalam sistem SOR, mana-mana stok yang tidak laku boleh dipulangkan kepada pembekal.
14. Setelah membaca nota Puan Guru Ainon Mohd.ini berulangkali tahulah saya, betapa kini saya berada pada landasan yang tepat. Saya telah memenuhi banyak syarat. Masa untuk bergerak laju.
via Dato' Roslan Abd Hamid
No comments:
Post a Comment