Thursday, 3 April 2014

ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD. 3.0




1. Ini kelas hangat.
Perbincangan yang banyak manfaat. Saya catat apa yang saya ingat.

2. Puan Guru Ainon Mohd memulakan dengan pertanyaan popular beliau. APAKAH?
Apakah tuan sedang berfikir mahu terjun ke dalam dunia bisnes dan memikirkan bisnes apa yang tuan mahu buat?

Kalau iya, teruskan berada dalam kelas ini.

3. Puan Guru menerangkan, banyak orang yang baru hendak masuk dunia bisnes melakukan kesilapan ini: Dia memilih bisnes yang dia pandai buat.

Contohnya, Kalau dia pandai membuat website, dia pun membuka bisnes membuat website, dan dia sendiri yang membangunkan website pelanggannya.

Contohnya juga,kalau dia pandai mengambil foto perkahwinan, dia pun membuka bisnes mengambil foto perkahwinan, dan dia sendiri yang menjadi jurufoto dan editor fotonya.

Contoh lagi, kalau dia pandai mendesain pakaian ibu hamil, dia pun membuka butik ibu hamil dan dia sendiri mendesian pakaian yang dijual di butiknya.

Contohnya kalau dia pandai membuat taucu, dia pun membuka kilang mengeluarkan taucu, dan dia sendiri yang membuat taucunya.

4. Pada detik ini, saya teringat Puan Lily Awallyah, sahabat saya dari Singapore yang datang ke kelas di Speakers Academy. Beliau berkongsi di pentas tentang zaman kanak kanak beliau. Ibubapanya pulang ke Jawa Tengah , belajar buat tempe dan membuka perusahaan kecil kecilan buat tempe di Singapura. Akhirnya tidak ke mana jua.

5. Puan Guru Ainon Mohd menegas kata, perkara yang kita pandai membuatnya belum tentu mampu melahirkan bisnes yang bagus untuk kita. Sukar kita berjumpa pembuat web, jurufoto perkahwinan, pemilik butik ibu hamil, dan pembuat taucu yang kaya-raya.

6. Hakikat Nyata, kepakaran pembuatan adalah 'benda' yang kita dapat beli dengan wang. Jangan pilih bisnes yang kita pandai buat. Kita penat, letih, teruk.Tapi kita tak kaya-kaya. Pada tahap ini, Puan Guru berhenti dan memberikan tenungan bermakna beliau.

7. Beliau membuat penegasan "Pilih bisnes yang mudah buat duit". Tatakala kami sedang mencari cari jawapan, Puan Guru sekali lagi muncul dengan membentangkan jalan. kata beliau,

Ada 2 bakat yang berbeza:

1. Bakat membuat
2. Bakat berniaga

8. Beliau menarik nafas dan dengan suara sati satu beliau menyambung ayat, kita yang pandai berniaga, kita juallah apa yang orang lain buat. Itulah cara kita memasarkan produk yang mereka buat. Untuk fahami ini, Puan Guru memberikan analogi berikut,

Kedai runcit, supermarket, hipermarket... bisnes mereka adalah tolong menjualkan hasil pembuatan pihak lain.

9. Pada saat ini Puan Guru membaris kata dengan perbilangan abjad sempurna, Banyak peniaga Melayu membuat produk yang susah mahu dijual. Modal berpuluh ribu ringgit. Produk berlonggok dalam setor. Hutang bank tak dapat dilangsaikan.

Jangan buat produk yang kita pandai buat. Buatlah produk yang mudah dijual!

10. Sekali lagi dengan penegasan yang kuat Puan Guru meletupkan kelas dengan kata kata, Objektif buat bisnes adalah membuat untung. Bukan buat apa yang kita pandai buat!

11. Puan Guru Ainon Mohd. menutup dengan kebijaksanaan :

Pilih bisnes yang membolehkan kita menjadi kaya-raya.
Pilih bisnes yang mempunyai ciri (a) scalable dan (b) repeatable, biarpun kita tidak pandai membuat produknya.

Bisnes yang mempunyai 2 ciri itu adalah bisnes yang mudah dikembangkan.

12. Kelas berakhir. Saya mengulang dalam nada bisikan, "Scalable-Repeatable". Terus saya ulang ulang. Ianya satu perkara melekat dalam minda. Ianya perkara yang mahu saya resap dalam jiwa. Pengulangan itu ibu kepada kejayaan. 

No comments:

Post a Comment